Ahmad Said bin Hamdan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Datuk Seri

Ahmad Said bin Hamdan
Dato-seri-ahmad-said-hamdan.jpg
Datuk Seri Ahmad Said bin Hamdan
Ketua Pesuruhjaya
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Dalam jawatan
14 Mei 2007 – 31 Disember 2009
Dilantik olehYang di-Pertuan Agong
Digantikan olehAbu Kassim bin Mohamed

Datuk Seri Ahmad Said bin Hamdan adalah rakyat Malaysia berbangsa Melayu yang pernah menjadi ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari 14 Mei 2007 hingga 31 Disember 2009.

Latarbelakang[sunting | sunting sumber]

Menurut blog Rumahku Biografiku, beliau berasal dari Balik Pulau, Pulau Pinang. Datuk Seri berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Sains Malaysia dan Ijazah Sarjana dalam bidang kriminologi dari Indiana State University, Amerika Syarikat.[1]

SPRM di bawah kepimpinan beliau[sunting | sunting sumber]

Di bawah kepimpinan beliau, Badan Pencegah Rasuah ditukar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 2007 dan beliau menjadi ketua SPRM yang pertama. Perlantikan itu secara kontrak dari 14 Mei 2007 hingga 25 Mei 2010.

Bersara awal[sunting | sunting sumber]

Pada 4 November 2009, beliau telah menghantar notis bertulis bersara 6 bulan lebih awal supaya kontrak beliau ditamat pada 31 Disember 2009. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan supaya Datuk Abu Kassim bin Mohamed dilantik sebagai pengganti. Perlantikan itu berdasarkan peruntukan subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694].

Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa Ahmad Said bersara awal kerana mahu lebih masa bersama keluarga. Ia tidak ada kaitan dengan kes kematian Teoh Beng Hock. Kerajaan juga tidak mendesak beliau untuk bersara 6 bulan lebih awal.[2]

Nafi didesak bersara awal[sunting | sunting sumber]

Pada 5 Disember 2009, beliau membuat kenyataan bahawa beliau menafikan persaraan awal beliau daripada jawatan itu disebabkan oleh tekanan dan desakan orang luar atau parti politik. Beliau berkata persaraannya itu atas sebab peribadi dan kehendaknya sendiri setelah sekian lama berkhidmat dalam suruhanjaya itu dan bukannya kerana orang lain. Ahmad Said berkata persaraan awal beliau itu dibuat bagi memberi laluan kepada penggantinya dan untuk meluangkan masa bersama keluarga setelah berkhidmat dengan SPRM selama 34 tahun.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]