Ahmad al-Badawi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

As-Saiyid Ahmad al-Badawi (Bahasa Arab: أحمد البدوى, IPA: [ˈæħmæd elˈbædæwi]), juga dikenali sebagai Al-Sayyid Al-Badawi (السيد البدوى, [esˈsæjjed-, elˈsæjjed-]) adalah seorang tokoh Islam yang sangat terkenal di negara Mesir. Ahli sufi ini telah dilahirkan pada tahun 596 Hijrah di Fes [Fas فاس dalam bahasa Arab], Maghribi [Morocco dalam bahasa Inggeris] dan telah meninggal dunia di Tanta, Mesir pada tahun 675 Hijrah.

Maulid (disebut "mulid" oleh orang-orang awam di Mesir) as-Saiyid Ahmad al-Badawi disambut dengan sangat meriah di Tanta pada setiap tahun, dan sambutan ini berlangsung selama lapan hari. Ia dihadiri oleh lebih daripada dua juta orang hadirin dari seluruh negara Mesir.

Bacaan tambahan[sunting | sunting sumber]

  • Al-Imām Nūruddīn Al-Halabī Al-Ahmadī, Sīrah Al-Sayyid Ahmad Al-Badawī, diterbitkan oleh Al-Maktabah Al-Azhariyyah Li Al-Turāth, al-Qāhirah (Cairo).
  • Al-Imām Al-Akbar (Syaikh Al-Azhar) Dr 'Abdul Halīm Mahmūd, Al-Sayyid Ahmad Al-Badawī, diterbitkan oleh Dār Al-Ma'ārif, al-Qāhirah (Cairo).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]