Air Force The Movie: Selagi Bernyawa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Air Force The Movie: Selagi Bernyawa
Pengarah
Lakon layar
  • Zulkarnain Azhar
  • Peter Toyat
  • Opie Harris
  • Frank See
Dihasilkan oleh
  • Josiah Cheng
  • Keoh Chee Ang
Dibintangi
SinematografiTan Teck Zee
Disunting olehMoray Toon
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehGSC Movies
Tarikh tayangan
  • 25 Ogos 2022 (2022-08-25) (Malaysia)
Masa tayangan
104 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM12 juta
Pecah panggungRM30.6 juta

Air Force The Movie: Selagi Bernyawa ialah sebuah filem aksi ketenteraan Malaysia 2022 arahan bersama Zulkarnain Azhar dan Frank See dengan skrip oleh Zulkarnain, See, Peter Toyat dan Opie Harris. Ia mengisahkan mengenai sekumpulan pegawai dan anggota Pasukan Khas Udara (PASKAU) bersama penumpang awam yang terkandas di Namburi selepas pesawat A400M mereka naiki ditembak oleh Militan Utara Namburi. Susulan kejadian tersebut, Tentera Udara mengusahakan rancangan untuk menyelamatkan mereka. Dibintangi oleh Aiman Hakim Ridza, Dato Adi Putra, Nas-T, Sara Ali, dan dibantu oleh Iman Corinne Adrienne, Luqman Hafidz, Johan As'ari, Pablo Amirul, Jack Tan, Anas Ridzuan, Esma Daniel, Sangeeta Krisnasamy, Carmen Soo, Scha Alyahya, Fezrul Khan, Saidi Sabri dan Adam Shah.Filem ini telah ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 25 Ogos 2022.[1][2][3][4][5][6]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang sekumpulan anggota Squadron Force Protection (SFP) Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang diketuai oleh Kapten Adib TUDM dan Mejar Adnan TUDM yang bertugas dalam misi bantuan kemanusiaan HADR (Humanitarian Aids Disaster Relief) di sebuah negara fiksyen Namburi yang berada dalam kancah peperangan saudara. Dalam perjalanan pulang ke Malaysia, pesawat mereka telah ditembak jatuh oleh Militan Utara Namburi yang tidak berpuas hati dengan bantuan yang disalurkan hanya sampai kepada puak pemisah Namburi Selatan. 

Setelah pesawat A400M yang membawa mereka tidak dapat dikesan, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengarahkan misi untuk menyelamatkan mereka. Mejar Zafran TUDM, yang juga rakan karib serta abang ipar kepada Adib merupakan seorang juruterbang Su-30MKM menyertai misi tersebut untuk menyelamatkan mereka. 

Dalam situasi sukar itu satu demi satu dari mereka terkorban. Susan, doktor sukarelawan mati terkena peluru sesat dalam situasi kacau bilau di satu perkampungan. Diikuti Paco, yang terlihat bayangan ilusi anak perempuannya terikat pada sebatang pohon tanpa mempedulikan kawasan itu telah ditanam periuk api.

Mereka hampir hilang nyawa dalam situasi 3 penjuru dalam terowong rahsia dimana di belakang, mereka diekori pemberontak Namburi selatan, di hadapan pula tentera Namburi utara sudah menanti.

Sampai di satu puncak bukit, mereka diserang penembak hendap dan segerombolan pemberontak. Hujan si radioman terkena bidikan penembak hendap dan Lejen mengarahkan serangan udara ke lokasi dia berada dengan harapan rakan-rakan berupaya menyelamatkan diri dari ditawan.

