Aireen Omar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Aireen Omar adalah Presiden airasia Digital di Kumpulan AirAsia. Beliau bertanggungjawab dalam pembinaan strategi digital AirAsia, menggalakkan inovasi dalam organisasi dan memupuk kerjasama diantara pelbagai perniagaan dan pasaran dalam Kumpulan AirAsia.

Sebelum ini, Aireen merupakan Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia. Aireen menyertai AirAsia pada bulan Januari 2006 sebagai Ketua Kewangan Korporat, di mana portfolio tersebut turut merangkumi fungsi Bendahari, Perolehan Bahan Api dan Perhubungan Pelabur. Sebelum menyertai AirAsia, Aireen pernah bekerja di Deutsche Bank Securities di New York dan Maybank.

Rujukan[sunting | sunting sumber]