Ahmad Samsuri Mokhtar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr.

Ahmad Samsuri Mokhtar

SSMZ (Terengganu)
Menteri Besar Terengganu
Memegang jawatan
10 Mei 2018
SultanSultan Mizan Zainal Abidin
Didahului olehAhmad Razif Abd Rahman
Anggota Dewan Undangan Negeri Terengganu
untuk Ru Rendang
Memegang jawatan
10 Mei 2018
Didahului olehAbdul Hadi Awang
Majoriti6,028
Bendahari Agung
Perikatan Nasional
Memegang jawatan
13 November 2020
Didahului olehPenyandang sulung
Pengerusi
Badan Perhubungan Negeri
Parti Perikatan Nasional
Terengganu
Memegang jawatan
5 Januari 2021
Didahului olehPenyandang sulung
Naib Presiden PAS
Memegang jawatan
21 Jun 2019
Didahului olehDato' Iskandar Abdul Samad
Butiran peribadi
LahirAhmad Samsuri bin Mokhtar
(1970-11-15) 15 November 1970 (umur 52)
Terengganu Jertih, Besut, Terengganu, Malaysia
Parti politikPAS logo.svg Parti Islam Se-Malaysia
PasanganTo' Puan Seri Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman
KediamanSeri Iman (Kediaman rasmi Menteri Besar Terengganu)
Alma materUniversiti Kebangsaan Malaysia
University of Leeds
PekerjaanAhli politik
ProfesionPensyarah
Jurutera aeroangkasa

Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar merupakan Menteri Besar Terengganu ke-15. Pelantikan beliau telah diperkenan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu pada 10 Mei 2018 menggantikan Dato' Seri Haji Ahmad Razif Abdul Rahman.[1]

Angkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu[sunting | sunting sumber]

Ketika Menteri Besar dan 10 EXCO Terengganu dijadual mengangkat sumpah di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin malam itu, Pesuruhjaya PAS Negeri, Datuk Husein Awang tidak menamakan siapa Menteri Besar dan EXCO terbabit. Sebaliknya, beliau menyatakan bahawa pihak media boleh mengetahuinya sekiranya pandai mencarinya selepas majlis angkat sumpah yang mungkin mengambil masa hingga dua jam.[2] Sebelum ini dilaporkan bahawa PAS mencongak tiga nama untuk dilantik sebagai Menteri Besar termasuklah Dr Ahmad Samsuri. Khabar angin nama Dr Ahmad Samsuri Mokhtar selaku Setiausaha Politik Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sejak 2008 bertiup kencang dalam kalangan kepimpinan parti itu sebelum ini. Ahmad Samsuri yang juga bekas pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM) dan pakar aeroangkasa terpilih antara calon Menteri Besar dalam usaha parti itu menampilkan generasi kepimpinan baharu di negeri itu dengan menggembleng tenaga teknokrat dan ulama. Akhirnya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar diangkat sebagai Menteri Besar Terengganu setelah mengangkat sumpah di hadapan baginda Sultan Mizan Zainal Abidin.

Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Dewan Undangan Negeri Terengganu: Ru Rendang, Terengganu[3]
Tahun Kerajaan Undi Pts Pembangkang Undi Pts Buang Undi Majoriti Keluar
2018 Ahmad Samsuri Mokhtar (PAS) 13,851 53.30% Nik Dir Nik Wan Ku (UMNO) 7,823 30.10% 22,728 6,028 87.40%
Zarawi Sulong (AMANAH) 729 2.80%

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  •  Terengganu
    • MY-TER Order of Sultan Mizan Zainal Abidin - Dato Sri Setia - SSMZ.svg Darjah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.S.M.Z.) - Dato' Seri - 2019[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ahmad Samsuri MB Terengganu baru
  2. ^ MB, Exco Terengganu angkat sumpah malam ini
  3. ^ "Maklumat Calon dan Kawasan Pilihan Raya N19 RU RENDANG Terengganu". Utusan. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-07. Dicapai pada 7 Julai 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  4. ^ "MB, YDP DUN Terima Darjah Kebesaran Terengganu". TRDI. 22 Julai 2019. Dicapai pada 16 Ogos 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Penyandang Terdahulu Menteri Besar Terengganu
2018 – kini
Penyandang Kemudian
Ahmad Razif Abd Rahman Penyandang