Akta Dadah Berbahaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Akta Dadah Berbahaya telah diperkenalkan di Malaysia sejak 1952 . Kemudian dipinda pada 1985 dengan nama Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 .

Dasar Dadah Negara telah diisytiharkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia pada 19 Februari 1983 semasa melancarkan Kempen Anti Dadah. Tujuannya bagi mewujudkan negara Malaysia yang bebas dari ancaman gejala dadah menjelang tahun 2015 bagi menjamin kesejahteraan hidup masyarakat dan mengekalkan kestabilan dan ketahanan nasional.

  1. Seksyen 39 B dan Seksyen 39 A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 telah digunakan terhadap pesalah yang melakukan kesalahan tersebut di mana ia membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup jika sabit melakukan kesalahan tersebut.
  2. Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dinyatakan bahawa: 39B. Pengedaran dadah berbahaya.

(1) Tiada seorang pun boleh, bagi pihak dirinya atau bagi pihak mana-mana orang lain, sama ada atau tidak orang lain itu berada di Malaysia (a) mengedarkan dadah berbahaya; atau (b) menawar untuk mengedarkan dadah berbahaya; atau (c) melakukan atau menawar atau melakukan sesuatu perbuatan sebagai persediaan untuk atau bagi maksud pengedaran dadah berbahaya. (2) Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini dan jika disabitkan hendaklah dijatuhi hukuman mati.

Suaram gesa hapuskan[sunting | sunting sumber]

Penyelaras Suaram, Syukri Razab menyatakan bahawa Akta ini mencabuli hak asasi manusia. Laporan Free Malaysia Today menyatakan bahawa individu yang ditangkap mengikut undang-undang itu boleh ditahan tanpa dibicarakan dan mereka hilang hak mendapat pembelaan secara adil di mahkamah. Akta itu tidak mengurangkan kesalahan dadah berbahaya di Malaysia kerana sejak 2008-2013, statistik Agensi Antidadah Kebangsaan menunjukkan bilangan yang ditangkap di bawah kesalahan tersebut terus meningkat.

Seseorang yang ditangkap boleh ditahan selama 60 hari bagi tujuan siasatan, tetapi bentuk siasatan yang dijalankan oleh pihak polis dalam tempoh ini masih tidak jelas. Bentuk siasatan mengikut akta itu juga tidak pernah didedahkan kepada umum.Suaram berpendapat tidak wujud ketelusan dalam siasatan polis sepanjang tempoh siasatan. Bentuk siasatan ini menimbulkan kerisauan tentang bagaimana sebenarnya operasi standard pihak polis dalam menjalankan siasatan.

Pada 20 September 2014, Pakar Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Dr Abdul Aziz Bari menyatakan bahawa masalah dadah ini tidak menampakkan tanda-tanda berkurangan, apa yang disebut Suaram patut diambil kira. Masalah yang cuba ditangani Akta Dadah Berbahaya tidak nampak kurang. Kita tidak boleh memandang ringan apa yang disebut Suaram. Ia mungkin disebabkan kelemahan pihak polis PDRM dan Jabatan Peguam Negara walaupun penguatkuasaan undang-undang ini sudah dimulakan lebih 40 tahun lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyelar cadangan Suaram kerana ia akan menghalang usaha pihak keselamatan / PDRM membanteras masalah dadah di negara ini. Tentu sekali pengedar dadah di negara ini akan bergembira sekiranya Akta Dadah Berbahaya dihapuskan . Kalau ADB dimansuhkan, PDRM nak guna apa?.[1] Pemansuhan akta itu akan membantutkan usaha polis membanteras kegiatan pengedaran dadah. [2][3]

Suaram / Suara Rakyat Malaysia pernah dikecam kerana menerima dana asing daripada George Soros melalui Open Society Institute (OSI) (2001-2010) atau kini Open Society Foundations (OSF) . [4]

Kes berkaitan dadah[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Februari 2012, seorang lelaki bertindak zalim dengan menetak kepala ibunya (A’inshon Abdul Rahman, 60) menggunakan parang dalam kejadian di Kampung Padang Buloh, Sidam Kiri, Sungai Petani,Kedah. Suspek yang juga seorang penagih dadah berusia 26 tahun, dikatakan naik berang selepas permintaannya mendapatkan wang daripada ibunya tidak diendahkan mangsa sehingga menyebabkan dia bertindak ganas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Zakaria Ahmad mengesahkan kejadian itu. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Pertimbang cadangan Suaram mansuh Akta Dadah Berbahaya, kata Aziz Bari". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-09-20. Dicapai pada 2014-09-20.
  2. ^ "Ketua polis negara persenda gesaan hapus Akta Dadah Berbahaya". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-09-20. Dicapai pada 2014-09-20.
  3. ^ "IGP mocks Suaram's call to repeal Dangerous Drugs Act 1985". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-09-21. Dicapai pada 2014-09-20.
  4. ^ Bantuan dana Soros 'tidak perlukan balasan'?[pautan putus]
  5. ^ Lelaki tetak kepala ibu[pautan putus]
  1. Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234), Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983 (Akta 283), Peraturan-Peraturan & Kaedah -Kaedah. Petaling Jaya: International Law Book Services.
  2. Anuar Fakhri Omar, Dr. Mohd Nasran Mohamad, Mohammad Zaini Yahaya.2006. Kaedah Fiqh. Bangi: Pusat Kembangan Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia