Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984
Parlimen Malaysia
Tajuk panjang
  • Suatu Akta untuk mengawal selia penggunaan mesin cetak dan pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan dan pengedaran hasil penerbitan dan mengenai perkaraperkara yang berkaitan dengannya.
Petikan
Jangkauan wilayah
Digubal oleh
Tarikh diluluskan
28 Mac 1984
Digubal oleh
Tarikh diluluskan
16 April 1984
27 Jun 1984
Tarikh mula berkuat kuasa
28 Jun 1984
Tarikh kuat kuasa
1 September 1984, P.U. (B) 364/1984
Sejarah perundangan
Rang undang-undang diperkenalkan oleh Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang Mesin Cetak dan Penerbitan 1984
Petikan rang undang-undang
D.R. 15/1984
Diperkenalkan oleh
Mohd. Kassim Ahmed, Timbalan Menteri Dalam Negeri
Bacaan pertama
Bacaan kedua
Bacaan ketiga
Rang undang-undang diperkenalkan oleh Dewan Negara
Rang Undang-Undang Mesin Cetak dan Penerbitan 1984
Petikan rang undang-undang
D.R. 15/1984
Diperkenalkan oleh
Mohd. Kassim Ahmed, Timbalan Menteri Dalam Negeri
Bacaan pertama
Bacaan kedua
Bacaan ketiga
Pindaan
Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 1987 [Akta A684]
Akta Mesin Cetak Dan Penerbitan (Pindaan) 2012 [Akta A1436]
Perundangan berkaitan
Akta Mesin Cetak 1948 [Akta 58]
Akta Kawalan Penerbitan Diimport 1958 [Akta 63]
Kata kunci
Percetakan
Status: Berkuat kuasa

Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 adalah suatu akta Malaysia bagi menggubal undang-undang mengenai penggunaan percetakan, penerbitan dan agihan penerbitan. Akta ini memansuhkan Akta Mesin Cetak 1948 dan Akta Kawalan Penerbitan Diimport 1958.

Tujuan akta[sunting | sunting sumber]

Menurut tulisan Rohani Ibrahim di dalam bahagian rencana Utusan Melayu pada 4 Ogos 2010, akta ini diperkenalkan bagi mengawal pengeluaran lesen mesin cetak serta permit penerbitan untuk pelbagai media cetak termasuklah akhbar parti politik dan akhbar harian. [1] Akta ini mempunyai beberapa garis panduan bertujuan mengawal segala kandungan penerbitan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain, mengelirukan masyarakat melalui kenyataan yang tidak benar, memudaratkan keselamatan negara dan menggugat keharmonian negara dengan menyentuh isu perkauman.

Prosedur KDN[sunting | sunting sumber]

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri(KDN), Datuk Zaitun Abdul Samad ketika ditemui di pejabatnya di Putrajaya telah berkata, KDN bertanggungjawab memastikan media cetak tidak mengandungi sebarang unsur yang boleh memudaratkan ketenteraman awam, mengancam keselamatan negara dan menggugat kesejahteraan rakyat. Mengulas mengenai tanggapan pihak tertentu bahawa akta dan garis panduan yang digunapakai oleh KDN dalam mengawal penerbitan tidak lagi relevan, Zaitun menjelaskan, setiap permit dan lesen yang dikeluarkan perlulah ada garis panduannya. Antara perkara yang menyebabkan akhbar harian ditegur ialah kedudukan iklan arak dalam akhbar bukan berbahasa Malaysia, penyiaran iklan yang menyalahi undang-undang seperti iklan judi dan iklan mencari teman yang mempunyai unsur seks," katanya.

Zaitun turut menafikan dakwaan bahawa KDN mengamalkan dasar berat sebelah dalam mengambil tindakan ke atas penerbitan yang melanggar garis panduan kerana sebarang tindakan adalah berdasarkan peraturan dan undang-undang.

Secara umum, sebahagian besar daripada penerbit cuba sedaya-upaya mematuhi garis panduan KDN. Tidak dinafikan terdapat penerbitan dilihat begitu sering melanggar garis panduan, namun tidak eloklah jika saya dedahkan nama penerbitan berkenaan.

Tindakan yang dikenakan adalah secara berperingkat iaitu membuat panggilan kepada syarikat penerbitan berkenaan, menegur, memberikan peringatan, amaran dan akhir sekali surat tunjuk sebab," katanya.

Mengulas mengenai pemantauan yang dilakukan oleh KDN, jelas Zaitun, pada setiap hari bekerja, pihak KDN akan mengambil akhbar tempatan dalam semua bahasa seawal pukul 5 pagi.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ ""Garis panduan masih relevan", Utusan Online. 4 Ogos 2009". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-08-06. Dicapai pada 2010-08-04.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.