Aktivisme Internet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Aktivisme Internet ialah penggunaan alatan teknologi komunikasi elektronik seperti media sosial dan e-mel dalam pelbagai bentuk aktivisme untuk membolehkan komunikasi yang lebih pantas dan berkesan oleh gerakan sivil, penyampaian maklumat secara efektif kepada kelompok besar dan terkhusus. Teknologi Internet digunakan bagi kutipan dana khalayak, pembangunan masyarakat, pelobian, dan pengurusan organisasi. Kempen aktivisme digital merupakan "usaha awam yang teratur yang membuat tuntutan kolektif terhadap pihak berkuasa sasaran, di mana pemula atau penyokong sivil menggunakan media digital."[1] Penyelidikan telah mula menghurai secara khusus bagaimana kumpulan aktivis serta penyokong di tempat-tempat seperti Amerika[2] dan Kanada[3] menggunakan media sosial untuk mencapai objektif aktivisme digital.

Aktivisme Internet telah menyebabkan peningkatan tindakan kolektif dalam kalangan masyarakat seperti yang diketengahkan oleh Postmes dan Brunsting (2002), yang menemui kecenderungan dalam kalangan pengguna Internet untuk bergantung pada keanggotaan kumpulan yang diinternalisasi serta identiti sosial untuk mencapai penglibatan sosial secara dalam talian.[4] Internet "dibuat khusus kepada gerakan populis dan pemberontak," kata Joe Trippi[5] yang menguruskan kempen kepresidenan Howard Dean pada 2004.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Edwards, Frank, Philip N. Howard, and Mary Joyce. Digital Activism and Nonviolent Conflict. The Digital Activism Research Project". digital-activism.org. November 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-15. Dicapai pada 2021-08-09.
  2. ^ Obar, Jonathan; dll. (2012). "Advocacy 2.0: An Analysis of How Advocacy Groups in the United States Perceive and Use Social Media as Tools for Facilitating Civic Engagement and Collective Action". Journal of Information Policy. SSRN 1956352.
  3. ^ Obar, Jonathan (2014). "Canadian Advocacy 2.0: A Study of Social Media Use by Social Movement Groups and Activists in Canada". Canadian Journal of Communication. 39 (2). doi:10.22230/cjc.2014v39n2a2678. SSRN 2254742.
  4. ^ "Towards cyberactivism 2.0? Understanding the use of social media and other information technologies for political activism and social movements".
  5. ^ "Citizen 2.0: How the Internet Shapes Citizen Participation". Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-02-04.