Akademi Seni Filem dan Televisyen Britain

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Akademi Seni Film dan Televisyen Britain
250px
Kependekan BAFTA
Pembentukan 1947; 71 tahun yang lalu (1947) (sebagai Akademi Film Britain)
Jenis Pertubuhan filem, televisi dan permainan video
Tujuan Menyokong, mengalakkan dan membangunkan seni imej bergerak – film, televisyen dan permainan video – melalui pengiktirafan dan pengganjaran atas keunggulan, mendorong para karyawan serta memanfaatkan orang ramai
Ibu pejabat Piccadilly
London,
United Kingdom
Kawasan berkhidmat
United Kingdom
Amerika Syarikat
Ahli Sekitar 6,500
Bahasa rasmi Bahasa Inggeris
Presiden
Putera William, Duke Cambridge
Chairman
Anne Morrison
Chief executive
Amanda Berry
Laman sesawang bafta.org
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Akademi Seni Film dan Televisyen Britain (British Academy of Film and Television ArtsBAFTA) adalah suatu badan amal bebas yang menyokong, membangun dan menggalakkan bentuk seni imej bergerak – filem, televisyen, dan permainan video di United Kingdom. Ia mengadakan program dan inisiatif yang menawarkan akses untuk pencungkilan bakat melalui bengkel, kelas utama, biasiswa, kuliah dan skim mentor di United Kingdom dan Amerika Syarikat sepanjang tahun. Malah, ia turiut mengadakan suatu acara penganugerahan khas pada setiap musim luruh.

Badan ini asalnya ditubuhkan pengarah-pengarah dan tokoh tersohor dalam perfileman Britishimej mulai keluar sebagai Akademi Filem Britain (British Film Academy) pada tahun 1947,[1][2] dengan David Lean sebagai pengerusi pertama akademi ini.[3]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Anugerah Filem [sunting | sunting sumber]

Anugerah Filem Akademi Britain (British Academy Film Awards)[4] atau "The BAFTAs", diberika  kepada sebrang karya daripada mana-mana negara yang pernah dilihat dalam panggung wayang British pada tahun sebelumnya.[5] Upacara telah diadakan sejak tahun 2017 di Royal Albert Hall. [6] [7] Penganugerahan ini diadakan pada bulan Februari bagi mendahului acara-acara Anugerah Akademi.

Anugerah Televisyen dan Anugerah Seni Televisyen[sunting | sunting sumber]

Anugerah Televisyen Akademi British biasanya diadakan pada bulan April atau Mei dengan Anugerah Seni Televisyen yang menyusul dalam masa beberapa minggu.

Anugerah Permainan Video[sunting | sunting sumber]

Anugerah Permainan Video Akademi British diadakan pada bulan Mac, tidak lama setelah berlangsungnya Anugerah Filem pada bulan Februari.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "David Lean's Letter to the Academy". Bafta.org. Dicapai 16 Februari 2014. 
  2. ^ "BAFTA Awards: Overview". Dicapai 31 Julai 2017. 
  3. ^ "Sir David Lean (1908-1991)". www.bafta.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 31 Ogos 2017. 
  4. ^ "BAFTA Film Awards". Bafta.org. Dicapai 2016-01-28. 
  5. ^ "EE British Academy Film Awards". BAFTA. 11 February 2014. Dicapai 16 February 2014. 
  6. ^ Orlova-Alvarez, Tamara; Alvarez, Joe (13 February 2017). "Royal BAFTAs". Ikon London Magazine. Dicapai 23 February 2018. 
  7. ^ Orlova-Alvarez, Tamara; Alvarez, Joe (13 February 2018). "Jennifer Lawrence EE British Academy Film and Television Awards". Ikon London Magazine. Dicapai 23 February 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]