Pergi ke kandungan

Aksara Osmanya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aksara Osmanya
𐒍𐒖𐒇𐒂𐒖 𐒋𐒘𐒈𐒑𐒛𐒒𐒕𐒖 | 𐒍𐒖𐒇 𐒘𐒝𐒈𐒑𐒛𐒒𐒕𐒖
Farta Cismaanya | Far Soomaali
Jenis
BahasaBahasa Somali
Tarikh ciptasekitar 1920-1922
Arah tulisKiri-ke-kanan
ISO 15924Osma, 260
Alias Unikod
Osmanya
U+10480–U+184AF

Aksara Osmanya (Somali: Farta Cismaanya 𐒍𐒖𐒇𐒂𐒖 𐒋𐒘𐒈𐒑𐒛𐒒𐒕𐒖), juga dikenali sebagai aksara Somali (𐒍𐒖𐒇 𐒘𐒝𐒈𐒑𐒛𐒒𐒕𐒖), ialah sebuah sistem tulisan untuk menulisa bahasa Somali. Ia telah dicipta antara tahun 1920 dan 1922 oleh Osman Yusuf Kenadid, anak Sultan Yusuf Ali Kenadid dan abang Sultan Ali Yusuf Kenadid dari Kesultanan Hobyo.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Osman Yusuf Kenadid

Walaupun aksara Osmanya dalam bentuk abjad Osmanya Somalia mendapat penerimaan yang agak meluas di Somalia dan sejumlah besar sastera dapat dihasilkan dengan pantas, masih sukar untuk disebarkan dalam kalangan penduduk terutamanya akibat persaingan sengit daripada abjad Arab Somalia yang telah lama bertapak serta abjad Rumi Somalia yang baru muncul dibangunkan oleh beberapa ulama terkemuka bahasa Somali, termasuk Musa Haji Ismail Galal, B. W. Andrzejewski, dan Shire Jama Ahmed.[1][2]

Ketika sentimen nasionalis bertambah dan sejak bahasa Somali telah lama kehilangan aksara kunonya,[3] penggunaan aksara penulisan umum yang diiktiraf untuk bahasa Somali menjadi persoalan penting untuk dibincangkan. Selepas kemerdekaan, kurang kemajuan tercapai dalam hal tersebut kerana pendapat-pendapat berbahagi samada ingin menggunakan aksara Arab atau aksara Rumi pula.

Pada Oktober 1972, kerana keringkasan aksara Rumi, keupayaannya untuk mewakili semua bunyi dalam bahasa Somali, dan kewujudan pelbagai mesin cetak dan mesin taip direka khusus untuknya yang digunakan meluas,[4][5] membuatkan Presiden Mohamed Siad Barre memilihnya untuk menulis bahasa Somali dan bukannya aksara Arab atau aksara Osmanya.[6] Pentadbiran Barre kemudiannya melancarkan kempen literasi besar-besaran yang dirancang untuk memastikan penggunaan tunggalnya, yang membawa kepada penurunan mendadak dalam penggunaan aksara Osmanya.

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Arah membaca dan menulis dalam aksara Osmanya adalah dari kiri ke kanan. Nama huruf adalah berdasarkan nama huruf dalam bahasa Arab, dan vokal panjang uu dan ii masing-masing diwakili oleh huruf waaw dan yaa.

Huruf[sunting | sunting sumber]

Osmanya Nama Rumi AFA Osmanya Nama Rumi AFA Osmanya Nama Rumi AFA
𐒀 alef ʼ [ʔ] 𐒁 ba b [b] 𐒂 ta t [t]
𐒃 ja j [d͡ʒ] 𐒄 xa x [ħ] 𐒅 kha kh [χ]
𐒆 deel d [d] 𐒇 ra r [r] 𐒈 sa s [s]
𐒉 shiin sh [ʃ] 𐒊 dha dh [ɖ] 𐒋 cayn c [ʕ]
𐒌 ga g [ɡ] 𐒍 fa f [f] 𐒎 qaaf q [q]
𐒏 kaaf k [k] 𐒐 laan l [l] 𐒑 miin m [m]
𐒒 nuun n [n] 𐒓 waw, uu w, uu [w, ʉː, uː] 𐒔 ha h [h]
𐒕 ya, ii y, ii [j, iː, ɪː] 𐒖 a a [æ, ɑ] 𐒗 e e [e, ɛ]
𐒘 i i [i, ɪ] 𐒙 o o [ɞ, ɔ] 𐒚 u u [ʉ, u]
𐒛 aa aa [æː, ɑː] 𐒜 ee ee [eː, ɛː] 𐒝 oo oo [ɞː, ɔː]

Angka[sunting | sunting sumber]

Angka 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9
Osmanya 𐒠 𐒡 𐒢 𐒣 𐒤 𐒥 𐒦 𐒧 𐒨 𐒩

Unikod[sunting | sunting sumber]

Aksara Osmanya telah ditambahkan pada Piawaian Unikod pada April 2003 dengan keluaran gubahani 4.0.

Blok Unikod untuk Osmanya ialah U+10480–U+104AF:

Aksara Osmanya[1][2]
Carta kod rasmi Konsortium Unikod (PDF)
  0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 A B C D E F
U+1048x 𐒀 𐒁 𐒂 𐒃 𐒄 𐒅 𐒆 𐒇 𐒈 𐒉 𐒊 𐒋 𐒌 𐒍 𐒎 𐒏
U+1049x 𐒐 𐒑 𐒒 𐒓 𐒔 𐒕 𐒖 𐒗 𐒘 𐒙 𐒚 𐒛 𐒜 𐒝
U+104Ax 𐒠 𐒡 𐒢 𐒣 𐒤 𐒥 𐒦 𐒧 𐒨 𐒩
Catatan
1. Setakat Unikod gubahan 14.0
2. Kawasan kelabu menandakan titik kod nirumpuk

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Abdullahi, Mohamed Diriye (2001). Culture and Customs of Somalia (dalam bahasa Inggeris). Greenwood Publishing Group. m/s. 73. ISBN 978-0-313-31333-2.
  2. ^ Lewis, I. M. (1999). A Pastoral Democracy: A Study of Pastoralism and Politics Among the Northern Somali of the Horn of Africa (dalam bahasa Inggeris). James Currey Publishers. ISBN 978-0-85255-280-3.
  3. ^ Ministry of Information and National Guidance, Somalia, The writing of the Somali language, (Ministry of Information and National Guidance: 1974), p.5
  4. ^ Andrew Simpson, Language and National Identity in Africa, (Oxford University Press: 2008), p.288
  5. ^ Economist Intelligence Unit (Great Britain), Middle East annual review, (1975), p.229
  6. ^ Mohamed Diriye Abdullahi, Culture and Customs of Somalia, (Greenwood Press: 2001), p.73

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • IM Lewis (1958) Buletin Sekolah Pengajian Oriental dan Afrika, Universiti London, Vol. 21 ms 134–156.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:List of writing systemsTemplat:Writing systems