Air kacang soya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Segelas air kacang soya dari tin

Air kacang soya (juga susu soya atau Itali: soia latte) merupakan satu minuman dari kacang soya yang asalnya dari China. Di setengah negara-negara Asia, minuman ini merupakan satu kebiasaan dan dijadikan satu hidangan harus ketika waktu makan. Di sebelah barat ia dijadikan satu bahan minuman gantian kepada sesiapa yang tidak boleh meminum susu lembu.

Asal-usul[sunting | sunting sumber]

Air kacang soya dikenal pasti asalnya dari China,[1] sebuah kawasan yang mempunyai pokok soya dan menggunakan dan memakan hasil soya sejak sebelum wujudnya rekod penulisan secara bertulis. Kemudiannya, pokok kacang soya dan hasil tuaiannya telah diperkenalkan dan ditanam di Jepun. Air kacang soya ditemui dan dibuat oleh Liu An dari Dinasti Han di China sebelum 164 sebelum Masihi. Liu An juga dikatakan telah membuat sejenis produk dipanggil tauhu yang turut diperkenalkan di Jepun sekitar 900 tahun selepas itu.

Minyak dan protein yang terkandung di dalam kacang ini memberi sumber tenaga kepada pencambahan biji benih kacang soya, seperti protein susu dan lelemak yang memberi sumber kepada anak mamalia yang kecil.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ History of Soy Milk, Soya.be, 2006 [1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]