Akta Perhimpunan Aman 2012

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Akta Perhimpunan Aman 2011)
Jump to navigation Jump to search
Akta Perhimpunan Aman 2012
اكتا ڤرهيمڤونن امان 2012
Parlimen Malaysia
Suatu Akta yang berhubungan dengan hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata, dan untuk memperuntukkan sekatan-sekatan yang didapati perlu atau suai manfaat yang berhubungan dengan hak itu demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam, termasuk perlindungan hak dan kebebasan orang lain, dan untuk memperuntukkan perkara-perkara yang berkaitan.
Petikan
Negara
Digubal oleh
Tarikh diluluskan
29 November 2011
Digubal oleh
Tarikh diluluskan
20 Disember 2011
30 Januari 2012
Tarikh mula berkuat kuasa
9 Februari 2012
Tarikh kuat kuasa
23 April 2012[1]
Sejarah perundangan
Rang undang-undang diperkenalkan oleh Dewan Rakyat
Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011
Petikan rang undang-undang
D.R. 42/2011
Diperkenalkan oleh
Bacaan pertama
Bacaan kedua
Bacaan ketiga
Rang undang-undang diperkenalkan oleh Dewan Negara
Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011
Petikan rang undang-undang
D.R. 42/2011
Diperkenalkan oleh
Bacaan pertama
Bacaan kedua
Bacaan ketiga
Kertas putih
Perundangan berkaitan
Akta Polis 1967, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Akta Perhubungan Perusahaan 1967, Akta Kesatuan Sekerja 1959
Kata kunci
Kebebasan berhimpun
Status: Perundangan semasa

Akta Perhimpunan Aman 2012 (singkatan: APA 2012),[2] juga dikenali sebagai Akta 736 ialah suatu undang-undang yang mengawal selia bantahan awam dan perhimpunan aman di Malaysia. Akta ini membenarkan warga untuk menganjurkan dan turut serta dalam suatu perhimpunan dengan aman tanpa senjata, tertakluk kepada sekatan yang dianggap perlu dan demi kepentingan ketenteramandan keselamatan awam.[3]

Akta ini digubal selepas empat bulan perhimpunan Bersih 2.0 dan dua bulan selepas kerajaan mengumumkan untuk meminda Akta Polis 1967.[2][4] Ia dibentangkan di Parlimen pada 22 November 2011, diluluskan di Dewan Rakyat pada 29 November dan di Dewan Negara pada 20 Disember,[5][6][7] sebelum mendapat perkenan diraja daripada KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong pada 30 Januari 2012.

APA 2012 telah dikritik keras oleh pihak pembangkang, yang mengatakan bahawa akta tersebut akan bertindak keras terhadap hak untuk membuat bantahan daripada melindunginya.[8] Majlis Peguam dan ramai pemimpin persatuan sivil juga telah menyatakan suara membantah akta tersebut.[8][9]

Latarbelakang[sunting | sunting sumber]

Rang Undang-undang Perhimpunan Aman bertujuan mengelak berlakunya demonstrasi jalanan [10] seperti Perhimpunan Bersih 2011, Perhimpunan Hindraf 2007 dan Gerakan Mansuhkan ISA dan Gerakan Mansuh PPSMI.

Ia meliputi hak bukan sahaja kepada penganjur dan peserta untuk menyertai perhimpunan secara aman tanpa senjata malah turut mengambil kira kepentingan awam dan masyarakat setempat.

Ia dibahaskan oleh enam ahli Parlimen selama empat jam. Antaranya ialah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud), Lim Guan Eng (DAP-Bagan), Abdul Hadi Awang (PAS-Marang), Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) dan P Kamalanathan (BN-Hulu Selangor). Penggulungan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.Yang dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hanya membenarkan ahli parlimen kanan pembangkang untuk berbahas.

Ciri-ciri selepas pindaan[sunting | sunting sumber]

  1. Fasal 4 : menyatakan hak untuk menganjurkan suatu perhimpunan atau menyertai suatu perhimpunan secara aman dan tanpa senjata di bawah Akta ini tidak meluas kepada yang berikut:

(a) seseorang bukan warganegara; (b) perhimpunan yang diadakan di mana-mana tempat larangan dan dalam jarak lima puluh meter dari had tempat larangan; (c) suatu protes jalanan; (d) berhubung dengan penganjuran suatu perhimpunan, seseorang yang di bawah umur dua puluh satu tahun; dan (e) berhubung dengan penyertaan dalam suatu perhimpunan selain perhimpunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua, seseorang kanak-kanak.

  1. Fasal 8 : Seseorang pegawai polis boleh mengambil langkah yang difikirkannya perlu untuk memastikan perhimpunan berkenaan dikendalikan dengan teratur.
  2. Fasal 9(1) : Penganjur hendaklah memberi notis mengadakan perhimpunan kepada polis daripada 30 hari kepada sepuluh hari.
  3. Fasal 9(5) : Polis boleh mengenakan denda ke atas penganjur sebanyak RM10,000 sekiranya tidak mengemukakan notis untuk mengadakan perhimpunan kepada polis.
  4. Fasal 12(1) : Memendekkan tempoh untuk polis memaklumkan kepada pihak berkepentingan berhubung perhimpunan tersebut – daripada daripada 48 jam kepada 24 jam.
  5. Fasal 12(2) : Tempoh untuk pihak berkepentingan membuat bantahan kepada polis ke atas notis perhimpunan berkenaan pula dipendekkan daripada lima hari kepada 24 jam.
  6. Fasal 14 : Tempoh untuk polis memberikan respons ke atas bantahan berkenaan juga dipendekkan daripada 12 hari kepada lima hari.
  7. Fasal 15 : Pemusatan kuasa serta budibicara untuk polis mengenakan apa-apa sekatan dan syarat tambahan yang difikirkan perlu atau sesuai
  8. Fasal 16 : Memendekkan tempoh rayuan yang dikenakan ke atas penganjur perhimpunan untuk membuat rayuan kepada menteri.[11]
  9. Fasal 21 : Membolehkan polis untuk menggunakan segala kuasa serta kekerasan untuk menyuraikan sesebuah perhimpunan
  10. Fasal 21(3) : Polis boleh mengenakan denda sehingga RM20,000 berbanding denda sebanyak RM2,000 kepada individu yang ditahan dalam perhimpunan.
  11. Tempat larangan - tempat ibadat, stesen janakuasa elektrik, stesen minyak, terminal pengangkutan, tadika dan juga sekolah - lingkungan 50 meter .

