Akin Pa Rin Ang Bukas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Akin Pa Run Ang Bukas (juga dikenali sebagai Perfect Vengeance / Tomorrow Is Still Mine) adalah drama bersiri televisyen tahun 2013 Filipina yang disiatka oleh GMA Network. Diarahkan oleh Laurice Guillen dan dibintangi oleh Lovi Poe, Rocco Nacino, Charee Pineda dan ramai lagi. Drama ini mula ditayangkan 9 September 2013 bagi menggantikan drama Mundo Mo'y Akin dan disiarkan di seluruh dunia pada 10 September 2013. Drama siri ini berakhir pada 27 Disember 2013 dengan berjumlah 79 episod. Ia kemudian digantikan dengan drama Rhodora X melalui slot yang sama.

Akin Pa Rin Ang Bukas
GenreDrama
Keluarga
Dendam
Konflik
Cinta
PenciptaDenoy Navarro-Punio
PengarahLaurice Guillen
Dibintangi oleh
Lovi Poe
Cesar Montano
Rocco Nacino
Charee Pineda
Lagu pembukaan"Huwag Kang Mangako" nyanyian Lovi Poe
PenggubahCecille Azarcon Innocentes
Negara asalFilipina Filipina
BahasaTagalog
Bilangan episod79
Penerbitan
Penerbit eksekutifMean P. Regala
Tempoh siaran30-45 minit
Syarikat penerbitan
GMA Entertainment TV
Penyiaran
Saluran asalGMA Network
Format gambar480i (SDTV)
Siaran asal9 September 2013 – 27 Disember 2013
Kronologi
MengikutiMundo Mo'y Akin
Diikuti olehRhodora X

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Drama ini mengisahkan tentang Lovelia Villacorta, iaitu anak hasil hubungan terlarang Roel Villacorta dan pembantu rumah mereka, Emma Ignacio. Emma kemudian dihalau keluar oleh ibu Roel, Beatrice Villacorta setelah dia disahkan hamil. Emma kemudian melahirkan dan membesarkan Lovelia dalam keadaan hidup yang serba daif. Disebabkan keadaan Lovelia yang sering sakit disebabkan mempunyai masalah penyakit hati, membuatkan Emma terpaksa menghantar Lovelia kepada Roel untuk membantunya membiayai pembedahan Lovelia. Roel bersetuju namun dengan syarat Emma tidak boleh menemui Lovelia sepanjang hayatnya. Meskipun berat namun Emma terpaksa bersetuju demi kepentingan Lovelia. Lovelia kemudian membesar dengan sihat dan menjadi gadis cantik.

Lovelia kemudian bertemu Jerry lalu mereka saling jatuh cinta. Pada mulanya Roel tidak merestui perhubungan tersebut kerana beranggapan bahawa Jerry tidak setaraf dengan keluarga mereka namun terpaksa bersetuju kerana desakan Lovelia. Tanpa disedari, Jerry sebenarnya mempunyai niat yang jahat untuk mengahwini Lovelia iaitu demi merampas harta keluarga Villacorta. Jerry bersekutu dengan isteri baru Roel yang juga merupakan kekasihnya, iaitu Agatha Morales untuk merancang menjatuhkan keluarga Villacorta serta ingin mengaut harta kekayaan milik keluarga tersebut.

Roel yang mengetahui niat Jerry dan Agatha itu mencuba menghalang rancangan tersebut namun dia kemudian dibunuh oleh Agatha. Agatha yang kini semakin tamak ingin memiliki harta Roel kemudian mencuba membunuh Lovelia dengan membuatkannya mengalami kemalangan jalan raya. Rancangan Agatha kemudian berjaya apabila Lovelia mengalami kemalangan dan mayatnya tidak dijumpai. Kehilangan Lovelia membuatkan nenek Lovelia, Beatrice Villacorta berasa sedih dan tertekan diatas kematian kedua orang kesayangannya. Beatrice kemudian menyerahkan syarikat keluarganya kepada Agatha selepas mengetahui Agatha disahkan hamil. Tanpa mengetahui sebenarnya Agatha hamil hasil hubungan sulitnya dengan Jerry.

Disuatu tempat, Lovelia telah diselamatkan oleh orang asli di sebuah perkampungan. Lovelia kini bertekad ingin membalas dendam terhadap Jerry dan Agatha. Lovelia kemudian menemui Conrad Alperos, iaitu kawan baik ayahnya untuk membantunya membalas dendam dan membela kematian ayahnya. Lovelia akhirnya muncul di sebuah gereja dengan berpura-pura hilang ingatan pada hari pembaptisan anak Agatha. Agatha dan Beatrice berasa terkejut dengan kemunculan semula Lovelia. Agatha berasa bimbang kini rancangannya untuk memiliki harta keluarga Villacorta tidak berjalan lancar seperti yang diharapkan. Berbeza dengan reaksi Jerry yang kini berasa gembira setelah mengetahui isterinya masih hidup. Bagaimanapun Lovelia kini berasa tawar hati terhadap Jerry dan hanya menggunakan Jerry untuk menyakitkan hati Agatha. Lovelia juga berniat ingin mencari ibu kandungnya namun Lovelia terpaksa menelan kekecewaan apabila dia mendapati ibu kandungnya telah lama meninggal dunia. Lebih menyedihkan, apabila Lovelia mengetahui bahawa neneknya adalah punca ibunya tidak dapat bertemu dengannya sehingga akhir hayatnya. Lovelia kemudian bertengkar dengan Beatrice lalu keluar pergi meninggalkan neneknya sendirian.

Kesempatan itu digunaan Agatha untuk menculik dan ingin membunuh Lovelia buat kali terakhir. Namun Lovelia berjaya diselamatkan oleh Condrad. Malangnya Jerry terkorban ketika cuba melindungi Lovelia daripada ditembak Agatha. Agatha mencuba untuk menembak Lovelia sekali lagi namun dia kemudian mati ditembak oleh pihak polis. Jerry sempat meminta maaf diatas kesilapannya kepada Lovelia lalu mati dipangkuan Lovelia. Selepas kematian Jerry, Lovelia akhirnya mengahwini Condrad, lelaki yang sanggup menerima dirinya seadanya. Lovelia juga kini memaafkan neneknya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Watak utama[sunting | sunting sumber]

Watak pembantu[sunting | sunting sumber]

Watak undangan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]