Aku Bukan Ustazah
Aku Bukan Ustazah ialah sebuah drama televisyen Malaysia 2024 terbitan Global Station Sdn. Bhd. yang diarahkan oleh Idora Abdul Rahman. Ia dibintangi oleh MK K-Clique, Erysha Emyra dan Zahiril Adzim. Musim pertama untuk siri ini bersiaran pada 3 Mei hingga 11 Jun 2024 di Slot Akasia, TV3 menggantikan Wanita Syurga dan digantikan oleh Dua Darjat.[1] Musim kedua pula bersiaran pada 10 Mei hingga 2 Ogos 2025 di Slot Lestary, TV3 menggantikan Keluarga Itu dan digantikan oleh Boleh Saya Bantu? 2.[2]
| Aku Bukan Ustazah | |
|---|---|
| Genre | Melodrama Cinta Agama Misteri |
Berdasarkan daripada | Aku Bukan Ustazah karya Lyna Masud |
| Ditulis oleh |
|
| Pengarah | Idora Abdul Rahman |
Dibintangi oleh | |
| Lagu pembukaan |
|
| Lagu penutup |
|
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Bilangan musim | 2 |
| Bilangan episod | 63 |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif | Dato Zaiton Muhd Jiwa |
| Penerbit |
|
| Penyunting | Global Post |
| Tempoh siaran | 43 minit |
Syarikat penerbitan | Global Station Sdn Bhd |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | TV3 (Slot Akasia - musim 1 / Slot Lestary - musim 2) Tonton Netflix |
| Format gambar | |
| Format audio | Dolby Digital |
| Siaran asal | 3 Mei 2024 – 2 Ogos 2025 |
| Status |
|
| Kronologi | |
| Mengikuti | |
| Diikuti oleh | |
Ringkasan siri
[sunting | sunting sumber]| Siri | Episod | Tayangan asal | |||
|---|---|---|---|---|---|
| Tayangan pertama | Tayangan terakhir | ||||
| 1 | 28 | 3 Mei 2024 | 11 Jun 2024 | ||
| 2 | 35 | 10 Mei 2025 | 2 Ogos 2025 | ||
Musim 1 (2024)
[sunting | sunting sumber]Drama ini mengisahkan perjalanan seorang gadis bernama Aminah (Erysha Emyra) yang mengenakan niqab, tetapi berpaling dari pegangan agamanya akibat fitnah manusia.
Akibat tindakan seorang lelaki bernama Adam (MK K-Clique), martabatnya sebagai seorang niqabis tercalar dan diinjak-injak, menyebabkan dia bertekad untuk mencari jalan hidupnya sendiri.
Dari situlah bermula perjalanan hidupnya bersama teman-teman yang memiliki keyakinan yang berbeza. Aminah hampir terjerumus ke dalam lembah kesalahan akibat perasaannya yang terkeliru.
Dia pun membuat keputusan untuk mengubah dirinya, menanggalkan identiti "Aminah" dan mengambil nama baru, "Miya". Dalam perjalanan ini, dia akan menemukan cinta sejati dan menghadapi konflik dalam hubungan serta ujian keimanan.
Cabaran demi cabaran datang apabila Aminah berusaha membimbing teman-temannya keluar dari kegelapan hidup mereka.
Sementara itu, Adam dan Omar (Zahiril Adzim), dua pemuda dengan latar belakang hidup yang sangat berbeza, masing-masing berusaha merebut cinta Aminah.
Adam adalah seorang pemilik kelab malam yang hidupnya penuh dengan dosa, manakala Omar adalah seorang doktor lulusan universiti di Mesir yang sangat menjaga agama dan prinsip hidupnya.
Di antara kedua pemuda ini, hanya satu yang paling dekat dengan Aminah, namun dia sering menyangkal perasaannya sendiri.
Akankah Aminah berjaya membantu teman-temannya keluar dari kegelapan hidup mereka? Dan mampukah Adam mencintai Aminah meskipun jauh dari agama?
Apakah kesudahan bagi cinta seorang niqabis ini?
Musim 2 (2025)
[sunting | sunting sumber]Aminah (Erysha Emyra) dan Adam (MK K-Clique) melalui fasa yang bahagia melayari rumah tangga bersama anak mereka, Raykal, sambil menanti kelahiran cahaya mata kedua. Namun, hidup Aminah dan Adam kembali diuji apabila bayi dalam kandungannya gugur. Aminah depresi hingga meminta Adam menceraikan Aminah. Omar (Zahiril Adzim) muncul semula, menghidupkan luka lama yang belum sembuh sepenuhnya. Adakah kembalinya Omar dengan niat yang tulus, atau terselit agenda jahat di sebalik tutur katanya yang manis?
Seiring perjalanan waktu, Aminah didapati menghadapi tekanan yang bertubi-tubi, hingga terperangkap dalam pergolakan jiwanya sendiri. Ditambah lagi Adam yang pergi untuk selama-lamanya. Di saat dia hampir rebah, muncul pula seorang doktor, iaitu Dr. Syafiq (Nabil Aqil), yang hadir sebagai sinar harapan dan berusaha membimbingnya kembali ke jalan pemulihan. Dr. Syafiq berjaya menyakinkan Ustaz Ahmad (Walid) untuk menerima dia sebagai pengganti arwah Adam demi kebahagiaan anak dan cucunya. Apakah niat sebenar Dr. Syafiq beria-ria memujuk untuk berkahwin dengan Aminah. Dapatkah Sam / Salmah (Shaza Bae) dan Omar membongkarkan niat sebenar Dr. Syafiq pada Aminah.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- MK K-Clique sebagai Adam (musim 1–2), seorang pemilik kelab malam kemudian menjadi pemilik syarikat Tuan Hamid dan suami kepada Aminah "Miya". (Episod 1-28)
- Erysha Emyra sebagai Aminah / Miya (musim 1–2), seorang graduan di salah sebuah universiti yang memakai Niqab namun meninggalkan kerana peristiwa dengan Adam di saat awal perkenalan namun Aminah menolak permintaan Adam untuk mengahwininya langsung berkawin dengan Omar tetapi tidak berpanjangan.Dia lahir daripada keluarga beragama dan seorang keras kepala mengikut emosi. (Episod 1-28)
- Zahiril Adzim sebagai Dr. Omar (musim 1–2), Seorang graduan doktor dari sebuah universiti di Mesir yang menyukai Aminah namun selepas berkahwin dengan dia Omar melakukan penderaan secara diam terhadap Aminah dan Zahira (isteri kedua "skandal". Omar ditahan oleh polis atas kesalahan mendera Zahirah.
