Ahn Hee Jung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ahn Hee Jung (2016)

Ahn Hee Jung (Bahasa Korea: 안희정, 1hb Mei 1965 ~ ) merupakan seorang aktivis, ahli politik dan penjenayah di Korea Selatan. Beliau dahulu bekerja sebagai Gabenor Chungcheong Selatan sejak tahun 2010 sehingga 2018, tetapi terpaksa letak jawatan setelah didedahkan kes rogol setiausaha wanita beliau.[1]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Ahn Hee Jung dilahirkan di Nonsan, Chungcheong Selatan pada 1hb Mei 1965. Nama "Hee Jung" dinamakan sempena bekas Presiden Park Jung Hee.[2] Pada zaman kanak beliau pernah rela menjadi seorang ahli tentera. Walau bagaimanapun, Korea Selatan dipimpin oleh kuasa tentera dan kebebasan bersuara begitu terbatas. Sesudah mengalami beberapa hakikat masyarakat, tujuan beliau menjadi ahli tentera bertukar ganti ke aktivis.

Beliau dipecat daripada sekolah yang dituntutnya atas membaca buku anti-kerajaan. Beliau lalu masuk ke universiti, walau masih lagi mengaktif sebagai aktivis. Pada tahun 1989, beliau ditangkap oleh polis dan diseksa atas "pemberontakan".

Kehidupan politik[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1989, beliau dipelawa oleh Kim Young Sam aka YS, ketua Parti Demokratik Bersatu pada masa berikutnya. Namun, partinya ingin bergabung dengan Parti Keadilan Demokratik (parti pimpinan) dan Parti Republik Demokratik (Baru). Ia ditolak oleh beberapa ahli parlimen daripada parti itu. Akhirnya, Ahn membuat keputusan yang beliau tidak akan setuju kepada YS dan tinggalkan parti tersebut. Tahun 1992, beliau tinggalkan dunia politik dan pulang ke pelajarannya.

Di universitinya, beliau tidak ada sebarang sahabat yang menemani. Bagaimanapun, ada seorang yang mengertinya, iaitu Roh Moo Hyun bakan Presiden Republik. Kedua-dua insan itu lalu berkawan sesama diri, dan tahun 2001 Ahn menjadi setiausaha bagi Roh.

Malah, keadaannya tidak stabil kerana beliau didedahkan kes rasuah bahawa beliau terima duit daripada beberapa syarikat terkenal. Oleh itu, beliau dihukum penjara selama setahun dari perbicaraan Mahkamah Tinggi. Dalam perbicaraan tersebut, beliau merayu kepada hakim agar dihukum yang ketat.[3]

Tahun 2005, Ahn dibebaskan dan diampunkan pada tahun hadapan. Beliau mencabar keahlian parlimen pada tahun 2008, meskipun kalah akibat rekod jenayah tersebut di atas.

Gabenor[sunting | sunting sumber]

Ahn mencabar jawatan Gabenor Chungcheong Selatan pada tahun 2010. Syukur ke atas hadrat Allah SWT, beliau menang. Inilah ikrar awam beliau:

  • 3 Inovasi
    • Inovasi Pentadbiran - Kerajaan Negeri yang rajin
    • Inovasi Autonomi - Rakyat Negeri sebagai penentu
    • Inovasi Pertanian - beri pengharapan bagi petani dan nelayan
  • 3 Bahagia
    • Kemajuan Bahagia
    • Hak Bahagia
    • Persekitaran Bahagia

Beliau dipuja oleh jutaan rakyat negeri dan alhamdulillah, beliau berjaya dipilih semula pada tahun 2014. Semenjak itu, Ahn dipertimbangkan sebagai salah seorang bakal Presiden Republik.

Perjalanan ke Presiden[sunting | sunting sumber]

Pada 21hb Januari 2017, Ahn mengisytiharkan mencabar ke jawatan Presiden.[4]

Ideologi politik beliau lebih berdekatan kepada konservatif berhaluan kanan tengah. Beliau sungguh mengkritikkan Moon Jae In berpangkat pertama berhaluan kiri tengah dan Lee Jae Myung berhaluan kiri. Selepas Ban Ki Moon mengakui tidak mencabar jawatan Presiden, kuasa kanan rela memilih Ahn.

Beliau terpaksa menerima jutaan kritikan disebabkan ideologinya. Pernah juga beliau berjanji bahawa beliau dapat bersatu dengan Parti Korea Bebas, parti pimpinan pada masa itu. Akhirnya, beliau kalah dalam primari.

Ahn menerima keputusan berikutnya dan membantu Moon yang juaranya. Moon lalu menang dalam pilihan presiden yang diadakan pada 9hb Mei 2017.

Kejatuhan[sunting | sunting sumber]

Pada 5hb Mac 2018, setiausaha wanita beliau yang bernama Kim Ji Eun menuduh beliau atas jenayah seks.[5] Ia lalu menjadi viral di masyarakat Korea Selatan dan juga kepada seluruh dunia.

Kerjaya beliau telah dijatuhkan ke bawah tanah. Beliau terpaksa letak jawatan dan hari yang berikutnya dipecat daripada partinya. Beliau mohon maaf atas kes itu.[6] Segala ini hanya berlaku dalam 2 jam.

Beliau akan muncul ke perbicaraan yang bakal diadakan dan barangkali dipenjarakan. Kini beliau harus menerima segala penghinaan dan pengutukan daripada jutaan rakyat.

Cerita[sunting | sunting sumber]

Roh Moo Hyun pernah menasihati kepada Moon Jae In, Ryu Shi Min dan Ahn Hee Jung. Si bekas Presiden Republik itu, menasihati Moon menjadi ahli politik, Ryu menjadi penulis dan Ahn menjadi petani. Moon dan Ryu yang mengikutkan nasihat tersebut telah berjaya. Malah, Ahn yang mengabaikannya akhirnya melakukan kes yang mengerikan dan terjatuh kehidupan beliau. Nasihat itu tidak sengaja menjadi ramalan kepada yang bakal dilakukan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]