Pergi ke kandungan

Akta Parlimen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Akta Parlimen[1][2][3] ialah sebuah status (biasanya dikenali sebagai undang-undang) yang dikuatkuasakan sebagai undang-undang utama atau primer oleh suatu Parlimen kebangsaan atau sub-kebangsaan. Contohnya, di Ireland ia dikenali sebagai Akta Oireachtas, manakala di Amerika Syarikat istilah Akta Congress digunakan.

Di negara-negara Commonwealth, istilah ini digunakan di dalam kedua-dua maksud yang sempit, sebagai suatu perincian rasmi suatu undang-undang yang diluluskan di dalam wilayah yang tertentu, dan di dalam maksud yang lebih umum, ia adalah bagi undang-undang utama yang diluluskan di mana-mana negara.

Rang undang-undang

[sunting | sunting sumber]

Undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen disebut sebagai akta. Manakala sekiranya cadangan undang-undang tersebut masih dibahaskan di Parlimen serta belum diluluskan, ia disebut sebagai rang undang-undang.

Akta Parlimen adalah nama umum kepada pelbagai akta yang telah diluluskan oleh Parlimen. Contoh akta-akta yang termasuk undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen adalah di antaranya seperti berikut:

  1. Akta Kontrak
  2. Kanun Tanah Negara
  3. Akta Syarikat
  4. Kanun Keseksaan
  1. ^ "Act". Merriam-Webster. Dicapai pada 18 Ogos 2025.
  2. ^ "Act". Oxford University Press. Dicapai pada 18 Ogos 2025.
  3. ^ "House of Commons". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 18 Ogos 2025.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]