Pergi ke kandungan

Akinator

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Akinator
PembangunTiga orang pengatur cara berbangsa Perancis diterajui oleh RedstoneSpecial
PenerbitElokenceo
EnjinLimule
Platform
Pelepasan2007
GenreTwenty Questions
ModPemain tunggal

Akinator ialah sebuah permainan dan aplikasi mudah alih dalam internet yang berusaha untuk meneka sesiapa yang difikirkan pengguna dengan cara dihuraikan sepenuh-penuhnya mengenai watak tersebut dengan bertanyakan mereka serangkaian soalan. Permainan ini ialah satu atur cara kecerdasan buatan yang boleh menemukan serta memahami secara pasti soalan paling baik untuk ditanyakan kepada setiap pengguna. Permainan yang dicipta oleh tiga orang pengatur cara yang berasal dari Perancis yang diterajui oleh RedstoneSpecial sejak tahun 2007 ini mula disukai ramai di seluruh negara dalam November 2008 mengikut kenyataan yang dipetik oleh Google Trends. Tahap kemuncak semasa permainan ini digemari dan disukai ramai berlaku dalam tahun 2009 di Eropah berserta dimulakan dalam tahun 2010 di Jepun bersempena pelancaran aplikasi mudah alih dengan satu syarikat mudah alih iaitu SCIMOB,[1] lantas mencecah kedudukan paling tinggi dalam kedai aplikasi.[2] Apabila permainan ini dijalankan, sebarang soalan boleh ditanyakan oleh seorang jin kartun.

  1. ^ "Akinator Mobile Apps | SCIMOB (10/09/2009)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-14. Dicapai pada 2017-02-05.
  2. ^ Akinator - Daily Ranks | App Annie (10/05/2011)