Akmar Hisham

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berbahagia Datuk

Akmar Hisham Mokhles

DPSM, PKN
Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri Malaysia
Dalam jawatan
16 September 2009 – 9 Mei 2018
Perdana MenteriNajib Razak
Setiausaha Akhbar kepada Menteri Kewangan Malaysia
Dalam jawatan
September 2008 – September 2009
MenteriNajib Razak
Setiausaha Akhbar kepada Menteri Pertahanan Malaysia
Dalam jawatan
Mei 2004 – September 2008
MenteriNajib Razak
Butiran peribadi
Lahir (1972-05-24) 24 Mei 1972 (umur 51)
Parit, Perak

Datuk Akmar Hisham Bin Mohd Yusof @ Mokhles (lahir pada 1972) adalah setiausaha akhbar kepada Perdana Menteri Malaysia. Beliau juga merupakan salah seorang daripada Ahli Lembaga Penasihat Institut Wasatiyyah Malaysia sebuah badan yang mempromosikan kesederhanaan dalam Islam.[1] Datuk Akmar Hisham juga sering terlibat dengan aktiviti sukarela, kemasyarakatan dan amal bakti.[2]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Datuk Akmar Hisham dilahirkan di Parit, Perak, Malaysia. Beliau berkahwin dengan Datin Hazrina Binti Abdul Rahman. Pasangan tersebut dikurniakan seorang anak iaitu Aisyah Nabilah binti Akmar Hisham.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Sebagai anak jati Parit, Perak, Datuk Akmar Hisham bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Iskandar Shah dan Sekolah Menengah Iskandar Shah, Parit, Perak. Semasa bersekolah, Datuk Akmar cemerlang di dalam pendidikan dan aktiviti ko-kurikulum serta pernah mewakili negeri Perak ke Sukan Malaysia (SUKMA) 1992 dalam acara silat olahraga.

Selepas tamat bersekolah dan memiliki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, beliau meneruskan pengajian di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan dikurniakan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Pentadbiran Sosial). Ketika di Universiti Malaya beliau aktif sebagai pemimpin mahasiswa dan pernah memegang jawatan sebagai Presiden Kolej Kediaman Keempat Universiti Malaya 1994/1995 dan Timbalan Presiden 1 Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya 1995/1996.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sebelum menjadi Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Akmar Hisham merupakan setiausaha akhbar kepada Menteri Pertahanan (Mei 2004-September 2008) dan Menteri Kewangan (September 2008-September 2009). Sebelum itu beliau pernah berkhidmat sebagai wartawan di Utusan Melayu (M) Berhad dari September 1997 hingga Mei 2004 dan Akademi Penulis dari 1996 hingga 1997.

Aktiviti Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Sukan Lasak[sunting | sunting sumber]

Datuk Akmar Hisham aktif di dalam aktiviti komuniti, belia dan projek kebajikan. Beliau merupakan Timbalan Presiden Kelab Sahabat Bina Negara, Penasihat Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia, Penaung Persatuan Generasi Bestari Selangor dan Penasihat kepada Projek Renangan Perpaduan Selat Inggeris 1 Malaysia.

Selain itu beliau juga merupakan Penasihat Kelab Kartunis Malaysia, Penasihat Ekspedisi Felda Everest 2013, Penasihat Ekspedisi KE7B Felda Greenland 2014.[3]

Beliau turut menjadi Penasihat Ekspedisi KE7B Rentas Kutub Selatan 2015 dan yang terbaru sebagai Penasihat Ekspedisi KE7B Kutub Utara 2017.

Darjah kebesaran[sunting | sunting sumber]

Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) membawa gelaran Datuk. (2010)[4]

Pingat Kedaulatan Negara (PKN). (2013)

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

2015; Buku  ; 'Demi Rakyat Sarawak' penulis

2014: Buku  ; 'Demi Negara' penulis.

2013: Buku  :"Najib Razak: Meniti Jalan Damai" penulis

2012: Buku  : “Berkongsi Denyut Nadi Rakyat” penulis

2011: Buku  :“Menyelami Denyut Nadi Rakyat” penulis

2010: Komik  : “Transformasi Najib” and “Najib Transformation” penulis

2010: Buku  : “Najib: Beginning of A Legacy”. Commemorating One Year As Prime Minister of Malaysia. Editor

2009: Buku  : “Najib Tun Razak Pewaris Kepimpinan, Pemacu Perubahan” penulis dan editor.

2009: Buku  : “Inheriting A Legacy, Fast Tracking Change” editor.

2007: Buku  :“Sehati Sejiwa Najib Tun Razak” penulis dan koordinator.

2006: Buku  :”Petronas Silk Road Adventure 2001: Istanbul-Putrajaya Experience The Expedition” published by Petronas Motorsports photographer

2002:Majalah  : Kolumnis untuk Majalah Massa diterbitkan oleh Utusan Melayu (M) Bhd

Expedisi[sunting | sunting sumber]

Nov 2015  : Ekspedisi ke Antartika 2015

April 2014  : Ekspedisi KE7B Greenland Felda 2014

Mac 2014  : Mendaki Gunung Cosciousco, Australia.

Mei 2013  : Projek Everest Felda 2013

Mac 2013  : Mendaki Gunung Kinabalu

October 2012  : Ranjini Mountain Expedition, Indonesia.

September 2012  : 1Malaysia English Channel Mission.[5][6]

Julai 2011  : A Step To The Earth's Roof (Everest Base Camp and Kalapatar Mountain,Nepal)

November 2010  : Cosciousco Mountain Australia

April 2004  : Army Chellenge 2004

Julai 2001  : Petronas Silk Road Adventure 2001, Istanbul- Putrajaya

May 2001  : Elephant Mud Hole 2: 4X4 Challenge 2001

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ 1 Malaysia Official Website . "Najib Umum Penubuhan Institut Wsatiyyah", Malaysia, 27 October 2005. Retrieved on 23 January 2013.
  2. ^ ipoh,echo. "Foundation Mission Fulfilled", Ipoh Echo, West Lumbok Indonesia, 1 December 2012. Retrieved on 5 Januari 2013.
  3. ^ A.Azim Idris. "18 Felda settlers' children leaves for Nepal", The New Straits Times, Kuala Lumpur, 5 Februari 2013. Retrieved on 5 February 2013.
  4. ^ https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2010/10/09/pengurus-besar-bernama-dianugerah-gelaran-datuk
  5. ^ Malaysian Insider. "English Straits Swimmer Dedicates Success To Malaysians", The Malaysian Insider, Kuala Lumpur, September 23 2012. Retrieved on 5 January 2013.
  6. ^ Borneo Post. "English Channel swimming expedition postponed", The Borneo Post, Kuala Lumpur, 17 September 2012. Retrieved on 5 February 2013.