Air Mata di Kuala Lumpur (lagu)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
"Air Mata di Kuala Lumpur"
Ditulis oleh P. Ramlee
Muzik oleh P. Ramlee
Lirik oleh P. Ramlee
Dikeluarkan pada 1972
Bahasa Bahasa Melayu
Bentuk keluaran LP
Artis asal Saloma
Dirakamkan oleh Saloma
Dipersembahkan oleh Saloma

Air Mata di Kuala Lumpur merupakan sebuah lagu yang disusun dan ditulis oleh legenda layar perak dari Malaysia iaitu P. Ramlee. Lagu ini kemudiannya menjadi lagu ciptaan terakhir daripada beliau sebelum meninggal dunia pada 29 Mei 1973, iaitu pada usia 44 tahun. Lagu ini dinyanyikan oleh isterinya, Saloma dan dimuatkan di dalam album berbentuk piring hitam yang bertajuk Air Mata di Kuala Lumpur.

Sejarah lagu[sunting | sunting sumber]

Lirik bagi lagu ini menggambarkan hari-hari suram P. Ramlee selepas berpindah dari Singapura ke Malaysia. Beliau yang telah lama menetap di Singapura dan bekerja bersama Malay Film Productions Ltd. (MFP) tidak dapat menghasilkan filem-filem hebat selepas bekerja di Merdeka Film Productions. Impiannya untuk membawa filem dan muzik Melayu setanding dengan peringkat antarabangsa telah musnah kerana beliau ditolak dan disisih oleh masyarakatnya sendiri pada ketika itu.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]