Aisyah Abu Bakar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Aisyah)

Beliau adalah Ummul Mukminin Ummu Abdillah Aisyah binti Abu Bakr, Shiddiqah binti Shiddiqul Akbar, isteri tercinta Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Beliau lahir empat tahun setelah diangkatnya Muhammad menjadi seorang Nabi. Ibu beliau bernama Ummu Ruman binti Amir bin Uwaimir bin Abdi Syams bin Kinanah yang meninggal dunia pada waktu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam masih hidup iaitu tepatnya pada tahun ke-6 H.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menikahi Aisyah dua tahun sebelum hijrah melalui sebuah ikatan suci yang mengukuhkan gelar Aisyah menjadi ummul mukminin, tatkala itu Aisyah masih berumur enam tahun.Dalil yang mengatakan pada umur enam tahun adalah Aishah r.ha. Menyertai Perang Uhud Sedangkan Kanak-Kanak Lelaki/perempuan Berumur bawah lima Belas Tahun Tidak Dibenarkan Menyertai Perang.Abu Bakar r.a. Bercadang Mengahwinkan Aishah r.ha. Sebelum Berhijrah Ke Habshah.Aishah r.ha. Disebut Sebagai Gadis Dan Bukan Kanak-Kanak Semasa Dicadangkan Untuk Bernikah Dengan Rasulullah SAW. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membangun rumah tangga dengannya setelah berhijrah, tepatnya pada bulan Syawwal tahun ke-2 Hijrah dan ia sudah berumur sembilan tahun. Aisyah menceritakan, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menikahiku pasca meninggalnya Khadijah sedang aku masih berumur enam tahun, dan aku dipertemukan dengan Beliau tatkala aku berumur sembilan tahun. Para wanita datang kepadaku padahal aku sedang asyik bermain ayunan dan rambutku terurai panjang, lalu mereka menghiasiku dan mempertemukan aku dengan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.”Kemudian biduk rumah tangga itu berlangsung dalam suka dan duka selama 8 tahun 5 bulan, hingga Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam meninggal dunia pada tahun 11 H. Sedang Aisyah baru berumur 28 tahun.

Aisyah adalah seorang wanita berparas cantik berkulit putih, sebab itulah ia sering dipanggil dengan “Humaira”. Selain cantik, ia juga dikenal sebagai seorang wanita cerdas yang Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mempersiapkannya untuk menjadi pendamping Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam mengemban amanah risalah yang akan menjadi penyejuk mata dan pelipur lara bagi diri beliau. Suatu hari Jibril memperlihatkan (kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam) gambar Aisyah pada secarik kain sutra berwarna hijau sembari mengatakan, “Ia adalah calon isterimu kelak, di dunia dan di akhirat.” (HR. At-Tirmidzi (3880), lihat Shahih Sunan at-Tirmidzi (3041))

Selain menjadi seorang pendamping setiap yang selalu siap memberi dorongan dan motivasi kepada suami tercinta di tengah beratnya medan dakwah dan permusuhan dari kaumnya, Aisyah juga tampil menjadi seorang penuntut ilmu yang senantiasa belajar dalam madrasah nubuwwah di mana beliau menimba ilmu langsung dari sumbernya. Beliau tercatat termasuk orang yang banyak meriwayatkan hadits dan memiliki keunggulan dalam berbagai cabang ilmu di antaranya ilmu fikih, kesehatan, dan syair Arab. Setidaknya sebanyak 1.210 hadits yang beliau riwayatkan telah disepakati oleh Imam Bukhari dan Muslim dan 174 hadits yang hanya diriwayatkan oleh Imam Bukhari serta 54 hadits yang hanya diriwayatkan oleh Imam Muslim. Sehingga pembesar para sahabat kibar tatkala mereka mendapatkan permasalahan mereka datang dan merujuk kepada Ibunda Aisyah.

1.Kedudukan Aisyah di Sisi Rasulullah[sunting | sunting sumber]

Suatu hari orang-orang Habasyah masuk masjid dan menunjukkan atraksi permainan di dalam masjid, lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memanggil Aisyah, “Wahai Humaira, apakah engkau mau melihat mereka?” Aisyah menjawab, “Iya.” Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berdiri di depan pintu, lalu aku datang dan aku letakkan daguku pada pundak Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan aku tempelkan wajahku pada pipi beliau.” Lalu ia mengatakan, “Di antara perkataan mereka tatkala itu adalah, ‘Abul Qasim adalah seorang yang baik’.” Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan, “Apakah sudah cukup wahai Aisyah?” Ia menjawab: “Jangan terburu-buru wahai Rasulullah.” Maka beliau pun tetap berdiri. Lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengulangi lagi pertanyaannya, “Apakah sudah cukup wahai Aisyah?” Namun, Aisyah tetap menjawab, “Jangan terburu-buru wahai Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Aisyah mengatakan, “Sebenarnya bukan karena aku senang melihat permainan mereka, tetapi aku hanya ingin memperlihatkan kepada para wanita bagaimana kedudukan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam terhadapku dan kedudukanku terhadapnya.” (HR. An-Nasa’i (5/307), lihat Ash Shahihah (3277))

