Aku Bidadari Syurgamu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Aku Bidadari Syurgamu"
Single oleh Siti Nurhaliza
daripada album ManifestaSITI2020
Dikeluarkan pada2 Julai 2020
FormatMuat turun digital, media penstriman
GenreBalada
Panjang3:55
SyarikatSiti Nurhaliza Productions, Universal Music Malaysia
PenulisIppo Hafiz, Siti Rosmizah Semail
PenerbitIppo Hafiz
Kronologi single Siti Nurhaliza
"Basyirah"
(2020)
"Aku Bidadari Syurgamu"
(2020)
"Siapa Tak Mahu"
(2020)

"Aku Bidadari Syurgamu" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh penyanyi wanita Malaysia, Siti Nurhaliza, dikeluarkan pada 2 Julai 2020 sebagai single keenam dari album studio ke-18 beliau, ManifestaSITI2020 (2020) dan sebagai lagu tema siri drama 7 Hari Mencintaiku 2.[1] Ia dicipta oleh Ippo Hafiz dengan lirik ditulis oleh Siti Rosmizah Semail dan diterbitkan oleh Ippo Hafiz. Sebuah muzik video telah diterbitkan bagi mempromosikan single ini, diarahkan oleh Amir Johari.[2]

Rakaman[sunting | sunting sumber]

Berita mengenai rakaman lagu itu timbul apabila Ippo Hafiz mendedahkan beliau menunggu hampir sedekad untuk bekerjasama dengan Siti. Beliau berkata dalam satu temuramah bersama Berita Harian: "Siapa tak pernah tertawan mendengar lenggok lantunan Siti. Saya sudah lama menyimpan hasrat mencipta lagu untuk beliau. Ia akhirnya jadi kenyataan biarpun hampir 10 tahun menunggu".[3] Menurut Ippo, beliau telah menghantar demo lagu tersebut kepada Siti, namun ditolak sebelum menerima semula demo itu.[4]

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Muzik video rasmi untuk "Aku Bidadari Syurgamu" telah dikeluarkan di saluran YouTube rasmi Siti Nurhaliza pada 22 Julai 2020. Diarahkan oleh Amir Johari, ia mengisahkan pengorbanan seorang anak perempuan terhadap bapanya sehingga ke akhir hayat.[2] Ia telah mencapai jumlah tontonan hampir 100,000 kali sejak dilancarkan.[2] Sehingga 3 September 2020, muzik video "Aku Bidadari Syurgamu" berjaya meraih jumlah tontonan sebanyak 7.3 kali pada jam 5 petang.[4]

Ulasan kritis[sunting | sunting sumber]

Dalam ulasan retrospektif beliau mengenai ManifestaSITI2020 di Malaysiakini, Hania Rafei berkata mengenai "Aku Bidadari Syurgamu": "Mendengar lagu yang liriknya ditulis oleh Siti Rosmizah sebenarnya sedap didengar namun bukan pada tahap yang luar biasa. Cukuplah sekadar pelengkap lagu-lagu yang meruntun jiwa dengan penulisan lirik yang begitu terus-terang mesejnya,".[5]

Format dan senarai runut[sunting | sunting sumber]

Muat turun dan penstriman digital[6][7]
  1. "Aku Bidadari Syurgamu" – 3:55

Persembahan carta[sunting | sunting sumber]

Carta (2020) Kedudukan
carta
Carta RIM (Domestik)[8] 1
Carta RIM (International and Domestic)[9] 3
Carta 40 Suria FM 1
Carta ERA 40 1
Muzik Muzik 35 1

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Norfaezah Sakri (3 Julai 2020). "Siti Nurhaliza lega ManifestaSITI2020 lancar selepas tiga bulan tertangguh - "Hikmahnya saya dapat rakam sampai puas hati"". mStar Online. Dicapai pada 4 Julai 2020.
  2. ^ a b c Amri Hassan (23 Julai 2020). ""Mesej deep, visual lawa" - Muzik video Aku Bidadari Syurgamu meruntun hati". Astro Gempak. Dicapai pada 16 September 2020.
  3. ^ Zaidi Mohamad (9 Julai 2020). Sepuluh tahun menanti Siti Nurhaliza Berita Harian. Dicapai pada 9 Julai 2020.
  4. ^ a b "Cipta sejarah! Lagu Siti Nurhaliza 'Aku Bidadari Syurgamu' capai 7.3 tontonan di YouTube". Kita Reporters. 3 September 2020. Dicapai pada 16 September 2020.
  5. ^ Hania Rafei (6 Julai 2020). "ManifestaSiti2020 tak kurang beza dengan album 14 tahun lalu". Malaysiakini. Dicapai pada 9 Julai 2020.
  6. ^ "ManifestaSITI2020, album by Siti Nurhaliza". iTunes Store (MY). Apple. 3 Julai 2020. Dicapai pada 3 Julai 2020.
  7. ^ "ManifestaSITI2020 by Siti Nurhaliza". Spotify. 3 Julai 2020. Dicapai pada 3 Julai 2020.
  8. ^ RIM (30 July 2020). "RIM CHARTS Top 10 Most Streamed Domestic Singles in Malaysia". RIM.org.my. Dicapai pada 17 September 2020.
  9. ^ RIM (13 August 2020). "RIM CHARTS Top 20 Most Streamed International and Domestic Singles in Malaysia". RIM.org.my. Dicapai pada 17 September 2020.