Siti Rohaida binti Mat Aris

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Aida Aris)
Jump to navigation Jump to search
"Aida Aris" dilencongkan di sini.
Aida Aris
KelahiranSiti Rohaida binti Mat Aris
1972 (umur 46–47)
Republik Singapura
KediamanKuala Lumpur
PekerjaanPelakon, penerbit
Tahun aktif1990–kini
PasanganBob Azrai (2004-2006)
Husfarid (2010-kini)[1]

Siti Rohaida bt Mat Aris atau lebih dikenali sebagai Aida Aris merupakan seorang pelakon dan model wanita Singapura yang terkenal di Malaysia dan Singapura.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Bakatnya bermula sebagai peragawati runway dan fesyen pada lewat 80an dan awal 90an di mana namanya sebaris dengan peragawati terkenal seperti Nasha Aziz dan Nora Ariffin. Pada tahun 1995 beliau beralih ke dunia lakonan setelah popular di Malaysia kerana muncul dalam muzik video lagu hits nyanyian Aris Ariwatan yang berjudul Lamunan Terhenti. Filem lakonannya yang pertama berjudul Suratan Kasih (1995) bersama Sofia Jane dan memegang watak utama dalam Debu Debu Cinta pada tahun 1997 berjaya menaikkan namanya selain penampilan berkesannya membawa watak gadis bipolar dalam drama Hatiku Bukan Pualam bersama Umi Kalthum dan Wan Nor Azlin mendapat perhatian ramai pengkritik.

Beliau sering menghiasi kaca televisyen dari lewat 90an hingga kini menerusi pelbagai watak dan disifatkan antara dramatis yang malar segar di kaca televisyen Malaysia dan Singapura. Salah satu drama yang begitu mempopularkannya adalah Bulan Bintang Capricorn pada tahun 1999.

Aida Aris berjaya menubuhkan syarikat penerbitannya sendiri diberi nama CintaKasih Sdn Bhd.[2] Ditubuhkan pada tahun 2006 menggunakan duit simpanannya, CintaKasih kini sudah menerbitkan dua telefilem iaitu Suram Pengantin arahan Fairuz Loy dan Tercipta Untukku diarahkan oleh Ahmad Idham.

Mendirikan rumah tangga bersama Husfarid Shaikh Ali @ Shaikh Hussain Ketua Pramugara MAS pada 4 September 2010.[3]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1995 Debu-Debu Kasih
1996 Suratan Kasih
1996 Kembara
2003 Black Maria Black Roses
2011 Senjakala Mazidah
2014 Aku Akan Muncul

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1999 Bulan Bintang Capricon Dayang NTV7
2004 Rindu Semakin Jauh TV3
2009 Embun Mutiara
2011 Bunga April
2012 Putera Rayyan
2012 Mahabbah
2014 Romi Cinta Julia Sabariah

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2000 Playboy Pencen Terus ke video
2001 Ayuni
2003 Di Antara Satu
2004 Gosok Terus ke VCD
Manisnya Hempedu Pahitnya Madu Terus ke VCD
2011 Kain Pelikat Acat TV9
2012 Gincu Ayah TV1
2013 Tetamu Maria TV9
2015 Dahlia TV2
Haji Rock
2017 Janji
2018 Haji Gugel Zahirah TV3

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Budiey (5 September 2010). "Gambar Wedding Aida Aris & Husfarid". Sensasi Selebriti. Dicapai 3 Mei 2014. 
  2. ^ Zul Husni Abdul Hamid (4 Julai 2010). "'Cuma putus cinta, bukan silaturrahim'". Berita Harian. Dicapai 3 Mei 2014. 
  3. ^ Sharifah Shahira ‘Paksa’ Aida Aris Bersanding

Pautan luar[sunting | sunting sumber]