Tuai,Gaban dan Rock yang tersisa bersama-sama Natrah dan Mat Nor menuju ke kawasan lapang dengan harapan berjaya dibawa keluar dengan selamat. Sementara itu, Mantis di udara beradu kekuatan dengan jet pejuang musuh.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Aiman Hakim Ridza sebagai Mejar Zafran 'Mantis' Abd Rahman TUDM, Juruterbang Su-30MKM, rakan karib dan abang ipar Kapten Adib TUDM.
  • Dato Adi Putra sebagai Mejar Adnan Zaid 'Lejen' Rahmat TUDM, Pegawai Memerintah PASKAU.
  • Nas-T sebagai Kapten Adib 'Rock' Mohd Hasyim TUDM, pegawai PASKAU serta rakan karib dan adik ipar Mejar Zafran TUDM.
  • Sara Ali sebagai Natrah Hamzah, Wartawan Era Berita.
  • Pablo Amirul sebagai Sarjan U Barat 'Tuai' anak Aripin, Pointman.
  • Johan As'ari sebagai Koperal Udara Fakrul Razi 'Paco' Zain, Combat Medic
  • Luqman Hafidz sebagai LUK Azran 'Gaban' Ahmad, Penembak Tepat Khusus (Designated Marksman)
  • Anas Ridzuan sebagai Mohd Nor Mohd Zain 'Matno', Jurukamera Era Berita.
  • Iman Corrine sebagai Dr. Susan Livingstone, Doktor sukarelawan World Humanitarian Organization di Namburi.
  • Jack Tan sebagai Sarjan U Gabriel 'Hujan' Anthony Lin, Combat Signaller/Komunikasi.
  • Niezam Zaidi sebagai Mejar Saifullah 'Cypher' Azman TUDM, Element Leader Su-30MKM yang meronda ruang udara Namburi ketika misi menyelamat Op Hornbill dilaksanakan.
  • Esma Daniel sebagai Brigadier Jeneral Abdul Rahim Mohamad TUDM, Panglima Markas Wilayah Udara
  • Scha Alyahya sebagai Kapten Nur Liyana Aziz TUDM, Pembantu Juruterbang A400M.
  • Fezrul Khan sebagai Mejar Syed Yazid Syed Latif TUDM, Komander pesawat A400M
  • Aqasha sebagai Leftenan Kolonel Hassan Ramli TUDM, Pegawai Memerintah No 11 Skuadron Su-30MKM.
  • Azira Shafinaz sebagai Hana, Adik Mejar Zafran dan isteri Kapten Adib.
  • Seelan Manoheran sebagai PW U II Vibesh, Loadmaster 1 pesawat A400M.
  • Idzham Ismail sebagai Korperal Isma Ali Ismail, Loadmaster 2 pesawat A400M
  • Fauzi Nawawi sebagai Jurulatih Kadet
  • Saidi Sabri sebagai Mejar Suhaimi 'Spoon' TUDM, Jurusensor Senjata kepada Mejar Zafran TUDM.
  • Adam Shah sebagai Mejar Hisham 'Slider' Aziz TUDM, Jurusensor Senjata kepada Saifullahfran TUDM.
  • Carmen Soo sebagai Mejar Marya Lee TUDM, Pegawai kejuruteraan Su-30MKM.
  • Sangeeta Krishnasamy sebagai Leftenan Layla Saravana TUDM, Ajutan Markas Wilayah Udara.
  • Hafidzuddin Fazil sebagai Jeneral Dato' Sri Norman TUDM, Panglima Tentera Udara.

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Air Force The Movie diterbitkan dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama lima syarikat penerbitan gergasi iaitu Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas (GSC), Astro, FXHammer Films dan SixFun Media.[7][8][9]

Ia diarahkan oleh Zulkarnain Azhar yang sebelum ini pernah mengarahkan filem J Revolusi (2017) dan Frank See yang pernah menulis skrip filem PASKAL (2018) serta pernah menjadi penasihat aksi ketenteraan dalam filem PASKAL dan beberapa filem aksindi China termasuklah Operation Red Sea.[10] Zulkarnain berkata: "Memang sukar dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, tetapi saya gembira kerana kami bekerja keras sebagai satu pasukan dan menyiapkannya tanpa sebarang gangguan." Menurut beliau, para pelakon telah menjalani latihan asas ketenteraan di Pangkalan Udara Jugra di Banting, Selangor selama sebulan.[11]

Penggambaran[sunting | sunting sumber]

Penggambaran dijalankan pada Oktober sehingga Disember 2019, dan mengambil masa 76 hari. Terdapat beberapa penggambaran tambahan, terutamanya bagi aksi penerbangan dan pertempuran udara yang dilakukan dengan bantuan TUDM antara Januari, Jun dan Julai 2020. Akan tetapi, proses pascaproduksi pula terhenti berikutan PKP pada Mac 2020 akibat penularan pandemik COVID-19 di Malaysia. [11] Lokasi penggambaran antaranya ialah Kuantan, Pahang; , sekitar ruang udara Terengganu, Shah Alam, Selangor; dan Kota Belud, Sabah.[11] Di Kota Belud, penggambaran dilakukan di Kem Paradise serta beberapa lokasi di dalam Lapang Sasar Udara Kota Belud untuk menggambarkan keadaan Namburi dalam menghidupkan suasana peperangan.[perlu rujukan]

Muzik[sunting | sunting sumber]

Lagu tema filem ini bertajuk "Selagi Bernyawa" dinyanyikan oleh The Penthemix dan dicipta & ditulis oleh Hasril Pown, Amir Masdi dan Otromen. Lagu ini dikeluarkan pada 1 Ogos 2022 di YouTube.

