Ahmad Yakob
Yang Amat Berhormat Dato' Bentara Kanan, Ustaz Dato' Haji Ahmad Yakob SJMK, DJMK, SMK, JP (Kelantan) | |
---|---|
![]() | |
Menteri Besar Kelantan | |
Memegang jawatan 6 Mei 2013 | |
Timbalan | Mohd Amar bin Abdullah |
Sultan | Sultan Muhammad V |
Didahului oleh | Nik Abdul Aziz Nik Mat |
Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan untuk Pasir Pekan | |
Memegang jawatan 1995 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Parti Perikatan Nasional Kelantan | |
Memegang jawatan 5 Januari 2021 | |
Didahului oleh | Penyandang sulung |
Timbalan Mursyidul Am | |
Memegang jawatan 2015 | |
Didahului oleh | Haron Din |
Timbalan Menteri Besar Kelantan | |
Dalam jawatan 2004 – 2013 | |
Didahului oleh | Abdul Halim Abdul Rahman |
Digantikan oleh | Mohd Amar bin Abdullah |
Butiran peribadi | |
Lahir | Kelantan | 1 Februari 1950
Parti politik | ![]() |
Pasangan | Datin Siti Zubaidah binti Ab. Hamid |
Anak-anak | 12 |
Kediaman | Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan, Jalan Pintu Geng, Kota Bharu Kampung Berangan ![]() |
Pekerjaan | Ulama, Ahli politik |
Yang Amat Berhormat Dato' Bentara Kanan, Ustaz Dato' Haji Ahmad bin Yakob adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pekan, Kelantan bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Timbalan Mursyidul Am merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Syura Ulamak PAS dan Pesuruhjaya PAS Kelantan. Di peringkat kerajaan negeri, beliau merupakan Menteri Besar Kelantan bermula 6 Mei 2013 hingga sekarang.[1][2][3]
Keluarga[sunting | sunting sumber]
Ahmad Yakob dilahirkan di Kampong Berangan, Tumpat pada 1 Februari 1950. Bapanya Haji Yakob bin Ishak ialah tokoh agama dan pejuang PAS di Kampong Berangan. Manakala ibunya Cik Zainab Bt Cik Hussin aktif dalam urusan Muslimah PAS Cawangan Berangan. Bapanya, Tuan Guru Haji Yakob bin Haji Ishak merupakan tokoh PAS Tumpat dan pernah ditahan di bawah ISA bersama-sama Haji Nik Abdullah Arshad, tokoh PAS Kelantan.
Pada 1981, beliau berkahwin dengan Siti Zubaidah binti Ab. Hamid, seorang guru dan mereka dikurnia 12 orang anak.
Pendidikan[sunting | sunting sumber]
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Berangan. Kemudian di Sekolah Agama Bustanul Ariffin, Berangan, Tumpat. Seterusnya belajar di Maktab Pengajian Islam, Jalan Bayam , Kota Bharu.Seterusnya melanjutkan pelajaran di Pusat Pengajian Tinggi Islam Kelantan (PPTIK) Nilam Puri dan di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir dengan mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Syariah dan mendapat Diploma Pendidikan di Universiti 'Ain Syam , Kaherah jurusan Bahasa Arab (1978-1979).[3]
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Sekembali dari Mesir, beliau menjadi guru di Sekolah Menengah Dato' Bentara Dalam, Segamat, Johor (1980).Sekolah Menengah Kebangsaan Dabong ,Gua Musang (1986), Sekolah Menengah Perempuan Pasir Mas dan ke Sekolah Menengah Rantau Panjang (1987-1995). Pada tahun 1995 beliau meletak jawatannya bagi membolehkan beliau bertanding di dalam Pilihan raya umum Malaysia 1995. Sebagai guru agama, beliau aktif dari surau dan masjid menyampaikan dakwah dan ceramah.
Politik PAS[sunting | sunting sumber]
Ahmad Yakob menjadi ahli PAS di cawangan Berangan pada 1986. Beliau pernah menjawat Pengarah Pilihanraya DUN Sungai Pinang (1986), Bendahari PAS Kawasan, Pengerusi Majlis Tindakan DUN Sungai Pinang (1990 -1995) dan Ketua Penerangan PAS Kawasan 1997-1999, Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Tumpat, Pengerusi Lajnah Tarbiah dan Kepimpinan dan Jawatankuasa Bangunan PAS Tumpat serta Ahli Lajnah Politik PAS Negeri Kelantan.
