Aini Fahriza Ibrahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Aini Fahriza Ibrahim ialah seorang pelajar perubatan di Universiti Nasional Ireland (NUI) dari Sarawak, Malaysia yang menduduki tempat pertama dalam kategori "Kesihatan Awam" bagi anugerah "Biasiswa Perubatan Henry Hutchinson Stewart 2001". Beliau merupakan penuntut kedua dari Malaysia di NUI, Galway yang menerima anugerah tahunan itu. Brandon Law Yiik adalah pelajar Malaysia pertama yang menerima anugerah kecemerlangan itu dalam bidang Biokimia pada 1997. Hadiah pertama ini yang bernilai 2,000 paun sterling Ireland (kira-kira RM8,400) diberikan oleh Konsortium Pusat Pengajian Perubatan dan Universiti Ireland.

Aini merancang untuk membuat pengkhususan dalam bidang perubatan atau obstetrik dan ginekologi selepas menamatkan kursus peringkat ijazah. Beliau juga merancang untuk bekerja di luar negeri bagi satu tempoh masa tertentu sebelum pulang ke Malaysia untuk mengamalkan pengkusususan terasnya.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]