Aizdean

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aizdean
Nama lahirMuhammad Aizuddin bin Anwar
Kelahiran (1983-02-13) 13 Februari 1983 (umur 41)
Selayang, Selangor, Malaysia
GenreJ-Pop
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif2009–kini
Syarikat rakaman
Hudson Music Entertainment

Muhammad Aizuddin bin Anwar (lahir 13 Februari 1983) atau lebih dikenali sebagai Aizdean merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia yang kini mencipta nama sebagai penyanyi di Jepun sekaligus menjadikan beliau sebagai artis J-Pop Malaysia pertama di Negara Matahari Terbit.[1]

Maklumat peribadi[sunting | sunting sumber]

Muhammad Aizuddin bin Anwar dilahirkan pada 13 Februari 1983 di Selayang, Selangor dan membesar di Kajang. Beliau merupakan pemegang ijazah dalam bidang Kejuruteraan Elektronik di University of Electro-Communications di Tokyo, Jepun. Beliau mula belajar bahasa Jepun selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia selama setahun di sini dan setahun lagi di Tokyo. Beliau juga aktif sebagai penyanyi nasyid semasa zaman sekolahnya.[2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2002, ketika berusia 19 tahun, Aizdean meninggalkan Malaysia bagi melanjutkan pengajian ijazah sarjana dalam kejuruteraan elektronik di Universiti Elektro-Komunikasi di Tokyo, Jepun. Ternyata usahanya membuahkan hasil apabila menjadi rakyat Malaysia pertama mencipta nama dalam industri muzik J-Pop di Negara Matahari Terbit pada 2009.[3] Aizdean mula mencuri tumpuan peminat di Negara Matahari Terbit selepas single pertamanya, "I Need You Baby". Kemunculannya bersama mendapat sambutan positif hinggakan beliau pernah menjadi kegilaan gadis di Jepun.[4]

Beliau muncul dalam rancangan travelog lapan episod Muzik Hati Jepun yang memperkenalkan muzik popular di Jepun kepada penonton sambil memaparkan keindahan panorama dan budaya hidup penduduknya, turut menampilkan penyanyi soprano, Tomotaka Okamoto, dan artis pop klasik, Daisuke Kawakami.[5]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

  • Hadiah ~ The First Step~ (2010)

Single[sunting | sunting sumber]

  • "I Need You Baby/ONE"
  • "I Need You Baby ~A Cry Out of The Soul~"
  • "Don't Go Away/Yell ~Won't Let You Go~"
  • "Show Me The Glory"

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran
2016 Muzik Hati Jepun Pengacara TV3

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  • Artis Baru Terbaik Nippon Broadcasting System 2010

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "AIZDEAN Artis J-POP Malaysia pertama di Jepun". Sensasi Selebriti. 15 Februari 2011. Dicapai pada 4 September 2017.
  2. ^ Vincent Tan (11 Mac 2016). "Giving Malaysia a taste of Japan". The Star (Malaysia). Dicapai pada 4 September 2017.
  3. ^ Michell Gun (9 Mac 2016). "Aizdean harum di Jepun". Harian Metro. Dicapai pada 4 September 2017.
  4. ^ "Aizdean diminati remaja Jepun". Utusan Malaysia. 29 Jun 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 4 September 2017.
  5. ^ Hidayah Mohammad (10 Mac 2016). "Aizdean jadi pelakon Jepun". Berita Harian. Dicapai pada 4 September 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]