Beliau ditawarkan oleh PAS untuk bertanding dalam Pilihan raya umum Malaysia 1995. Oleh itu beliau meletakkan jawatan dengan notis 24 jam sebagai guru siswazah selama 15 tahun demi berbakti kepada PAS. Beliau bertanding di DUN Pasir Pekan dalam Parlimen Tumpat menentang calon BN Haji Saupi Daud dan menang dengan majoriti 2,734 undi.
Pada 17 Mei 1997, Menteri Besar Kelantan, Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat melantik beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Industri, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Sumber Manusia Negeri Kelantan, yang kosong selepas penyandangnya Rozali Isohak (Semangat 46) telah digugurkan kerana menyertai semula UMNO.
Selepas memenangi Pilihan raya umum Malaysia 1999, Ahmad dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Sains Teknologi dan Alam Sekitar Negeri Kelantan.
Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2004 pada 21 Mac 2004, Ahmad Yakob menewaskan calon BN , Mohd Noor Yaakob (Naib Ketua UMNO Bahagian Tumpat) dengan majoriti 2,271 undi, dan dilantik menjadi Timbalan Menteri Besar Kelantan pada 23 Mac 2004.
Selepas Pilihan raya umum Malaysia 2013, beliau dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan bagi menggantikan YB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang telah berkhidmat selama lima penggal.
Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]
Tahun | Kawasan | Individu | Undian | Lawan | Undian | Peratus Mengundi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|
1995 | DUN Pasir Pekan, Kelantan | Ahmad Yakob (PAS) | 6,980 | Saupi Daud (BN-UMNO) | 4,241 | 77.06% | 2,739 |
1999 | DUN Pasir Pekan, Kelantan | Ahmad Yakob (PAS) | 8,389 | Muhammad Sulaiman (BN-UMNO) | 3,458 | 78.36% | 4,931 |
2004 | DUN Pasir Pekan, Kelantan | Ahmad Yakob (PAS) | 8,855 | Md Noor Yaacob (BN-UMNO) | 6,584 | 80.24% | 2,271 |
2008 | DUN Pasir Pekan, Kelantan | Ahmad Yakob (PAS) | 11,106 | Md Noor Yaacob (BN-UMNO) | 6,590 | 83.83% | 4,516 |
2013 | DUN Pasir Pekan, Kelantan | Ahmad Yakob (PAS) | 14,204 | Nik Noriza Nik Salleh (BN-UMNO) | 8,560 | 86.00% | 5,644 |
2018 | DUN Pasir Pekan, Kelantan | Ahmad Yakob (PAS) | 14,298 | Wan Mohd Sanusi Wan Yunus (BN-UMNO) | 5,946 | 8,352 | |
Wan Mohd Johari Wan Omar (PH-Amanah) | 2,140 |
Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Ahmad Yakob appointed MB Kelantan NST
- ^ "Ahmad Yakob MB Kelantan baru, Nik Amar TMB". Harakahdaily. 6 Mei 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-07. Dicapai pada 7 Mei 2013.
- ^ a b "Ahmad Yaakob takes oath as new Kelantan MB". The Malaysian Insider. 6 Mei 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-10. Dicapai pada 7 Mei 2013.
Jawatan politik | ||
---|---|---|
Didahului oleh Nik Abdul Aziz bin Nik Mat |
Menteri Besar Kelantan 6 Mei 2013 – |
Pemegang jawatan kini |
- Menteri Besar daripada PAS
- Muslim Malaysia
- Anggota Parti Islam Se-Malaysia
- ADUN Kelantan
- Orang hidup
- Anggota Majlis Syura Ulama PAS
- Menteri Besar Kelantan
- Kelahiran 1951
- Orang dari Kelantan
- Alumni Universiti Al-Azhar
- Anggota Dewan Ulamak PAS
- Alumni Universiti Ain Shams
- Ahli politik Malaysia berketurunan Melayu
- Penerima Darjah Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan