Air sirap

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Air sirap.

Air sirap merupakan sejenis minuman yang diperbuat dari perisa pandan dan air gula .

Pada kebiasaannya pewarna merah digunakan bagi memberikan warna menarik kepada air sirap dan selalunya di berikan kepada para tetamu.

Pada kebiasaannya air sirap dihidangkan sejuk, iaitu dengan air batu. Rasanya yang sedap,dan mudah dibuat menjadikannya ia sebagai pilihan utama dalam kebanyakan majlis dan perayaan di Malaysia.

Pada masa kini, air sirap segera ada dijual di kedai dan pasar raya, tetapi masih ramai yang memilih untuk membuatnya sendiri kerana air sirap yang dibuat dengan daun pandan asli baunya lebih wangi dan rasanya lebih sedap.

Sungguhpun begitu, kerana kini ramai orang yang tinggal di bandar dan sukar mendapatkan bahan utamanya, iaitu daun pandan dan air gula, kordial air sirap masih menjadi pilihan penduduk terutamanya yang tinggal di bandar.

Bagi penduduk kampung pula mereka lebih suka menghasilkannya kerana ia mudah dan murah. Bagaimanapun, sekiranya terlalu banyak pewarna digunakan, ia akan menyebabkan air sirap itu berasa pahit.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]