Air Itam, Pulau Pinang
Daerah pinggiran George Town | |
![]() | |
Koordinat: 5°24′5.6916″N 100°16′41.343″E / 5.401581000°N 100.27815083°E | |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Bandar | ![]() |
Daerah | Timur Laut |
Keluasan | |
• Jumlah | 1.8 km2 (0.7 batu persegi) |
Penduduk (2020)[1] | |
• Jumlah | 16,974 |
• Kepadatan | 9,400/km2 (24,000/batu persegi) |
Demografi | |
• Etnik | |
Zon waktu | UTC+8 (Waktu Malaysia) |
Kode pos | 11500 |
Ayer Itam adalah sebuah daerah pinggiran bagi bandaraya George Town di negeri Pulau Pinang[2] Terletak di lembah-lembah tengah Pulau Penang, kawasan ini berada sekitar 6 km (3,7 mil) di barat daya pusat kota.Tempat-tempat populer seperti Bukit Bendera, Masjid Negeri Pinang , dan Kek Lok Si terletak di sini.
Etimologi
[sunting | sunting sumber]Ayer Itam mendapatkan namanya dari air keruh Sungai Ayer Itam (dalam bahasa Melayu: Sungai Ayer Itam). Frasa Ayer Itam berarti "air hitam" dalam bahasa Melayu. Pada tahun 2019, anggota dewan eksekutif pulau pinang, Zairil Khir Johari, mengumumkan pemulihan nama resminya yang telah ditetapkan, Ayer Itam, dari nama sebelumnya Air Itam, sebagai bagian dari standarisasi nama Melayu di seluruh negara bagian..[3]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]

Tidak lama selepas penubuhan Pulau Pinang pada tahun 1786, pegawai Syarikat Hindia Timur Inggeris yang diketuai oleh Kapten Francis Light mula meneroka dan membersihkan kawasan pedalaman pulau untuk tujuan pertanian. Ladang lada hitam dan buah pala kemudiannya dibuka di kawasan bukit Ayer Itam, manakala Light juga mengarahkan penanaman strawberi di Bukit Bendera. Bangunan Suffolk House berkonsep Anglo-India, yang merupakan salah satu kediaman Light, turut dibina dalam kawasan ladang lada di tepi Sungai Air Itam.
Perkampungan pertanian Ayer Itam berkembang sepanjang abad ke-19, dihuni oleh para petani yang memiliki ladang buah-buahan dan sayur-sayuran di kawasan bukit sekitar. Sehingga kini, hasil pertanian segar masih diusahakan di kaki bukit Ayer Itam dan diagihkan setiap hari ke pasar-pasar basah di seluruh bandar raya.[4]
Ayer Itam pernah menjadi lokasi Taman Zoologi Pulau Pinang, iaitu zoo pertama di Malaysia. Zoo ini dipercayai dibuka pada tahun 1920-an oleh seorang sami bernama Fa Kong, namun ditutup sepenuhnya sebelum Perang Dunia Kedua akibat kos penyelenggaraan yang terlalu tinggi.
Kebakaran Besar Ayer Itam pada tahun 1935 memusnahkan lebih 100 buah rumah di kawasan itu. Ketika itu, kebanyakan kediaman di Ayer Itam diperbuat daripada kayu; insiden ini mendorong kepada pembinaan bangunan batu-bata di kawasan pinggir bandar tersebut.
Kawasan ini juga pernah menjadi pedalaman yang menjadi tempat perlindungan kepada pelarian yang melarikan diri dari episod keganasan yang kadang-kadang tercetus di pusat bandar. Sebagai contoh, Rusuhan Pulau Pinang 1867 memaksa sebahagian penduduk dari pusat bandar berpindah ke Ayer Itam. Namun begitu, Perang Dunia Kedua membawa lebih ramai lagi pelarian ke kawasan ini. Ketika perang, apabila Tentera Imperial Jepun melaksanakan pembersihan Sook Ching, Ayer Itam menjadi salah satu lokasi di mana orang awam Cina dibunuh beramai-ramai.
Pembangunan pesat Ayer Itam sejak tahun 1950-an telah membawa peningkatan dalam taraf hidup serta mengubah landskapnya dengan lebih banyak bangunan tinggi, menjadikan kawasan ini antara yang paling padat penduduk di George Town.
Geografi
[sunting | sunting sumber]Terletak di lembah antara Bukit Batu Lanchang, Bukit Penara dan Bukit Bendera, kawasan pinggir bandar ini di George Town dihubungkan ke pusat bandaraya melalui dua jalan utama, iaitu Jalan Ayer Itam dan Lorong Batu Lanchang. Ia juga bersambung ke Paya Terubong dan bahagian selatan pulau melalui Jalan Paya Terubong. Kawasan pinggir bandar ini meliputi keluasan 1.8 km2 (0.69 bt2) dan merangkumi kejiranan-kejiranan yang dibangunkan selepas era kemerdekaan seperti Rifle Range.
Walaupun tidak terletak dalam sempadan rasmi Ayer Itam, beberapa mercu tanda seperti Kek Lok Si dan Empangan Ayer Itam lazimnya dianggap berada dalam kawasan ini.[5]

610yds
Kek Lok Si
Takungan
Hye Keat
Range
Perang
Kereta Api Bukit Bendera
Klik pautan di penjuru atas kanan untuk zum masuk.
Demografi
[sunting | sunting sumber]Setakat 2020[kemas kini], Ayer Itam mempunyai jumlah penduduk seramai 16,974 orang, menjadikan kepadatan penduduknya sebanyak 9,430/km2 (24,400/sq mi).[1] Kaum Cina merupakan lebih 72% daripada jumlah penduduk di kawasan ini, manakala kaum Melayu membentuk sekitar 12%. Kaum India pula merangkumi lebih 11% daripada jumlah penduduk di pinggir bandar ini.
Pengangkutan
[sunting | sunting sumber]Jalan Ayer Itam merupakan jalan utama di Ayer Itam dengan panjang sekitar 4,5 km (2,8 mil).
Bus Rapid Penang nomor 13, 201, 202, 203, 204, dan 502 melayani penduduk di daerah pinggiran ini dengan menghubungkan Ayer Itam ke berbagai tujuan dalam kota, termasuk pusat kota, Paya Terubong, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Queensbay Mall, dan Balik Pulau.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Ayer Hitam, Johor
- Ayer Itam, Perak
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Air Itam, Penang Diarkibkan 2013-10-05 di Wayback Machine Penang State Tourism Development & Culture
- ^ a b c d "MyCensus 2020: Mukim/Town/Pekan". Department of Statistics Malaysia. Putrajaya: 174–175. February 2024. ISBN 9789672537069.
- ^ "Dokumen Gazetir Pulau Pinang Pulau Mutiara 2022" (PDF). Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi (JKNG) Malaysia. m/s. 15.
- ^ Opalyn Mok (9 May 2019). "Penang to restore roads to original gazetted names". Malay Mail. Dicapai pada 3 Apr 2025.
- ^ "Pasar Air Itam". 1 Mei 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 November 2016. Dicapai pada 2016-11-10 – melalui PressReader.
- ^ Khoo, Salma Nasution (2007). Streets of George Town, Penang. Pulau Pinang, Malaysia: Areca Books. m/s. 37–38. ISBN 9789839886009.