Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
Nama lama
Akademi Seni Kebangsaan (1994-2006)
JenisSwasta
Ditubuhkan pada1994; 28 tahun yang lalu (1994)
Lokasi, ,
Laman sesawangaswara.edu.my

Akademi Seni Kebangsaan (ASK) yang ditubuhkan pada tahun 1994 dibawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia kini dikenali sebagai Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) berkuatkuasa pada 1 Ogos 2006 melalui akta Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2006 (Akta 653).

Penubuhan[sunting | sunting sumber]

Ahli Lembaga Pengarah ASWARA, Dato' Sri Siti Nurhaliza[1]

ASWARA merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi dalam bidang persembahan yang didokongi sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dibawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Ia merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang menyediakan ruang pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan akedemik serta khidmat nasihat professional dalam bidang seni budaya dan warisan yang bertujuan menghasilkan seniman yang mahir dan karyawan yang berwibawa dalam bidangnya disamping memantapkan kesinambungan warisan seni negara. Pada prinsipnya ASWARA menumpukan kepada pendidikan seni bagi melahirkan insan yang berilmu dan profesional bagi mengisi industri seni negara. ASWARA bertanggungjawab mengeluarkan graduan-graduan yang berupaya menjadi cendekiawan, penggalak, pemupuk, pelaku dan pengamal seni budaya dan warisan di peringkat sijil, diploma, ijazah dan ijazah tertinggi dalam bidang-bidang penyelidikan dan pemupukan kebudayaan, pemuliharaan dan pentadbiran warisan pelbagai jenis.

Misi[sunting | sunting sumber]

  • Menjadi institusi pembangunan modal insan dalam bidang seni budaya dan warisan yang relevan dan bermutu bagi memenuhi keperluan negara.
  • Melahir golongan intelektual, karyawan dan seniman yang berilmu, mahir dan profesional ke arah membangunkan industri kreatif, kesenian dan warisan negara.
  • Menjadi pusat sumber, khidmat nasihat pendidikan dan eksperimentasi seni budaya dan warisan.
  • Menjadi badan pengiktirafan pengamal profesional seni budaya dan warisan.

Visi[sunting | sunting sumber]

Menjadi sebuah intitusi induk pengajian dan latihan seni yang menerajui seni budaya dan warisan negara yang diiktiraf oleh negara, serantau dan antarabangsa serta menyumbang kearah pembangunan sosial.

Objektif[sunting | sunting sumber]

Objektif penubuhan ASWARA adalah sebagai sebuah institusi pengajian tinggi terulung dengan menyediakan ruang pembelajaran dan pengajaran, pusat penyelidikan dan penerbitan akademik dan khidmat nasihat profesional dalam bidang seni, budaya dan warisan.

Fakulti[sunting | sunting sumber]

Terdapat sembilan (9) fakulti yang beroperasi sebagai medan kesatuan bidang-bidang akademik yang disediakan oleh pihak ASWARA iaitu:

  • Fakulti Muzik
  • Fakulti Teater
  • Fakulti Penulisan
  • Fakulti Filem & Televisyen
  • Fakulti Komunikasi Seni Visual
  • Fakulti Tari
  • Fakulti Animasi & Multimedia
  • Fakulti Pengurusan Seni dan Budaya
  • Pusat Pengajian Pasca Siswazah (Kursi P.Ramlee)
  • Pusat Seni Pentas Tradisional (PUTRA)

Alumni Terkenal[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Siti Nurhaliza dilantik Ahli Lembaga Pengarah Aswara". Astro Awani. 28 Ogos 2018. Dicapai pada 11 April 2022.