Aiman Nasir Wynne

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aiman Nasir Wynne
Kelahiran (1998-09-24) 24 September 1998 (umur 25)
PekerjaanYouTuber, Pelakon, model
Tahun aktif2021–kini
Ibu bapaNasir (Bapa)
Wynne (Ibu)
SaudaraJoseph Wynne (adik)
Aiman Nasir Wynne
Maklumat YouTube
Juga dikenali sebagaiAiman Kecek Kelate
Saluran
Tahun aktif2020-kini
GenrePelancongan, Kebudayaan, Kehidupan
Pelanggan110000
(2023)
Jumlah tontonan3,493,512
(2022)
Kandungan tersedia dalamMelayu Kelantan, Melayu Standard, Inggeris

Aiman Nasir Wynne (lahir 24 September 1998) merupakan seorang selebriti internet yang terkenal di Malaysia. Beliau terkenal menerusi saluran Youtube iaitu Aiman ​​Kecek Kelate pada 2021.[1] Beliau kini terkenal dalam industri hiburan di Malaysia dan beliau sedang bergiat dalam bidang lakonan di Malaysia.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Aiman dilahirkan dan dibesarkan di England, United Kingdom serta mempunyai darah campuran Melayu (bapa) dan Inggeris (ibu). Beliau merupakan anak sulung daripada dua adik-beradik.[2][3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Aiman ​​memulakan kerjayanya sebagai influencer menerusi saluran Youtube yang bernama Aiman ​​Kecek Kelate pada 2021 yang membuatkan beliau terkenal di seluruh negeri Kelantan kemudian seluruh Malaysia. Beliau banyak memuat naik video mengenai kehidupannya dan mempelajari budaya dan adat resam Melayu Kelantan.[4] Beliau ​​kini sedang mengembangkan kemahiran lakonannya dalam industri hiburan.[5][6]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2022 London With Love Danny Sooka
2023 Salam Famili Adam Astro Ceria
Kampung Mat Saleh Faizal TV3
Perempuan Itu Zahir Tonton

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ IZZATUL ‘AIN AZMAN (15 Julai 2021). "'Mat Salih' fasih cakap Kelantan tular". Kosmo. Dicapai pada 25 Oktober 2022.
  2. ^ Amri Hassan (26 Februari 2022). "#OhAbeNik: Kenali Aiman Nasir Wynne, Artis Mix Kelantan-UK Yang Suka Berkain Pelikat & Minat Gadis Melayu Bertudung". Astro Gempak. Dicapai pada 25 Oktober 2022.
  3. ^ AQMAR MUSTAZA (13 Mac 2022). "Aiman Nasir Wynne tinggalkan bumi UK demi selami budaya Melayu". Sinar Harian. Dicapai pada 25 Oktober 2022.
  4. ^ https://www.kosmo.com.my/2021/07/15/mat-salih-fasih-cakap-kelantan-tular/
  5. ^ [1]
  6. ^ Zaara Talita (23 Februari 2022). "Nak jadi artis, Aiman 'kecek Kelate' ingin fasih Bahasa Melayu". Harian Metro. Dicapai pada 25 Oktober 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]