Keluaran[sunting | sunting sumber]

Treler rasmi Air Force The Movie dikeluarkan di saluran YouTube rasmi Golden Screen Cinemas pada 2 Jun 2022. Majlis pelancaran filem ini telah dirasmikan oleh Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang, dalam satu majlis di Pangkalan Udara Subang pada hari yang sama.[1][2]

Filem ini pada asalnya dijadualkan untuk tayangan pada Ogos 2021, namun ditunda atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.[8] Ia telah diumumkan bahawa filem ini akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 25 Ogos 2022.[1][2][12]

Majlis tayangan perdana filem ini diadakan pada 22 Ogos 2022 di GSC Mid Valley dan dihadiri seramai 2,000 tetamu termasuk pegawai TUDM dan TLDM serta barisan pelakon filem ini.[13][14]

Filem ini juga boleh ditonton melalui langganan di Astro First mulai 27 Oktober 2022.[15]

Filem ini boleh ditonton di Netflix mulai 25 Januari 2023.

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Ekspo eksklusif filem di pusat beli-belah Tropicana Gardens, Kota Damansara.

Kutipan pecah panggung[sunting | sunting sumber]

Air Force The Movie: Selagi Bernyawa telah memperoleh kutipan pecah panggung sebanyak RM6 juta dalam tempoh 3 hari tayangan perdana rasminya.[16][17][18] Kutipan terus meningkat sebanyak RM8 juta dalam tempoh 8 hari tayangan.[19][20][21][22] Filem ini mencipta rekod tersendiri apabila berjaya mencecah kutipan sebanyak RM13 juta dalam tempoh tujuh hari tayangan.[23][24][25][26] Kutipan sehingga akhir tayangan di pawagam seluruh Malaysia mencapai angka RM30.6 juta.

Ulasan kritis[sunting | sunting sumber]

