Ainol Jamal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Ainol Jamal bin Zainal atau lebih dikenali sebagai Ainol Jamal merupakan seorang juruhebah (DJ) radio dan pengacara terkenal yang menempa nama dalam industri muzik Malaysia sekitar tahun 80-an dan awal 90-an. Ainol Jamal juga merupakan seorang komposer dan penulis lirik terkenal tanah air yang banyak menyumbangkan karyanya kepada artis-artis terkenal tanah air seperti Medicine (Tika Dan Saat Ini), Dinamik (Dilema Rindu), Gamma (Kembang Terhalang), Spring (Sejiwa), Fotograf (Di Alam Fana Cinta) dan banyak lagi. Beliau juga turut dikenali dengan dua nama penanya iaitu Azida NS dan Zur'Ain.