Read more https://kisahmuslim.com/1738-kemuliaan-dan-keutamaan-aisyah.html

Aisyah telah memainkan peranan penting dalam sejarah awal Islam, ketika Nabi Muhammad hidup dan selepas Nabi Muhammad telah wafat. Beliau juga dianggap oleh orang ramai sebagai isteri kesayangan baginda, beliau juga dianggap sebagai seorang tokoh yang aktif dalam pelbagai acara dan seorang saksi yang penting untuk banyak peristiwa Islam yang awal. Aisyah menyumbang kepada pertumbuhan , pembangunan, dan kefahaman Islam. Beliau memaikan peranan dalam penyampaian riwayat, kisah hidup dan amalan serta doa yang pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad.

Selepas kewafatan Nabi Muhammad, Aisyah telah sedia terlibat dalam meneruskan mesej baginda. Beliau hidup semasa pemerintahan sekurang-kurangnya empat khalifah pertama. Bapanya menjadi khalifah pertama untuk menggantikan pentadbiran Nabi Muhammad. Khalifah kedua, Umar, kemudian menggantikan Abu Bakar sebagai Khalifah Islam. Selepas kematian Khalifah kedua, Uthman, Aisyah membalas dendam kematiannya dalam peperangan unta. Beliau terlibat dalam pertempuran dengan memberi ucapan, dan menunggang unta beliau di dalamnya.

Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Aisyah ialah satu-satunya isteri Nabi Muhammad yang dikahwini baginda dengan status anak dara atau gadis. Upacara pernikahan itu dilakukan oleh ayahanda Aisyah sendiri, Abu Bakar, dengan emas kahwin sebanyak 400 dirham.

Usia Ketika Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Terdapat perselisihan tentang umur sebenar Aisyah ketika menikahi Muhammad. Ada pandangan yang menyebutkan bahawa umur Aisyah ketika menjadi isteri Rasulullah ialah sekurang-kurangnya 14 tahun dan bukan 6 tahun.

Imam Bukhari menyatakan bahawa umur Aisyah sewaktu perang Uhud Peperangan Uhud berlaku pada 15 Shawal, tahun 3 Hijrah bersamaan bulan Mac tahun 625 Masihi. Imam Bukhari menyatakan di dalam kitabnya:

Diriwayatkan oleh Anas: Pada hari perang Uhud, aku melihat Siti Aisyah (ra) dan Ummu Sulaim, mereka menyinsing kain untuk memudahkan mereka bergerak. Rasulullah S.A.W mengenakan syarat yang ketat bagi mereka yang hendak mengikut peperangan Badar, Uhud dan Khandaq. Mereka mesti berumur 15 tahun ke atas. Sesiapa yang berumur bawah dari 15 tahun, tidak dibenarkan mengikuti peperangan Badar, Uhud dan Khandaq.[1]

Walau bagaimanapun, diriwayatkan oleh Bukhari lagi didalam kitabnya:

Ibnu Umar (r.a.) mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W tidak membenarkan saya untuk mengikuti peperangan Uhud kerana ketika itu umur saya 14 tahun. Tetapi di waktu peperangan Khandaq, Rasulullah membenarkan saya ikut berperang sebab umur saya sudah 15 tahun.[2]

Mengikut sejarah, Aisyah ikut serta dalam peperangan Badar dan Uhud. Ini bermakna umur beliau adalah 15 tahun ke atas pada waktu itu. Berdasarkan riwayat dari Imam Bukhari ini jelas menunjukkan;

  1. Aisyah mengikuti peperangan Uhud dan umur beliau sudah menjangkau 15 tahun pada waktu itu.
  2. Jika umur Aisyah pada 625 Masihi (3 Hijrah) ialah 15 tahun maka Siti Aisyah dilahirkan pada 610.
  3. Aisyah kahwin dengan Nabi Muhammad pada tahun 623 bersamaan 1 Hijrah bermakna umur beliau adalah 14 tahun

Seterusnya, para ulama membandingkan usia Aisyah dengan kakaknya, Asma binti Abu Bakar. Menurut Ibu Hajar Al-Asqalani, Asma hidup sehinga 100 tahun dan wafat pada tahun ke-73 atau 74 Hijrah.[3] Ibnu Kathir pula mengatakan didalam kitabnya bahawa Asma wafat dalam tahun 73 Hijrah ketika berusia 100 tahun sedangkan usia Asma pula adalah 10 tahun lebih tua daripada Aisyah.[4]

Oleh itu, mengikut pengiraan pendapat ini pula, jika pernikahan berlaku pada tahun pertama Hijrah, Siti Aisyah berkahwin dengan Nabi Muhammad pada umur 18 tahun.

