Akhmal Nazri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Akhmal Nazri
KelahiranMuhd Akhmal bin Mohd Nazri
(1992-02-24) 24 Februari 1992 (umur 27)
Bandar Muadzam Shah, Pahang, Malaysia
KediamanBukit Jalil, Kuala Lumpur
PendidikanDiploma Teater
Pusat pendidikanASWARA
Pekerjaan
  • Pelakon
  • pengacara
Tahun aktif2012–kini
Terkenal keranaJibam dalam siri Oh My English!

Muhd Akhmal bin Mohd Nazri (lahir 24 Februari 1992) adalah pelakon dan pengacara Malaysia. Akhmal mula dikenali apabila melakonkan watak Jibam dalam drama bersiri komedi terbitan Astro, Oh My English!.[1] Selain itu, Akhmal turut mengacarakan program bual bicara PM Live dan AM Live di Astro Ria dan juga Jom Singgah di TV3. Semasa berumur 14 tahun, Akhmal pernah menjadi pengacara untuk sebuah program kanak-kanak, Anak Sapa Ni Eh!.[2]

Pada tahun 2014, Akhmal meninggalkan siri Oh My English! selepas tiga musim dan penampilan terakhir Akhmal dalam siri itu pada episod 4, musim keempat siri tersebut.[3][4] Namun, pada musim 2015, Akhmal membuat kemunculan semula dalam siri itu.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Kunci
Filem/drama yang belum dikeluarkan Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Nota
2013 Oh My Ganu! Jibam Astro TVIQ
2014 Oh My English!: Hello America
Oh My English!: Villa Isabellaaa!
2016 Oh My Ganu 2!
Cik Sayur Encik Seafood Zaydaan TV9
2019 Suluhkan Aku Cahaya Azri TV3

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Nota
2012–14 Oh My English! Jibam Astro TVIQ Kemunculan terakhir dalam Episod 4, Musim 2014
2015 Oh My English! Class of 2015
2016 Oh My English! After School
Lelaki Macam Dia Encik Aydan Danial Astro Ria
2018 Mencari Qiblat Johan TV3 Episod: "Anak Derhaka Terhadap Ibu Bapa"

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Nota
2013 Mad Markets Pengacara TV9 Pengacara bersama Hanis Zalikha
2015 Proksi TV1 [5]
2016 Sembang Terapi TV9 Pengacara bersama Nazrief Nazri dan Dayah Bakar
2016–2017 AM Live Astro Ria
2017 Da'i Pendakwah Nusantara Juri awam TV3 Juri awam undangan
Jom Singgah Pengacara Pengacara bersama Tun Nadia, Ifa Raziah dan Dayah Bakar[6]
2017–2018 PM Live Astro Ria Pengacara bersama Radin, Adriana Adnan dan Hana Ismail
2018 Jalan-Jalan Makan Angin TV3 Pengacara bersama Atu Zero
Ready, Set, Action! Astro Ria Pengacara jemputan bersama peminat Emilia Ramli
Infiniteen TV Okey Pengacara bersama Justin Ang, Jay Walia dan Aishah Bujang
2019 Wanita Hari Ini Tetamu undangan TV3 Topik: "Siapa Lebih Suka Mengarah?"

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Jibam – Watak – Oh My English! After School". Oh My English! After School. 
  2. ^ "Akhmal ingin lari daripada bayangan watak Jibam". Berita Harian. 8 November 2016. 
  3. ^ "'Jibam' Tinggalkan Oh My English!". mStar. 19 Mei 2014. 
  4. ^ "Selepas digantung sekolah, Jibam bakal tinggalkan Oh My English?". Astro Awani. 17 Julai 2015. 
  5. ^ "Tak mahu dipanggil Jibam". Utusan Melayu. 28 Jun 2015. 
  6. ^ "Penyeri baharu ceriakan Jom Singgah". Kosmo!. 6 Disember 2016. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]