Ahmad Tarmimi Maliki

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ahmad Tarmimi Maliki (26 tahun) merupakan rakyat Malaysia pertama menjadi pengebom berani mati dan terbunuh di Iraq. Beliau menjadi pengebom berani mati yang pertama dari Malaysia .Serangan itu berjaya membunuh askar elit Iraq di ibu pejabat SWAT di Al Anbar , Iraq pada 26 Mei 2014.Akhbar The Star melaporkan bahawa Ahmad Tarmimi bukan dari sekolah agama sebagaimana sangkaan ramai. Beliau adalah buruh kilang di Selangor dan mendapat latihan menggunakan senjata di sebuah kem militan di Port Dickson.

Bapanya meninggal dunia ketika berumur 6 tahun dan kematian ibunya ketika usia 9 tahun. Dia bersekolah di Jerantut,Pahang sehingga umur 14 tahun. Selepas kematian ibu dan bapa, Ahmad Tarmimi tinggal bersama kakaknya Halimah (34) dan abang iparnya Rozman (38). Kemudian bersekolah di Institut Vokasional Pahang dalam bidang automatif . Selepas itu pindah ke Selangor dan menjual air kelapa muda dan kemudian bekerja di sebuah pasar raya di Subang Bestari. Pekerjaan terakhirnya ialah di sebuah kilang di Selangor.

Latihan militan[sunting | sunting sumber]

Ahmad Tarmimi mendapat latihan militan di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 2013, tentang cara-cara menggunakan senjata dan latihan fizikal dan ketahanan mental. Kakaknya Halimah kali terakhir berjumpa dengannya pada Mac 2014 dan beliau menyatakan hasrat mahu pergi ke Asia Barat. Ahmad Tarmimi merupakan anak bungsu dari 9 adik-beradik. Hasratnya berjihad tidak dimaklumkan kepada ahli keluarganya kerana beliau seorang perahsia. Adiknya itu hanya memaklumkan akan ke Asia Barat untuk mendalami ilmu agama. Ramai rakyat Melaysia masuk sekolah tahfiz , sekolah agama dan belajar di universiti di Syria,Jordan, Yaman dan sebagainya dengan pelbagai tujuan, alternatif kepada pendidikan di Malaysia.

Beliau banyak mendapat maklumat tentang perang jihad di Syria dan berjuang menerusi Negara Islam Iraq dan Levant atau ringkasnya ISIL / ISIS. ISIL berjuang membina negara Islam di Iraq yang merangkumi Syria, Lebanon, Jordan dan sekitarnya / jajahannya.

Pengebom berani mati[sunting | sunting sumber]

Ahmad Tarmimi maut setelah menjadi pengebom berani mati pertama dalam serangan di Ibu Pejabat Skuad Emas Pasukan Taktik dan Senjata Khas (SWAT) di daerah Al-Anbar, Iraq pada 26 Mei 2014. Beliau menjadi pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) tentera jenis Hummers sarat membawa beberapa tan bahan letupan sebelum disusuli serangan hendap oleh pasukan tentera kumpulan militan Daulah Islamiah Iraq dan Sham (ISIS)/ ISIL. Seramai 25 anggota Skuad Emas SWAT di bangunan terbunuh dan dianggap satu kejayaan besar kepasa ISIL . Ramai pemberontak ISIL merupakan warga asing yang memiliki pelbagai senjata canggih dan bijak menggunakan media internet terkini. Kejayaan-kejayaan mereka segera disebarkan ke seluruh dunia.

Berita tentang serangan itu disiarkan di dalam media rasmi ISIS dengan tajuk utama 'Mujahidin Malaysia Syahid Dalam Operasi Martyrdom' yang disertakan gambar Ahmad Tarmimi. Berita itu melaporkan pasukan ISIS berjaya merampas sejumlah besar senjata api termasuk raifal, mesingan ringan dan peluru.

Wisma Putra berusaha mengesahkan bahawa warga Malaysia terlibat dalam pengeboman berani mati. Ahmad Tarmimi dipercayai menjadi rakyat Malaysia pertama terbunuh sebagai pengebom berani mati kerana sebelum ini terdapat beberapa kematian rakyat negara ini di luar negara dalam peperangan di Syria tetapi bukan sebagai pengebom berani mati. [1]


Tiada sijil kematian[sunting | sunting sumber]

Sehingga kini Kementerian Luar Negeri atau Wisma Putra tidak dapat mengeluarkan sijil kematian kerana berlaku di luar negara. [2]Hanya negara terbabit yang boleh mengeluarkan sijil kematian.

Malahan Menteri Dalam Negeri , Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran mereka yang berjuang di luar negara akan ditangkap setelah balik ke Malaysia.

Pihak keluarga Ahmad Tarmimi telah mengadakan majlis tahlil ringkas berikutan kematian itu.

Pada 31 Mei 2014, seorang bekas tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang ditangkap dalam operasi polis telah dibebaskan beberapa hari lepas mengesahkan Ahmad Tarmimi adalah salah seorang ahli kumpulannya yang pernah mengikuti latihan ala ketenteraan bersamanya serta sembilan yang lain di Port Dickson pada Disember 2013. Pemergian Ahmad Tarmimi ke Syria melalui Turki diketahuinya melalui Facebook.[3]

Pada 22 Ogos 2014, Timbalan Jurucakap Jabatan Negara, Marie Harf menjelaskan bahawa kira-kira 12,000 rakyat asing dari 50 buah negara termasuk Amerika Syarikat (AS), telah menyertai kumpulan penentang kerajaan dan kumpulan militan di Syria sejak konflik di negara itu bermula pada 2011.[4] Kumpulan militan Negara Islam (IS) kini mempunyai ahli seramai 50,000 orang di Syria dengan 6,000 orang dilatih pada Juylai 2014.Pengarah Pemantau Hak Asasi Manusia di Syria, Rami Abdel Rahman mendapat maklumat itu daripada aktivis, doktor dan peguam di Syria. Lebih 20,000 pejuang datang dari Chechnya, Eropah dan negara-negara Arab serta penduduk Islam dari China.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kementerian Luar tidak keluarkan sijil kematian di luar negara". Utusan Malaysia. 25 Jun 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-25. Dicapai pada 2014-06-25.
  2. ^ "Suicide bomber not from religious school". The Star. 24 Jun 2014.
  3. ^ "Pengebom berani mati Malaysia". Utusan Malaysia. 31 Mei 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-09. Dicapai pada 2014-06-25.
  4. ^ "Rakyat Amerika Syarikat antara anggota kumpulan militan di Syria". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-22. Dicapai pada 2014-08-22.
  5. ^ "IS mempunyai lebih 50,000 anggota". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-22. Dicapai pada 2014-08-22.