Ahmed Yassin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Syeikh Ahmed Yassin
Fail:Ahmed Yassin.JPG
Photograph of Ahmed Yassin taken on 19 March 2004
KelahiranJune 28, 1937
Meninggal dunia22 Mac 2004(2004-03-22) (umur 66)

Syeikh Ahmed Ismail Hassan Yassin (Bahasa Arab: الشيخ أحمد إسماعيل حسن ياسين; 22 Jun 1937 – 22 Mac 2004)[1] adalah pengasas pertubuhan Palestine Hamas. Dilahirkan di desa Al-Jura, pinggiran Al-Mijdal, selatan semenanjung Gaza (sekarang dekat Ashqelon di Israel). Ketika masih kanak-kanak, beliau dan keluarganya telah dipaksa menjadi pelarian akibat oleh perperangan dengan Israel pada tahun 1948 atau pun namanya perang nakbah.

Syeikh Ahmed Yassin telah mendirikan party Hamas (al-Harakatul Muqawwamatul Islamiyah) dengan rakannya Abdul Aziz al Rantisi dan Khaled Meshal pada tahun 1987. Syeikh Ahmed Yassin adalah seorang yang hampir buta dan juga seorang kuadriplegia akibat kemalangan sukan pada masa mudanya sehingga beliau perlu menggunakan kerusi roda sepanjang sisa hidupnya.[2] Beliau merupakan pejuang Intifadah, mujahid dakwah yang berjuang menegakkan Islam dan penghulu pejuang kemerdekaan Palestine.

Pembunuhan[sunting | sunting sumber]

Syeikh Ahmed Yassin dibunuh pada hari Isnin, pada 22 Mac 2004, helikopter Israel telah menglancarkan 3 buah roket ke atas syeikh ahmed yassin setelah beliau menunaikan Solat Subuh.[3]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

  • Syekh Ahmed Yassin dilahirkan di al-Jura, sebuah kampung kecil berhampiran bandar Ashkelon, dalam Amanat Britain Palestin. [1] Tarikh lahirnya tidak diketahui dengan pasti: menurut pasport Palestinnya, dia dilahirkan pada 1 Januari 1929, tetapi dia mengaku sebenarnya dilahirkan pada tahun 1937. Ayahnya, Abdullah Yassin, meninggal ketika dia berusia tiga tahun. Setelah itu, dia dikenali di kawasan kejiranannya sebagai Ahmad Sa'ada setelah ibunya Sa'ada al-Habeel. Ini untuk membezakannya dengan anak-anak dari tiga isteri ayahnya yang lain. Bersama-sama, Yassin mempunyai empat saudara lelaki dan dua saudara perempuan. Dia dan seluruh keluarganya melarikan diri ke Gaza, menetap di Kem al-Shati setelah kampungnya dibersihkan secara etnik [11] oleh Pasukan Pertahanan Israel semasa Perang Arab-Israel 1948.
  1. ^ Tarikh lahirnya tidak diketahui secara tepat: menurut pasport Palestinnya, beliau lahir pada 1 Januari 1929, namun beliau telah menyatakan sebenarnya beliau telah dilahirkan pada 1938, sedangkan sumber Palestin mendaftarkan tahun kelahirannya sebagai tahun 1937.
  2. ^ "islam.about.com". Dicapai pada 2009-06-18.
  3. ^ "The life and death of Shaikh Yasin". Al Jazeera. 27 Mac 2004. Dicapai pada 2007-08-07.