Ahmad Termizi Ramli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ahmad Termizi Ramli

PhD
Timbalan Pengerusi AMANAH Perak
Memegang jawatan
2024
PresidenMohamad Sabu
Pengerusi AMANAH PerakAsmuni Awi
Butiran peribadi
LahirAhmad Termizi bin Ramli
(1954-08-08) 8 Ogos 1954 (umur 69)
Kampung Suak Petai, Manong, Kuala Kangsar, Perak, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
PasanganKamaliah binti Nordin
Anak-anak9
Alma materUniversity of Leeds (BSc)
University of Salford (MSc)
University of Swansea (PhD)
PekerjaanAhli Politik
ProfesionAhli Akademik (Saintis)
bersara dari jawatan Profesor di Universiti teknologi Malaysia pada tahun 2015

Dr. Ahmad Termizi Ramli adalah ahli politik dan ahli akademik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan bekas ahli akademik Universiti Teknologi Malaysia dan menyertai Parti Amanah Negara.

Maklumat Peribadi[sunting | sunting sumber]

Nama : Prof. Dr. AHMAD TERMIZI BIN RAMLI dianugerahkan Peringkat Kedua Darjah Kebesaran oleh AlMarhum Sultan Azlan, Perak P.C.M (Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (P.C.M))

Umur : (1954-08-08) 8 Ogos 1954 (umur 69)

Tempat Lahir : Kampung Suak Petai, Manong, Kuala Kangsar. Perak

Agama : Islam

Bangsa : Melayu

Status : Berkahwin

Isteri : Kamaliah Binti Nordin (9 orang anak) - berasal dari Kemaman Terengganu

Kawasan Mengundi : Shah Alam

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

•1960, Sekolah Kebangsaan Bagan Serai.

•1965, Sekolah Kebangsaan Selama, Perak.

•1967, Sekolah Tuanku Abdul Rahman, STAR, Ipoh. LCE.

•1971, Maktab Tentera DiRaja, Sungai Besi MCE.

•1973, People's College of Further Education. A-Level.

•1975, University of Leeds, UK, B.Sc. (Hons) Fizik.

•1980, University of Salford, UK, M.Sc. Kesihatan dan Keselamatan Radiologi.

•1984, University of Swansea, Wales, Diploma Fizik Pengionan dan Ph.D Fizik Perubatan.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

• Bersara sebagai Professor Gred B di Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Pencapaian Dalam Kerjaya[sunting | sunting sumber]

• Dianugerahkan Pingat Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (P.C.M)[1] oleh Almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah.

• Ahli Senat Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 2011 hingga 2016.

• Ketua Jabatan Fizik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 1988 hingga 1990.

• Pengarah Unit Perlindungan Sinaran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 1991 hingga 2003.

• Professor Gred C (1997 - 2013),

• Professor Gred B (2013-2016).

• Mengendalikan 21 orang pelajar Doktor Falsafah (PHD) dan 21 orang pelajar sarjana (Master) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam bidang fizik.

• Mengendalikan 19 projek penyelidikan daripada pelbagai agensi menghampiri kos sebanyak RM2.6 juta.

• Menghasilkan 11 buah buku ilmiah, 97 kertas jurnal antarabangsa dan 79 kertas pelbagai persidangan.

• Melaksanakan tugasan di bawah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa.

Penglibatan Sosial[sunting | sunting sumber]

• Timbalan Presiden Persatuan Islam University Leeds (1978-1979)

• Presiden Persatuan Islam University College Swansea (1984-1986)

• Presiden Kesatuan Melayu United Kingdom (1984-1985)

• Presiden Kesatuan Kakitangan Akademik Universiti Teknologi Malaysia (1991-1992)

Sumbangan Peringkat Kebangsaan[sunting | sunting sumber]

• Ahli Panel Pakar Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Kementerian Teknologi dan Alam Sekitar sejak tahun 1992

• Ahli Jawatankuasa Kebangsaan Persijilan Pegawai Perlindungan Sinaran Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Kementerian Teknologi dan Alam Sekitar 1995-2003.

• Ahli Panel Pakar Nobel Laureate Akademi Sains Malaysia sejak tahun 2002.

• Ahli Reaktor Interest Group Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia sejak tahun 2002.

• Ahli Kajian Hala Tuju Pengajian Dalam Bidang Kejuruteraan Nuklear di Institut Pengajian Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi sejak tahun 2012.

• Pengerusi Panel Pakar Sains Nuklear Dewan Bahasa dan Pustaka 2013-2015.

• Ahli Tetap Jawatankuasa Pemantauan Pengoperasian Loji Bahan Termaju Lynas Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia.

Pengalaman Dalam Politik[sunting | sunting sumber]

• Ahli Jawatankuasa Pusat IKRAM dan Setiausaha Biro Politik IKRAM.

• Presiden Kesatuan Melayu United Kingdom ketika zaman pengajiannya di United Kingdom.

Jawatan Dalam Parti Amanah Negara[sunting | sunting sumber]

•Ahli Jawatankuasa Biro Antarabangsa AMANAH

•Ahli Jawatankuasa Biro Pilihan Raya AMANAH

•Ahli Jawatankuasa Biro Politik AMANAH Perak

•Naib Ketua AMANAH Kawasan Kuala Kangsar [2]

Isu Lynas[sunting | sunting sumber]

Menerusi Buletin Utama, TV3. Beliau bersama YB Dr. Che Rosli Che Mat (Ahli Parlimen PAS Hulu Langat) telah menyokong[pautan mati kekal] projek Nadir Bumi tersebut walaupun menjejaskan usaha PKR memburukkan kerajaan terhadap pembinaan loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng dekat Kuantan berdasarkan kepakaran beliau dalam bidang radiasi berkaitan.

Namun begitu, beliau berharap pemantauan oleh agensi kerajaan terhadap pelabur harus diaudit secara telus dan berkala untuk mengelak risiko pengambilan untung yang tidak beretika sehingga menjejaskan alam sekitar[3]. Pelabur dari Australia telah melabur RM700 dalam projek itu. Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh menafikan laporan khas wartawan alam sekitar, Karam Singh Walia.

Kebimbangan mengenai pencemaran itu berasaskan kes sebelumnya seperti, pemprosesan nadir bumi di Maywood Site, Amerika Syarikat menyebabkan pencemaran kepada kawasan sekitar melalui anak sungai yang membawa bahan cemar ke kawasan sekeliling.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-26. Dicapai pada 2016-06-03.
  2. ^ http://m.malaysiakini.com/news/343919
  3. ^ http://portal.aelb.gov.my/sites/aelb/maklumat%20lynas/Maklumat%20Umum/Laporan%20Jawatankuasa.pdf[pautan mati kekal]
  4. ^ "Maywood Site". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-22. Dicapai pada 2011-08-27.