Ahmad Shahrul Azhar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ahmad Shahrul Azhar
Maklumat peribadi
Nama penuh Ahmad Shahrul Azhar Sofian
Posisi permainan Pemain tengah
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1996-1997
1998-1999
2000-2008
Perak
Negeri Sembilan
Perak
00 (3)
00 (3)
00 (21)
Pasukan kebangsaan
2002
1999-2001
1999-2002
Malaysia B-23
Malaysia
Malaysia
Keseluruhan
3 (0)[1]
6 (1)[2]
41 (7)
50 (8)
Pasukan diurus
Malaysia Felda United B-19
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Ahmad Shahrul Azhar Sofian (lahir pada 24 Oktober, 1974) merupakan bekas pemain bola sepak Malaysia dan ketua pasukan kebangsaan Malaysia.

Ahmad Shahrul Azhar memulakan kerjaya bola sepaknya bersama Perak pada 1996 hinggalah 2008 manakala pada 1999 hingga 2001 dia mewakili Negeri Sembilan. Ahmad Shahrul Azhar dikenali sebagai pemain yang panas baran. Pada perlawanan Liga Super menentang MPPJ, Ahmad Shahrul telah dibuang padang setelah mengasari pemain lawan. Dia juga mengertak pegawai perlawanan setelah dibuang padang. Dia kemudian digantung 12 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak. Pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2007, Ahmad Shahrul sekali lagi dibuang padang.

Ahmad Shahrul Azhar mewakili Malaysia ke Sukan Asia Tenggara (SEA), Piala Tiger 2000, Pestabola Merdeka dan kelayakan Piala Asia. Dia menjaringkan hattrick ketika bertemu Kemboja dalam perlawanan peringkat kumpulan Sukan SEA 1999. Penampilan terakhirnya adalah pada perlawanan menentang Korea Selatan di Sukan Asia 2002.

Ahmad Shahrul Azhar bersara sebaik musim 2008 tamat.

Gol Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Tempat Lawan Jaringan Keputusan Perlawanan
1. 4 Ogos 1999 Bandar Seri Begawan, Brunei  Kemboja 7-3 Menang Sukan Asia Tenggara 1999
2. 4 Ogos 1999 Bandar Seri Begawan, Brunei  Kemboja 7-3 Menang Sukan Asia Tenggara 1999
3. 4 Ogos 1999 Bandar Seri Begawan, Brunei  Kemboja 7-3 Menang Sukan Asia Tenggara 1999
4. 7 November 2000 Songkhla, Thailand  Laos 5-0 Menang Piala Tiger 2000
5. 7 November 2000 Songkhla, Thailand  Kemboja 3-2 Menang Piala Tiger 2000
6. 9 Februari 2001 Ba Town, Fiji  Fiji 2-1 Menang Persahabatan
7. 25 Jun 2001 Shah Alam, Malaysia  Bosnia dan Herzegovina 2-2 Seri Pestabola Merdeka 2001

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Ahmad Shahrul Azhar bersama-sama Chan Wing Hoong, K. Nanthakumar, Mohd Hamsani Ahmad dan Syamsul Saad mendapat anugerah dari Sultan Negeri Perak.

Fakta menarik[sunting | sunting sumber]

Ahmad Shahrul Azhar dilihat melambaikan tangankan selepas mendapat jersi yang dipakai David Beckham selepas tamatnya perlawanan antara Malaysia dan Manchester United pada 2001.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mengisi kuota tiga pemain senior.
  2. ^ Bukan perlawanan FIFA 'A'

Pautan luar[sunting | sunting sumber]