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Husna Mustaffa sebagai Zahirah (musim 1), Isteri kedua kepada Omar yang bekerja sebagai Staf Jururawat di tempat kerja Omar tetapi bercerai selepas berlaku penderaan dilakukan oleh Omar (Episod 14-25)
- Shaza Bae sebagai Sam / Salmah (musim 1–2), Seorang tomboi namun bersikap positif dan berkawan dengan Aminah.
- Qistina Khaled sebagai Zaza (musim 1), Kawan kepada Sally, Aminah dan Sam. (Antagonist #2) seorang melakukan perbuatan jahat, Zaza mati dalam kemalangan bersama Sally ketika cuba menggangu Adam dan Aminah.
- Haneesya Hanee sebagai Salimah / Sally (musim 1–2), bekas teman wanita Adam dan berdendam dengan Aminah malah suka ikut emosi dan tidak boleh terima kenyataan (Antagonist utama). Beliau cedera parah selepas dilanggar semasa cuba menggangu Adam dan Aminah di Pulau Pinang kemudian hilang ingatan.
- Danial Dashuki sebagai Anas (musim 1), Kawan kepada Adam dan Pembantu Peribadi Tuan Hamid
- Fikhree Bakar sebagai Ustaz Aslam "Along" "Abi" (musim 1–2), Abang sulung kepada Azhar dan Aminah juga anak kepada Ustaz Ahmad & Ustazah Fatimah , bapa kepada Dahlia. Seorang mudhir di madrasah milik keluarganya dan duda serta mempunyai fikiran positif.
- Ahmad Syafiq sebagai Ustaz Azhar "Angah", abang no 2 kepada Aminah (musim 1–2), kawan Omar dan suami Haziqah. Seorang mudah terpedaya.
- Syad Mutalib sebagai Ustazah Haziqah (musim 1–2), Kawan kepada Aminah dan isteri kepada Azhar. Bersikap judgemental, tikam dalam diam.
- Razak Ahmad sebagai Ustaz Ahmad "Walid" (musim 1–2), pengetua madrasah dan Bapa kepada Aslam, Azhar, Aminah dan mentua kepada Adam, Omar (bekas Menantu) dan Haziqah
- Azhar Sulaiman sebagai Tuan Hamid (musim 1–2), Ayah kepada Adam dan mentua kepada Aminah yang juga pemilik syarikat pembinaan
- Mas Anizan sebagai Puan Habibah (musim 1–2), Isteri Tuan Hamid dan Ibu kepada Adam & mentua kepada Aminah
- Fadilah Mansor sebagai "Ummi" Ustazah Fatimah (musim 1–2), Ibu kepada Aminah, Adam (Menantu), Omar (bekas) dan isteri Ustaz Ahmad
- Eva Elnufa sebagai Dahlia (musim 1–2), anak Ustaz Aslam.
- Qistina Rania sebagai Ustazah Hawa (musim 2), Isteri kedua kepada Ustaz Azhar.
- Rayyan Mikail sebagai Firdaus (musim 2), anak Ustazah Haziqah dan Ustaz Ahzar.
- Nabil Aqil sebagai Dr. Syafiq (musim 2)
- Zarynn Min sebagai Kak Tipah (musim 2)
- Penampilan khas
- Amin Idris sebagai dirinya sendiri (musim 1), Kawan kepada Ustaz Aslam "Along"
Runut bunyi
[sunting | sunting sumber]- "Hening Rindu" - Marsha Milan
- "Kekasih Untukku" - Nubhan
- "Arah Cinta" - Siti Nordiana
- "Terus Bersinar" - Hafiz Suip
- "Pejam" - Khai Bahar & Adira Suhaimi
- "Milik Kita" - Adira Suhaimi
Trivia
[sunting | sunting sumber]- Lagu Hening Rindu nyanyian Marsha Milan adalah ciptaan Ikhwan Fatana dan diterbitkan oleh Alternate Music, Lagu ini dinobatkan sebagai pemenang anugerah muzik terkemuka Malaysia, Anugerah Juara Lagu ke-39 pada 16 Februari 2025.
- MK K-Clique dan Emysha dunia nyata adalah ipar kerana MK berkahwin dengan kakak tiri beliau Siri Hajar Noordin. Dan mereka berdua bersikap professional sepanjang terlibat drama ini
- Watak Omar dimainkan oleh Zahiril Adzim mendapat kecamaan daripada penonton namun beliau berkata wataknya suka dan mendapat pujian.
- Adegan Omar (Zahiril) dan Aminah (Emysha) telah diparodikan untuk promosi produk Pak Mat Western bersama isteri Zahiril iaitu Sheira Ayob yang juga pelakon.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Drama Aku Bukan Ustazah Myinfotaip. Dicapai pada 4 November 2025.
- ^ Drama Aku Bukan Ustazah 2 Myinfotaip. Dicapai pada 4 November 2025.