Pergi ke kandungan

Aksaray malaklısı

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aksaray malaklısı
Nama lain
  • Malaklı karabaş
  • Mastif Turki
  • Singa Anatolia
Negara asalTurki
Trait
Berat Jantan 65–85 kilogram (145–185 lb)
Betina 60–70 kilogram (130–155 lb)
Tinggi Jantan 75–85 sentimeter (30–33 in)
Betina 70–80 sentimeter (28–31 in)
Bulu pendek
Warna pinto, grizzly, dan brindle
Saiz perinduk sekitar 10 ekor
Anjing (Canis lupus familiaris)

Aksaray malaklısı[a] atau malaklı karabaş ialah satu baka anjing penjaga kawanan ternakan besar Turki dari Wilayah Aksaray di Anatolia tengah.[1][2][3] Ia juga dikenali sebagai mastif Turki atau singa Anatolia.[4]

Ia diiktiraf oleh Persekutuan Anjing Turki.[5] Sesetengah anjing telah dieksport ke negara lain untuk digunakan dalam peranan tradisionalnya sebagai penjaga kawanan ternakan atau dibela sebagai anjing pengawal isi rumah.[6][4]

Aksaray di Turki

Aksaray malaklısı dinamai sempena Wilayah Aksaray di Anatolia Tengah.[4]

Analisis genetik telah menunjukkannya sebagai baka berbeza daripada baka-baka anjing penjaga haiwan ternakan lain Turki, termasuk anjing gembala Kangal, akbash, dan anjing Kars.[3][5]

Aksaray malaklısı biasanya berdiri setinggi 70–85 sentimeter (28–33 in) pada paras kelasa dan berukuran seberat 60–85 kilogram (130–185 lb),[5] dengan panjang tubuh kira-kira 79–83 sentimeter (31–33 in).[1] Ia biasanya berwarna kelabu dengan topeng hitam; lapis bulunya pendek. Kepala dan telinganya besar, gelambirnya berayun, dan ekornya lurus.[1][2][3] Bahagian "malaklı(sı)" dalam nama baka dikatakan disebabkan oleh rahang berayunnya.[2][3]

Anjing ini hanya mematuhi perintah daripada tuannya dan dapat menjadi agresif dengan orang lain. Ia biasanya tidak mentoleransi kerja dengan anjing lain yang sejantina.[3]

Jangka hayatnya ialah 13–15 tahun.[3][tiada dalam ayat yang diberikan]

Aksaray malaklısı digunakan di tanah airnya untuk melindungi kawanan biri-biri daripada pemangsa, terutamanya serigala. Sepasang anjing, sentiasa seekor jantan dan seekor betina, dapat melindungi kira-kira 700–800 ekor biri-biri.[3][halaman diperlukan]

Sesetengah anjing telah dieksport ke negara lain untuk digunakan dalam peranan tradisionalnya sebagai penjaga kawanan ternakan atau dibela sebagai anjing pengawal isi rumah.[7]

  1. ^ Jawi: اکساراي مالکلىسى
  1. ^ a b c Oğrak, Yusuf Ziya; Öztürk, Nurşen; Keçici, Pembe Dilara; Özcan, Mustafa (31 Disember 2018). "Comparison various body measurements of Aksaray Malakli and Kangal Dogs" [Perbandingan pelbagai ukuran badan bagi Aksaray malaklısı dan anjing Kangal]. Journal of Istanbul Veterinary Sciences (dalam bahasa Inggeris). Dewan Doktor Bedah, Istanbul. 2 (3): 86–91. doi:10.30704/http-www-jivs-net.462546. ISSN 2602-3490. S2CID 92554048.
  2. ^ a b c Büyükleblebici, Olga (12 Oktober 2019). "Determination of Some Serum Biochemical Parameters of Aksaray Malakli Breed of Turkish Shepherd Dog = Aksaray Malaklı Irkı Türk Çoban Köpeğinin Bazı Serum Biyokimyasal Parametrelerinin Belirlenmesi" [Penentuan Sesetengah Parameter Biokimia Serum Baka Aksaray Malaklısı Anjing Gembala Turki]. Turkish Journal of Agriculture - Food Science and Technology (dalam bahasa Inggeris). Turkish Science and Technology Publishing. 7 (10): 1678–1681. doi:10.24925/turjaf.v7i10.1678-1681.2806. ISSN 2148-127X. S2CID 204914784.
  3. ^ a b c d e f g Aslım, Gökhan; Sinmez, Çağrı Çağlar (September 2017). "Aksaray ili folklorunda Aksaray Malaklısı yetiştiriciliği = Breeding Aksaray Malaklısı in folklore of Aksaray Province" [Penternakan Aksaray malaklısı dalam folklor Wilayah Aksaray = Pembiakbakaan Aksaray malaklısı dalam folklor Wilayah Aksaray]. Eurasian Journal of Veterinary Sciences (dalam bahasa Turki). Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Saljuk. 33 (3): 148–157. doi:10.15312/EurasianJVetSci.2017.151. hdl:20.500.12451/1547. ISSN 2146-1953. S2CID 216985489.
  4. ^ a b c "Turkey's Aksaray Malaklısı used by Assyrians as war dog 2,500 years ago, breeders association says" [Aksaray malaklısı Turki digunakan oleh orang Asyur sebagai anjing perang 2,500 tahun lalu, kata persatuan pembiak baka] (dalam bahasa Inggeris). Daily Sabah. 4 Ogos 2019. Dicapai pada 2 April 2024.
  5. ^ a b c "Breed Standard- Malakli" [Piawaian Baka- Malaklı] (dalam bahasa Inggeris). Persekutuan Anjing Turki. Dicapai pada 2 April 2024.
  6. ^ "China's han sheep under protection of Turkish mastiffs" [Biri-biri Han China dalam perlindungan mastif Turki] (dalam bahasa Inggeris). Daily Sabah. 14 September 2019. Dicapai pada 2 April 2024.
  7. ^ "Turkey's Aksaray Malaklısı guard dog enjoys worldwide popularity" [Anjing pengawal Aksaray malaklısı Turki nikmati kepopularan sedunia] (dalam bahasa Inggeris). Daily Sabah. 27 Mei 2022. Dicapai pada 2 April 2024.