Air Terjun Sungai Gabai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Air terjun Sungai Gabai terletak di daerah Hulu Langat,Selangor, Malaysia. Kawasan rekreasi ini sangat tinggi, kira-kira 50 meter, bercerun curam dan licin. Oleh itu berbahaya kepada pengunjung. Bahagian bawahnya tidak cukup lebar dan dalam dan boleh mendatangkan kecederaan bagi mereka yang menggelongsor dari atas.

Pihak Jabatan Hutan telah membina tangga-tanga dan wakaf istirahat untuk kemudahan pengunjung. Jalan raya dan tempat parkir kereta serta gerai beli-belah disediakan dengan bayaran minimum.