Ajoi Zainal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Ajoi Zainal
Nama lahirMuhammad Qaidzul bin Zainal Abidin
Kelahiran (1998-03-12) 12 Mac 1998 (umur 24)
Klang, Selangor, Malaysia
GenrePop, Rock
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif2018–kini

Muhammad Qaidzul Zainal Abidin (lahir 12 Mac 1998), sebelum ini dikenali dengan mononim Qaidzul, tetapi lebih dikenali sebagai Ajoi Zainal ialah penyanyi lelaki Malaysia.[1] Beliau ialah bekas peserta Bintang RTM 2018 yang tersingkir di minggu ke-7, peserta Top 20 Mentor Milenia 2019 dan finalis pusingan akhir All Together Now Malaysia musim pertama. Pada tahun 2022, beliau menjadi salah seorang peserta Big Stage musim keempat.[2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Ajoi memulakan kerjayanya dalam bidang muzik apabila beliau terpilih sebagai salah seorang peserta Bintang RTM edisi 2018 yang turut disertai oleh Hafiz Zainal.[3] Bagaimanapun, beliau tersingkir di konsert minggu ketujuh.

Di awal penglibatannya dalam kerjaya nyanyian, beliau menggunakan nama sebenarnya, Qaidzul. Beliau bergelar juara pertandingan Cover Star ERA di bawah bimbingan penyanyi, Syamel.[4] Pada September 2018, beliau menandatangani kontrak rakaman bersama Rocketfuel Entertainment dan muncul bersama single pertamanya, "Tak Perlu Ungkapkan" hasil nukilan DJ Fuzz dengan lirik ditulis oleh Hez Hazmi, Jiwa, Yus Zainal dan Azren Albakri.[5] Menurut beliau, lagu ini berkisarkan cinta yang tak kesampaian di mana hati lelaki telah dipermainkan oleh wanita. Walau bagaimanapun, lagu ini tiada kaitan dengan pengalaman hidup beliau sendiri.[6]Pada tahun 2019, Ajoi telah menamatkan kontrak bersama Rocketfuel Entertainment.

Pada tahun 2019, Ajoi menjadi salah seorang peserta Mentor Milenia 2019 dan menjadi salah seorang peserta Top 20. Pada tahun 2021, beliau menjadi salah seorang peserta All Together Now Malaysia dan beliau menjadi juara justeru berjaya mendapat 100 markah pada episod pertama dan melayakkan diri ke pusingan akhir.[7][8]

Pada tahun yang sama, Ajoi secara rasmi menandatangani kontrak bersama Sony Music Malaysia. Beliau terpilih sebagai salah seorang daripada 11 peserta Big Stage musim keempat bersama-sama dengan Tuah Adzmi, Danial Chuer, Aisha Retno, Megat Rahim, Lia Aziz dan Elica Paujin, namun beliau tersingkir di konsert minggu ketujuh.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun
"Tak Perlu Ungkapkan" 2018

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2018 Bintang RTM Dirinya sendiri/Peserta TV1
2021 All Together Now Malaysia Astro Ria
2022 Big Stage (musim 4)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Zaara Talita (31 Januari 2022). "Pegang amanat ayah". Harian Metro. Dicapai pada 10 Februari 2022.
  2. ^ Sairul Zamri Misrani (19 Januari 2022). "Big Stage 2022 kembali, Tegar, Jerung Merah antara yang bertanding". Kosmo!. Dicapai pada 20 Januari 2022.
  3. ^ Mohd Izzat Mohd Khalizan (26 Januari 2018). "16 Peserta Berentap Dalam Bintang RTM 2018". mStar Online. Dicapai pada 10 Februari 2022.
  4. ^ Kamaruddin Razal (27 April 2018). "Anak didik Syamel rangkul gelaran juara Cover Star ERA". Astro Gempak. Dicapai pada 10 Februari 2022.
  5. ^ "Qaidzul perkenalkan diri dengan 'Tak Perlu Ungkapkan'". Suria. September 2018. Dicapai pada 10 Februari 2022.
  6. ^ "Lirik 'Tak Perlu Ungkapkan' tiada kaitan dengan hidup Qaidzul". XTRA. 26 September 2018. Dicapai pada 10 Februari 2022.
  7. ^ Asraf Adied (13 September 2021). ""Tiba Tiba Terimbas Arwah..." - Ajoi Zainal Cerita Tentang Momen Sebak Di Pentas ATNMY". Astro Gempak. Dicapai pada 10 Februari 2022.
  8. ^ "ATNMY: Ajoi Zainal peserta pertama layak ke episod akhir". Astro Awani. 7 Jun 2021. Dicapai pada 10 Februari 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]