Akhbar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Street Scene - Salta - Argentina.jpg

Akhbar, surat khabar (juga Ind., ejaan lama surat kabar[1]) atau koran (pinjaman Bahasa Belanda: courant[1] atau krant) merupakan penerbitan berkala sama ada harian, mingguan, atau bulanan; yang memuatkan berita semasa.

Akhbar biasanya dicetak pada kertas kos rendah yang disebut kertas akhbar, dan berisi berita-berita terkini dalam pelbagai topik. Topiknya boleh terbentuk dari acara-acara politik, jenayah, sukan, rencana atau cuaca. Akhbar juga turut mengandungi kartun, teka-teki silang-kata dan hiburan lain.

Secara umumnya, akhbar mendapat pendapatan baik dari pengiklanan, langganan pembaca atau kedua-duanya; adakala ada juga akhbar yang diedarkan secara percuma kepada pembaca dengan mampunya pendapatan diperolehi dari pengiklanan semata-mata. Media ini masih bertahan hingga kini walaupun mendapat saingan dari teknologi seperti radio, televisyen dan internet.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Terbitan bercetak pertama yang boleh dianggap mengikut tatacara akhbar iaitu Relation aller Fürnemmen und gedenckwürdigen Historien iaitu diterbitkan di Strasbourg, Empayar Rom Suci secara mingguan pada 1605.[2]:396f.

Alamat Langkapuri merupakan surat khabar berbahasa Melayu pertama diedarkan dan diterbitkan di dunia;[3][4][5][6][7] ia dicetak di Colombo, Sailan British (kini Sri Lanka)[3][8][9] dan diedarkan dari Jun 1869[10] hingga 1870 disebabkan bilangan pelanggan tidak mencukupi,[9][11] ia ada dilancarkan semula pada tahun 1877 tapi ditutup kekal pada tahun berikutnya.[8]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Kwik Khing Djoen (1923). "courant" (PDF). Kitab Vortaro: Segala Perkatahan-Perkatahan Asing Jang Soeda Oemoem Di Goena Ken Di Dalem Soerat-Soerat Kabar Melayoe. Batavia: Sin Po. m/s. 71.[pautan putus]
  2. ^ Weber, Johannes (2006), "Strassburg, 1605: The Origins of the Newspaper in Europe", German History, 24 (3): 387–412, doi:10.1191/0266355406gh380oa, diarkibkan daripada yang asal pada 11 Februari 2012
  3. ^ a b Universiti Kebangsaan Malaysia. Dunia Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1986. hlm. 121, 129
  4. ^ De Silva, R. K. 19th Century Newspaper Engravings of Ceylon-Sri Lanka: Accompanied by Original Texts with Notes and Comments. London: Serendib Publications, 1998. hlm. 6
  5. ^ Deumert, Ana. Structure and Variation in Language Contact. Amsterdam [u.a.]: Benjamins, 2006.
  6. ^ British Library. EAP450: Manuscripts of the Sri Lankan Malays Diarkibkan 2015-05-18 di Wayback Machine
  7. ^ Ricci, Ronit. The world's first Malay newspaper, Colombo, 1869, in Indonesia and the Malay World, Volume 41, Issue 120, 2013
  8. ^ a b Asiff Hussein (2007). Sarandib: An Ethnological Study of the Muslims of Sri Lanka. Nugegoda: Asiff Hussein. m/s. 421.
  9. ^ a b Kularatne, Tilak (2006). History of Printing and Publishing in Ceylon, 1736–1912. Dehiwala. m/s. 205.
  10. ^ Thomas, Phillip Lee; Reece, Bob (1983). Hikayat Panglima Nikosa = The Story of Panglima Nikosa. Kuching, Sarawak: Persatuan Kesusasteraan Sarawak. m/s. 2.
  11. ^ Siti Hawa Hj. Salleh. Malay literature of the 19th century. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia, 2010. m/s. 157.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]