Aku Anak Timur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Novel Aku Anak Timur karya Siti Aminah Haji Yusof ialah salah satu novel tahap PMR di Malaysia. Di dalamnya tergambar pelbagai latar belakang tentang masyarakat.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Novel ini mengisahkan perjalanan dan pengembaraan Zarina dengan ibunya, Ros dan adiknya Rizal ke Belanda. Tujuan pengembaraan tersebut adalah untuk bertemu dengan ayahnya, Encik Ali yang bekerja di Universiti Leiden, Belanda. Di Belanda, Zarina berpeluang melawat beberapa tempat menarik seperti Amsterdam, Pelabuhan Rotterdam, dan beberapa kawasan bunga serta kawasan pertanian. Zarina dan keluarganya juga melawat negara Perancis, London dan Jerman. Dia sempat berkenalan dengan pemuda dari Belanda yang bernama Niek Van Hoeve. Zarina tertarik dengan Niek kerana kefasihannya bertutur di dalam Bahasa Melayu dialek Indonesia.