Ahmad Tarmizi Ali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ahmad Tarmizi Ali
Nama asalAhmad Tarmizi Ali
Nama lahirAhmad Tarmizi Ali
Berasal dari Malaysia
Pengkarya berkait
juara Akademi al-Quran musim ke-4

Ahmad Tarmizi Ali merupakan juara Akademi al-Quran musim ke-4. Pusingan akhir program realiti terbitan TV9 ini diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Jumaat, 6 Ogos 2010.

Abang-abang beliau juga menyertai Akademi al-Quran. Abangnya Mohd Shukri merupakan finalis AQ1 manakala Muslim merupakan finalis AQ2. Selain itu, seorang lagi abangnya Yahya merupakan finalis AQ4 bersamanya.[1]

Juara AQ[sunting | sunting sumber]

Sebagai juara, beliau mendapat RM30,000, trofi tajaan ZRA Glocal, pakej umrah tajaan Irna Yakin Travel & Tours dan sebuah Al-Quran digital sumbangan ENMAC. Naib johan disandang oleh Muhamad Ahmad Zahid, 15 yang mendapat RM15,000. Ketiga ialah abang beliau Yahya Ali, 23, mendapat RM10,000. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral (B), Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Pengerusi Media Prima Bhd, Datuk Johan bin Jaafar dan Ketua Pengurus Besar TV9, Sherina Nordin turut hadir dan menyampaikan hadiah.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]