Filem ini menerima ulasan positif daripada pengkritik filem. Dalam ulasannya mengenai filem ini, Haikal Fernandez dari The Vibes menulis: "Air Force The Movie: Selagi Bernyawa menyatakan maksudnya semasa penghujung kredit kerana nama dan penerangan operasi TUDM baru-baru ini, bersama gambar dan video, dimainkan di skrin. Filem ini ialah sambutan patriotik kepahlawanan, pameran bagaimana tentera kita boleh membuat perubahan".[27] Siti Athirah Dzulkifly dari Utusan Malaysia berpandangan bahawa filem ini "menyuntik semangat perjuangan dalam diri anak Malaysia".[28] Portal filem Rollo de Pelicula pula mengulas: "Namun, untuk sebuah filem aksi yang bersifat patriotik kepada negara tercinta, filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa masih sebuah filem yang menarik dan berbaloi untuk anda tonton terutamanya jika anda menyukai elemen aksi dan suka menonton nilai-nilai kemanusiaan yang terhakis seandainya sesuatu perang terjadi".[29]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c M. Faizie (2 Jun 2022). "Air Force The Movie: Selagi Bernyawa gegar pawagam 25 Ogos ini". Air Times. Dicapai pada 30 Julai 2022.
  2. ^ a b c Fernando Fong (4 Jun 2022). "Locally-Made Air Force Movie Compared To Tom Cruise's Top Gun, Opinions Divided Over Support From Malaysians" (dalam bahasa Inggeris). The Rakyat Post. Dicapai pada 30 Julai 2022.
  3. ^ Amri Hassan (9 April 2021). "Baru Payung Trailer, Netizen Tak Sabar Tunggu Air Force The Movie". Astro Gempak. Dicapai pada 30 Julai 2022.
  4. ^ "#Showbiz: Heroic 'Airforce The Movie' to hit cinemas on Aug 25". NST Entertainment (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 14 Julai 2022. Dicapai pada 30 Julai 2022.
  5. ^ Zaki Salleh (13 April 2021). "Filem yang menggilap imej tentera". Sinar Harian. Dicapai pada 30 Julai 2022.
  6. ^ Norhayati Nordin (13 Julai 2022). "Airforce The Movie sedia 'serang' panggung". Harian Metro. Dicapai pada 2 Ogos 2022.
  7. ^ "MAJLIS PELANCARAN FILEM "AIRFORCE THE MOVIE : SELAGI BERNYAWA" YANG BAKAL MENDARAT DI PAWAGAM WAKTU SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN TAHUN INI". Tentera Udara Diraja Malaysia. 2 Jun 2022. Dicapai pada 30 Julai 2022.
  8. ^ a b Izzati Anuar (24 Julai 2021). "#LejenFlix: PASKAU Beraksi Dalam Filem 'Air Force The Movie: Selagi Bernyawa' Ogos Ini". IAmLejen. Dicapai pada 30 Julai 2022.
  9. ^ "TUDM kerjasama jayakan filem 'Air Force The Movie: Selagi Bernyawa'". Malaysia Post. 4 Ogos 2022. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
  10. ^ Marcus Lee (7 Jun 2022). "After PASKAL: The Movie, Now There's Air Force" (dalam bahasa Inggeris). Rojak Daily. Dicapai pada 30 Julai 2022.
  11. ^ a b c Dennis Chua (7 April 2021). "#Showbiz: Malaysia's first Air Force film to blast off during Merdeka" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 30 Julai 2021.
  12. ^ Fareez Azman (2 Jun 2022). "Debaran aksi 'Airforce The Movie: Selagi Bernyawa' bakal temui penonton 25 Ogos ini". Astro Awani. Dicapai pada 30 Julai 2022.
  13. ^ Mya Amri (23 Ogos 2022). "Ditayangkan Di 170 Lokasi, Filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa Confirm Gempak!". Astro Gempak. Dicapai pada 25 Ogos 2022.
  14. ^ Kousalya Selvam (26 Ogos 2022). "Air Force The Movie: National Day treat for Malaysians" (dalam bahasa Inggeris). Sinar Daily. Dicapai pada 27 Ogos 2022.
  15. ^ Syafiqah Jalal (27 Oktober 2022). "Air Force The Movie Dah Masuk 'Pawagam' Rumah Korang! Jom Pakat-Pakat Layan..." Astro Gempak. Dicapai pada 30 November 2022.
  16. ^ "Air Force The Movie: Selagi Bernyawa sapu RM6 juta". Berita Harian. 28 Ogos 2022. Dicapai pada 29 Ogos 2022.
  17. ^ "Air Force The Movie kutip RM6 juta selepas tiga hari ditayangkan". Astro Awani. 28 Ogos 2022. Dicapai pada 29 Ogos 2022.
  18. ^ Mohammad Shahemy Azmi (28 Ogos 2022). "Air Force The Movie: Selagi Bernyawa raih RM6 juta". Kosmo!. Dicapai pada 29 Ogos 2022.
  19. ^ "Kutip RM8 juta dalam 4 hari, 'Air Force The Movie: Selagi Bernyawa' bakal masuk pawagam Korea Selatan, Jepun dan Taiwan". mStar Online. 29 Ogos 2022. Dicapai pada 4 September 2022.
  20. ^ Farahin Fadzil (29 Ogos 2022). "Raih Kutipan RM8 Juta Dalam 4 Hari, Filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa 'Trending' Di Media Sosial". The Rakyat Post. Dicapai pada 12 September 2022.
  21. ^ Ellyna Ali (30 Ogos 2022). "Filem 'Air Force' Raih Kutipan 8 Juta, Bakal Ditayangkan Di Korea, Jepun, Taiwan". Getaran. Dicapai pada 12 September 2022.
  22. ^ Nur Emira Saizali (29 Ogos 2022). "Empat hari tayangan, Air Force The Movie raih RM8 juta kutipan". Kosmo!. Dicapai pada 12 September 2022.
  23. ^ Zaara Talita (1 September 2022). "Air Force The Movie cecah kutipan RM13 juta". Harian Metro. Dicapai pada 12 September 2022.
  24. ^ Ain Norman (1 September 2022). "'Air Force The Movie: Selagi Bernyawa' kutip RM13 juta kurang tempoh seminggu, petanda baik buat industri filem tempatan". mStar Online. Dicapai pada 12 September 2022.
  25. ^ "Kutipan "Air Force The Movie" Kini Mencecah RM13 Juta". Kakimuvee. 1 September 2022. Dicapai pada 12 September 2022.
  26. ^ Fernando Fong (4 September 2022). "'Air Force The Movie' Box Office Collection Reaches RM13 Million, Adi Putra Expresses His Gratitude" (dalam bahasa Inggeris). The Rakyat Post. Dicapai pada 12 September 2022.
  27. ^ Haikal Fernandez (25 Ogos 2022). "Fly into the danger zone with Air Force The Movie: Selagi Bernyawa" (dalam bahasa Inggeris). The Vibes. Dicapai pada 26 Ogos 2022.
  28. ^ Siti Athirah Dzulkifly (26 Ogos 2022). "Air Force The Movie: Angkat nilai perjuangan diri". Utusan Malaysia. Dicapai pada 26 Ogos 2022.
  29. ^ Hans Hanis (25 Ogos 2022). "Review Filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa". Rollo de Pelicula. Dicapai pada 27 Ogos 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]