Akie Abe

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bentuk asal nama individu ini adalah Abe Akie. Rencana ini menggunakan susunan nama Barat.
Akie Abe
安倍 昭恵
Abe pada 2007
Pasangan Perdana Menteri Jepun
Dalam peranan
26 Disember 2012 – 16 September 2020
Raja
Perdana MenteriShinzo Abe
Didahului olehHitomi Noda
Digantikan olehMariko Suga
Dalam peranan
26 September 2006 – 26 September 2007
Raja
Perdana MenteriShinzo Abe
Didahului olehChieko Maki
Digantikan olehKiyoko Fukuda
Butiran peribadi
LahirAkie Matsuzaki
(1962-06-10) 10 Jun 1962 (umur 61)
Tokyo, Jepun
Parti politikParti Demokratik Liberal Jepun
PasanganShinzo Abe (k. 1987; kematian 2022)
IbuEmiko Matsuzaki
BapaAkio Matsuzaki
Alma materKolej Latihan Profesional Sacred Heart
Universiti Rikkyo
PekerjaanDJ Radio

Akie Abe (Jepun: 安倍 昭恵, Hepburn: Abe Akie, lahir Matsuzaki; 10 Jun 1962) ialah juruhebah radio Jepun dan balu kepada Shinzō Abe, yang memegang jawatan Perdana Menteri Jepun dari 2006 hingga 2007 dan sekali lagi dari 2012 hingga 2020. Beliau ialah "Wanita Pertama" yang paling lama berkhidmat dalam sejarah Jepun.

Kehidupan[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan sebagai Akie Matsuzaki (Jepun: 松崎昭恵, Hepburn: Matsuzaki Akie), Akie dianggap sebagai seorang sosialit. Beliau berasal dari sebuah keluarga Jepun yang kaya-raya; bapanya ialah bekas presiden Morinaga & Co., salah sebuah syarikat konfeksi terbesar di Jepun. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Hati Kudus Tokyo (Jepun: 聖心女子学院, Hepburn: Seishin Joshi Gakuin), sebuah sekolah Roman Katolik, kemudian menamatkan pengajian di Kolej Latihan Profesional Hati Kudus (Jepun: 聖心女子専門学校, Hepburn: Seishin Joshi Gakuin Senmon Gakkō).[1] Akie menerima ijazah sarjana dalam Pembelajaran Rancangan Sosial dari Universiti Rikkyo pada Mac 2011.

Abe kemudian bekerja di Dentsu Inc., agensi periklanan terbesar di dunia, sebelum berkahwin dengan Shinzo Abe pada 1987. Beliau paling dikenali sebagai "parti pembangkang domestik" kerana pandangan terbukanya, yang sering bertentangan dengan suaminya. Setelah suaminya dilantik sebagai perdana menteri, beliau membuka sebuah izakaya organik di daerah Kanda, Tokyo, namun tidak aktif dalam pengurusan kerana tuntutan dari ibu mertuanya.[2] Pasangan itu tidak memiliki anak.[3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada akhir 1990-an, Abe bekerja sebagai juruhebah radio di bandar tempat tinggal suaminya Shimonoseki. Beliau dikenali di wilayah penyiarannya dan dikenali dengan nama DJnya, "Akky". Beliau juga ialah peminat setia drama Korea Selatan dan pelakon Bae Yong-joon dan Park Yong-ha.[4]

Aktivisme untuk hak asasi LGBT[sunting | sunting sumber]

Abe ialah seorang penyokong minoriti seksual dan komuniti LGBT. Pada 27 April 2014, beliau meneyrtai perarakan gay di Tokyo bagi menyatakan sokongannya untuk hak penyiaran terhadap komuniti LGBT Jepun.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ (Jepun) 聖心女子専門学校:ホーム Diarkibkan 2016-07-20 di Wayback Machine
  2. ^ "Akie Abe not afraid to speak her mind". Japan Today. 4 Januari 2014. Dicapai pada 15 Januari 2014.
  3. ^ Shinzo and Akie Abe's childlessness
  4. ^ Japan’s First Lady-to-Be an Avid Korean Wave Fan Diarkibkan 2006-10-12 di Wayback Machine, The Chosun Ilbo. Diakses pada 26 September 2006.
  5. ^ Akie Abe joins gay parade, Japan Today.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]