Aku.Muzik.Kamu (album)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Aku.Muzik.Kamu
Album studio oleh Faizal Tahir
Dikeluarkan pada22 November 2007
Dirakam pada2006 - 2007
GenreBalada, Rock, pop rock
SyarikatMonkey Bone Records/EMI
PenerbitFaizal Tahir, Audi Mok, Kuncidemak, Omar K, Aubrey Suwito, Tessh RS, Ahmad Izham Omar
Kronologi Faizal Tahir
Aku.Muzik.Kamu
(2007)
Adrenalin
(2010)
Single daripada album Aku.Muzik.Kamu
  1. "Mahakarya Cinta"
    Dikeluarkan pada: 2007
  2. "Batu & Golek"
    Dikeluarkan pada: 2007
  3. "Gemuruh"
    Dikeluarkan pada: 2007
  4. "Sampai Syurga"
    Dikeluarkan pada: 2008
  5. "Kerna Kamu"
    Dikeluarkan pada: 2008
  6. "Cuba"
    Dikeluarkan pada: 2008

Aku.Muzik.Kamu merupakan album sulung Faizal Tahir. Album ini keluar di pasaran sejak 22 November 2007, dengan menampilkan 13 runut lagu gubahan sendiri beliau bersama Audi Mok, Kuncidemak, Omar K, Aubrey Suwito, Tessh RS, dan Ahmad Izham Omar, termasuk versi orkestra Mahakarya Cinta, dan single asli pertama dari album ini, Batu & Golek (iaitu terjemahan bagi ungkapan "Rock n' Roll"). Album Aku.Muzik.Kamu diterbit oleh Monkey Bone Records yang diketuai Ahmad Izham Omar, juga ketua operasi 8TV.

Selepas empat bulan di pasaran, Aku.Muzik.Kamu dilaporkan mencecah jualan 10,000 ribu unit, meskipun reputasi Faizal tercalar kerana melanggar peraturan adab televisyen dengan membuka baju apabila membuat persembahan bersiaran langsung di konsert ulang tahun 8TV Januari lalu yang menyebabkan beliau dilarang muncul di kaca TV selama tiga bulan.

Senarai Runut[sunting | sunting sumber]

# Judul Lagu Komposer Masa
1 "Invitation (Intro)" Audi Mok, Faizal Tahir 0:38
2 "Batu & Golek" Audi Mok, Faizal Tahir 3:27
3 "Kerna Kamu" Audi Mok, Faizal Tahir 3:40
4 "Aku Punya Kamu" Audi Mok 4:31
5 "Sempurna" Omar K 3:59
6 "Cuba" Audi Mok, Faizal Tahir 4:13
7 "Sampai Syurga" Audi Mok, Faizal Tahir, Ahmad Izham Omar 3:59
8 "La Da Di Dum" Audi Mok, Faizal Tahir 3:40
9 "Mungkin Ku Tak Bisa" Kuncidemak 3:48
10 "Mestikah Ada Yang Lain" Kuncidemak 4:16
11 "Mahakarya Cinta (Versi Orkestra)" Audi Mok 3:14
12 "Sampai Syurga (Akustik)" Audi Mok 3:56
13 "Gemuruh" Aubrey Suwito 2:54

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Karya Tercalon Keputusan
2007 Anugerah Juara Lagu Balada Mahakarya Cinta Dicalonkan
Anugerah Era Lagu Rock Pilihan Mahakarya Cinta Menang
2008 Anugerah Industri Muzik Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Lelaki) Menang
Rakaman Album Terbaik Dicalonkan
Album Rock Terbaik Menang
Susunan Muzik Terbaik di dalam Lagu (Bukan Bahasa Malaysia) La Da Di Dum Dicalonkan
Lagu Terbaik Mahakarya Cinta Dicalonkan
Album Terbaik Menang
Anugerah Juara Lagu Balada Cuba Dicalonkan
Sampai Syurga Menang
Persembahan Terbaik Menang
Vokal Terbaik Menang
Anugerah Planet Muzik Artis Baru Lelaki Terbaik Menang
2009 Anugerah Industri Muzik Video Muzik Terbaik Sampai Syurga Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]