Air Mata Allisya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Air Mata Allisya ialah sebuah drama arahan Kyoll Hamzah, dibintangi oleh Keith Foo, Sophia AlBarakbah dan Hariz Hamdan. Siri ini memulakan tayangan perdana di TV9, bermula 20 Mei 2022 [1]

Air Mata Allisya
GenreDrama
Cinta
Melodrama
Dendam
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel ‘Air Mata Allisya’ karya Ain Zanowi
PengarahKyoll Hamzah
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanCukup Aku Saja - Kristal
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod15
Penerbitan
Tempoh siaran42 Minit
Syarikat penerbitan
Country Universal Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV9
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal20 Mei 2022 – 14 Julai 2022

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan Intan Allisya yang pada masa kecilnya dilalui dengan penuh duka angkara orang yang bernama Datuk Mustapha. Ketika usianya masih muda, dia diuji dengan pemergiaan satu-satunya adik yang disayangi. Tidak cukup dengan itu, ayahnya pula menghilangkan diri. Allisya hilang arah. Namun, dia belajar untuk menerima hakikat itu.

Kehadiran Daniel Arief menjadikan hidupnya kembali berwarna-warni. Hati yang dahulunya rapuh menjadi kuat gara-gara cinta mereka. Perkahwinan yang disangka penamat kesedihan rupa-rupanya pisau yang menoreh kembali luka lamanya.

Tidak cukup dengan layanan buruk daripada ibu mentua, suami yang dahulu merupakan pelindung dan pencinta setianya pula berubah laku. Allisya buntu. Hatinya benar-benar terluka.

Malangnya, luka itu berubah menjadi dendam yang amat parah apabila mengetahui orang yang bertanggungjawab atas kematian adiknya ialah suaminya sendiri! Malah, dia menjadi yatim sebelum tiba masanya angkara bapa mentuanya. Adakah ini takdir yang tersurat dalam hidupnya?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Siaran[sunting | sunting sumber]

Drama bersiri ini bersiaran setiap Khamis & Jumaat pukul 9:30 Malam 2003-200.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ [https://www.myinfotaip.com/2022/01/air-mata-allisya.html?%7Ctitle= Drama 2003-200. MyInfoTaip. Dicapai 20 Mei 2022