Pergi ke kandungan

Aimi Jarr

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aimi Jarr
Kelahiran
Omar bin Puteh

(1939-07-25)25 Julai 1939
Meninggal dunia10 Mei 2011(2011-05-10) (umur 71)
Taman Melawati, Shah Alam, Selangor
Sebab kematianSerangan jantung
DikebumikanTanah Perkuburan Muslim Klang Gate, Hulu Klang
PekerjaanWartawan hiburan, pelakon, penolong pengarah, pengarah drama-drama TV, penulis skrip, rencana, dan novel.
MajikanUtusan Malaysia
PasanganNoriah Ishak
Anak-anak3

Aimi Jarr atau nama sebenarnya Omar bin Puteh (25 Julai 1939 – 10 Mei 2011) merupakan seorang wartawan hiburan, pelakon, penolong pengarah, pengarah drama-drama TV, penulis skrip, rencana, dan novel. Beliau juga merupakan sub-penyunting di akhbar Utusan Malaysia.

Beliau sangat rapat dengan seniman agung Tan Sri P. Ramlee dan sering terlibat dalam perbincangan dan pertemuan-pertemuan antara P. Ramlee dengan rakan-rakan rapatnya dalam media. Beliau juga pernah berlakon di dalam beberapa buah filem dan drama dalam siri televisyen khususnya drama-drama arahan dan terbitan Skop Productions milik Datuk Yusof Haslam.[1]

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]

Allahyarham Aimi Jarr pernah dinobatkan sebagai penulis skrip terbaik semasa Pesta Filem Malaysia pada tahun 1981 bagi filem "Dia Ibuku".

Meninggal dunia

[sunting | sunting sumber]

Pada tanggal 10 Mei 2011, Allahyarham Omar Puteh telah meninggal dunia di rumahnya di Taman Melawati pada usia 71 tahun akibat serangan jantung.[2] Sebelum itu, Allahyarham Datuk Omar Puteh pernah menghidap penyakit kencing manis yang tidak serius. Allahyarham Aimi Jarr meninggalkan seorang balu, Noriah Ishak, 74, dan tiga orang anak, Norimy Jarr, 44, Norlisda Jarr, 40, dan Romy Jarr. Aimi Jarr dikebumikan di Tanah Perkuburan Muslim Klang Gate, Hulu Klang, Selangor, Malaysia selepas Solat Zohor.

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Catatan
Pelakon Penulis Skrip Penulis Lirik
1977 Menanti Hari Esok Tidak Tidak Ya Runut bunyi
1979 Tiada Esok Bagimu Ya Ya Tidak Zamri
Kisah Seorang Biduan Ya Tidak Tidak Wakil Tunas Recording
1980 Esok Masih Ada Tidak Ya Tidak
Detik 12 Malam Ya Ya Tidak Cerita asal
Jejak Bertapak Tidak Ya Tidak
1981 Dia Ibuku Tidak Ya Tidak
Bukit Kepong Tidak Ya Tidak
1991 Juara Ya Tidak Tidak Bos Penampilan khas
Memory Ya Tidak Tidak Omar
1992 Kanta Serigala Ya Tidak Tidak Doktor Psikiatri
1997 Gemilang Ya Tidak Tidak Pengacara Penampilan Khas
2003 MX3 Ya Tidak Tidak En. Omar
Gila-Gila Pengantin Ya Tidak Tidak Bapa Aliah
2004 Pontianak Harum Sundal Malam Ya Tidak Tidak Pembesar Istana II Penampilan khas
Gila-Gila Pengantin Remaja Ya Tidak Tidak Badar
Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Saluran TV Catatan
Pelakon Penulis Skrip
1999 Romeo & Juliet Ya Tidak TV3 Drama pertama
2000 Maria Mariana The Series Ya Tidak Ali
2003-2005 Sembilu Tidak Ya TV2
2005-2007 Sembilu Kasih Tidak Ya TV3
2011 Pak Kaduk Ya Tidak Wan Seman TV2
Gemilang Ya Tidak Umar (tua) TV3 Drama terakhir
Tahun Tajuk Catatan
1962 "Gelanggang Film"
1974 "Rima Juara Katil"
1984 "P. Ramlee Dari Kaca Mata Aimi Jarr"
1985 "Sepi Itu Indah"
1999 "P. Ramlee Lagenda Yang Terus Hidup"
2000 "P. Ramlee Insan Pesona Seni"
2005 "Malaysian Films: The Beginning"
2006 "Sejarah Awal Filem Melayu"
2007 "Jejak Terbilang"
2009 "Bermulanya Filem Melayu"

Anugerah & Pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Kategori Pencalonan Keputusan
1981 Festival Filem Malaysia ke-2 Lakon Layar Terbaik Dia Ibuku Menang
  1. ^ "SOROTAN 2011: Mereka 'Pergi' Tinggalkan Jasa". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-13. Dicapai pada 2021-08-14.
  2. ^ "SOROTAN 2011: Mereka 'Pergi' Tinggalkan Jasa, Oleh KEMALIA OTHMAN". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-13. Dicapai pada 2021-08-14.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]