Walau bagaimanapun, kebanyakan ulama mengambil Hadith berikut yang menunjukkan pernikahan Aisyah berlaku lebih awal sebelum itu lagi.

Aisyah (semoga Allah memberkatinya) melaporkan bahawa Rasulullah menikahinya ketika ia berusia tujuh tahun, dan baginda (Muhammad) membawanya ke rumahnya sebagai pengantin ketika ia berusia sembilan tahun, dan anak patungnya dibawanya, dan ketika ia (Muhammad) wafat, beliau (Aishah) berusia lapan belas tahun.[5]
—Hadis Sahih Muslim
Diriwayatkan oleh Aisyah: Rasul mengahwiniku apabila saya berumur enam tahun. Kami pergi ke Madinah dan menetap dirumah Harith Kharzraj. Lalu saya jatuh sakit dan rambut keguguran. Kemudian rambut saya tumbuh (kembali) dan ibuku, Ummu Rumman, datang kepadaku ketika saya sedang bermain ayunan bersama rakan perempuanku. Beliau memanggilku, dan saya mahu kepadanya, tidak mengetahui apa yang dia mahu buat pada saya. Beliau menangkap saya dengan tangannya dan membuat saya berdiri di hadapan pintu rumah. Saya menjadi sesak nafas, dan apabila pernafasan saya menjadi baik, beliau mengambil air dan menyapu pada wajah dan kepala saya dengannya (air). Lalu membawa saya masuk ke dalam rumah. Dalam rumah saya melihat beberapa wanita Ansar dan berkata, "Harapan terbaik dan Allah memberkati dan selamat berjaya." Lalu dia (ibu) mempertanggungjawabkan saya kepada mereka dan menyiapkanku (untuk perkahwinan). Tidak dijangka Rasulullah datang kepadaku pada petangnya dan ibuku membawaku kepadanya (baginda Rasul), dan pada masa itu saya perempuan berumur sembilan tahun.[6]
—Hadis Sahih Bukhari
Dinyatakan 'Aisyah: "Aku biasa bermain dengan boneka-boneka (anak patung) di depan Nabi, dan kawan-kawan perempuanku juga biasa bermain bersamaku. Jika Rasulullah biasanya masuk ke dalam (tempat tinggalku) mereka lalu bersembunyi, tapi Nabi lalu memanggil mereka untuk bergabung dan bermain bersamaku.[7]
—Hadis Sahih Bukhari

Periwayatan Hadist[sunting | sunting sumber]

Aisyah adalah isteri Nabi Muhammad yang banyak terlibat dalam periwayatan Hadist. Beliau menjadi sumber rujukan dengan dikatakan meriwayatkan 2210 hadith dan daripada jumlah ini 316 disebut dalam kedua-dua Sahih Bukhari dan Sahih Muslim.[sunting | sunting sumber]

Mutiara Teladan

Beberapa teladan yang telah dicontohkan Aisyah kepada kita di antaranya:

  1. Perlakuan baik seorang isteri dapat membekas pada diri suami dan hal itu menjadi kebanggaan tersendiri bagi seorang suami yang akan selalu ia kenang hingga ajal menjemputnya.
  2. Hendaklah para wanita menjaga mahkota dan kesuciannya, karena kecantikan dan keelokan itu adalah amanah Allah Subhanahu wa Ta’ala yang harus senantiasa ia jaga dan tidaklah boleh dia peruntukkan kecuali kepada yang berhak atasnya.
  3. Hendaklah para istri mereka belajar dan mencontoh keShalihan suaminya. Istri, pada hakikatnya adalah pemimpin yang di tangannya ada tanggung jawab besar tentang pendidikan anak dan akhlaknya, karena ibu adalah madrasah pertama bagi anak-anaknya.

Wallahu A’lam.

Read more https://kisahmuslim.com/1738-kemuliaan-dan-keutamaan-aisyah.html

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kitabu'l-jihad wa'l-siyar, Arabic, Bab Ghazwi'l-nisa' wa qitalihinna ma`a'lrijal
  2. ^ Kitabu'l-maghazi, Bab ghazwati'l-khandaq wa hiya'l-ahza'b
  3. ^ Taqribu'l-tehzib, Ibn Hajar Al-Asqalani, Pg 654.
  4. ^ Al-Bidayah wa'l-nihayah, Ibn Kathir, Vol 8, Pg 372
  5. ^ Hadis Sahih Muslim Buku 008, Nombor 3327
  6. ^ Hadis Sahih Bukhari Jilid 5, Buku 58, Nombor 234
  7. ^ Hadis Sahih Bukhari Jilid 8, Buku 73, Nombor 151