Bantahan dan tempelak[sunting | sunting sumber]

  1. Pada 24 November 2011, sebuah NGO, Kempen Kebebasan Berhimpun (KKB) berkumpul di hadapan pintu pagar bangunan Parlimen. Turut serta ialah pengerusi BERSIH 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan pemimpin Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas) dan Rangkaian Rakyat Tertindas (Jerit).[12]
  2. Semua ahli Parlimen pembangkang atau Pakatan Rakyat bertindak keluar dari Dewan Rakyat kerana tidak setuju dengan RUU Perhimpunan Aman itu.Ia dianggap undang-undang 'draconian' yang zalim seperti negara Myanmar dan Zimbabwe sedangkan Perlembagaan Persekutuan membenarkan rakyat berhimpun.[13]
  3. Akta itu akan dicabar di mahkamah.ADUN Kota Alam Shah, M Manoharan dan peguam, Edmund Bon dari 'Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights' akan membawanya ke mahkamah.[14]
  4. Ia lebih teruk daripada Seksyen 27 Akta Polis. Antaranya, didakwa mengenakan sekatan yang terlalu banyak dan memberi terlalu banyak kuasa budi bicara kepada pihak polis.Denda RM20,000 terhadap peserta perhimpunan berbanding RM2,000 dalam Akta Polis, jika sabit kesalahan.
  5. Presiden Lim Chee Wee dari Majlis Peguam Malaysia menganjurkan 'perarakan peguam' atau Walk for Freedom 2 di hadapan bangunan Parlimen pada 29 November 2011, ketika rang undang-undang itu dibahaskan . Memorandum yang diiring lebih 1000 peguam, diserahkan kepada timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong dan juga ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.. Mereka berarak dari Taman Tasik Perdana. Secara sinis katanya, negara ini juga terbentuk daripada perarakan besar yang diketuai oleh Datuk Onn Jaafar pada Februari 1946.[15]
  6. Lim Chee Wee menyatakan bahawa amalan negara luar seperti United Kingdom dan Findland yang memerlukan notis lebih pendek untuk berhimpun dan langsung tidak perlu sekiranya tidak munasabah secara praktikalnya.Di Finland, hanya enam jam diperlukan. Di Malaysia, perhimpunan dalam gerakan atau perarakan kecuali perarakan pengebumian, adalah dilarang. Ini adalah keterlaluan .[16]
  7. Presiden ABIM, Amidi Abd Manan menilai undanh-undang baru ini bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin serta melindungi hak untuk warganegara mengadakan berhimpun.[17]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Peaceful Assembly Act 2012: Appointment of Date Coming into Operation" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Peguam Negara Malaysia. Dicapai 10 Mei 2012. 
  2. ^ a b "Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012)" (PDF). Jabatan Penerangan Malaysia. Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Dicapai 28 Mei 2018. 
  3. ^ "Peaceful Assembly Bill 2011 tabled for first reading". Borneo Post (dalam bahasa Inggeris). Bernama. 23 November 2011. Dicapai 23 November 2011. 
  4. ^ Hazlin Hassan (23 November 2011). "KL's Peaceful Assembly Bill gets hammered". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 23 November 2011. 
  5. ^ "Peaceful Assembly Act tabled in Parliament". The Star (dalam bahasa Inggeris). 22 November 2011. Dicapai 23 November 2011. 
  6. ^ Loh, Loon Fong (29 November 2011). "Peaceful Assembly Bill passed". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 29 November 2011. 
  7. ^ "Assembly law sails through Dewan Negara". The Malaysian Insider (dalam bahasa Inggeris). 20 Disember 2011. Diarkibkan daripada asal pada 4 Februari 2013. Dicapai 20 Disember 2011. 
  8. ^ a b "Outrage over new Malaysian protest law" (dalam bahasa Inggeris). AFP. 23 November 2011. Dicapai 23 November 2011. 
  9. ^ Alyaa Alhadjri (23 November 2011). "Civil society unhappy with bill". The Sun (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 23 November 2011. 
  10. ^ Undang-Undang Perhimpunan Aman perlu untuk elak demonstrasi
  11. ^ Bil Perhimpunan Aman dipinda hari ini
  12. ^ Bil Perhimpunan Aman cetuskan demo di Parlimen
  13. ^ Pembangkang keluar dewan bantah Bil Perhimpunan
  14. ^ Bil Perhimpunan Aman bakal dicabar di mahkamah
  15. ^ Majlis Peguam minta MP jangan undi ikut 'whip'
  16. ^ 'Perarakan peguam' pada Selasa diteruskan
  17. ^ ABIM turut bantah Bil Perhimpunan Aman

Pautan luar[sunting | sunting sumber]