Ahmad Ithnin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Ahmad bin Ithnin)

Datuk Haji Ahmad Ithnin adalah ahli politik veteran UMNO dari Merlimau, Melaka. Beliau banyak mengorbankan jiwa dan raganya untuk memperjuangkan parti UMNO khususnya di Melaka. Beliau adalah bekas Ahli Parlimen Jasin (1969-1978) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai (1982-1986). Datuk Hj. Ahmad Bin Hj. Ithnin adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sg. Rambai, Melaka.


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

http://www.utem.edu.my/press/index.php?option=com_jportfolio&cat=1&project=22&Itemid=127

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Anaknya Roslan Ahmad menjadi calon Barisan Nasional dan menang dalam Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka pada 2011. Roslan Ahmad pernah bekerja sebagai Pengurus Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Sosioekonomi Perbadanan Melaka Holdings Sdn. Bhd. dan berkahwin dengan Zalifah Omar.

Adiknya Datuk Seri Abu Zahar bin Haji Isnin merupakan Ketua Menteri Melaka yang ke-8 dari 1997 hingga 1999.[1]

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Anaknya, Roslan Ahmad adalah ADUN Merlimau yang menang di dalam Pilihan Raya Kecil Merlimau pada Mac 2011.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

1. Biografi MUBARAK Melaka : Datuk Hj. Ahmad Bin Hj. Ithnin oleh Nooraini Sulaiman. Penerbit Universiti UTEM.

  1. ^ "Tekad teruskan legasi Allahyarham Ahmad Ithnin". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-02-25. Dicapai pada 2012-10-09.