Aku Bukan Ustazah (musim 2)
Musim kedua Aku Bukan Ustazah, juga dikenali drama Aku Bukan Ustazah 2. Ia dibintangi oleh Erysha Emyra, MK K-Clique, Zahiril Adzim dan Nabil Aqil. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Lestary, TV3 pada 10 Mei hingga 2 Ogos 2025 menggantikan Keluarga Itu dan digantikan oleh Boleh Saya Bantu? 2.[1]
| Aku Bukan Ustazah | |
|---|---|
| Musim 2 | |
| Dibintangi oleh | |
| Negara asal | Malaysia |
| Bil. episod | 35 |
| Keluaran | |
| Rangkaian | TV3 |
| Tarikh siaran | 10 Mei – 2 Ogos 2025 |
| Kronologi musim | |
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Aminah (Erysha Emyra) dan Adam (MK K-Clique) melalui fasa yang bahagia melayari rumah tangga bersama anak mereka, Raykal, sambil menanti kelahiran cahaya mata kedua. Namun, hidup Aminah dan Adam kembali diuji apabila bayi dalam kandungannya gugur. Aminah depresi hingga meminta Adam menceraikan Aminah. Omar (Zahiril Adzim) muncul semula, menghidupkan luka lama yang belum sembuh sepenuhnya. Adakah kembalinya Omar dengan niat yang tulus, atau terselit agenda jahat di sebalik tutur katanya yang manis?
Seiring perjalanan waktu, Aminah didapati menghadapi tekanan yang bertubi-tubi, hingga terperangkap dalam pergolakan jiwanya sendiri. Ditambah lagi Adam yang pergi untuk selama-lamanya. Di saat dia hampir rebah, muncul pula seorang doktor, iaitu Dr. Syafiq (Nabil Aqil), yang hadir sebagai sinar harapan dan berusaha membimbingnya kembali ke jalan pemulihan. Dr. Syafiq berjaya menyakinkan Ustaz Ahmad (Walid) untuk menerima dia sebagai pengganti arwah Adam demi kebahagiaan anak dan cucunya. Apakah niat sebenar Dr. Syafiq beria-ria memujuk untuk berkahwin dengan Aminah. Dapatkah Sam / Salmah (Shaza Bae) dan Omar membongkarkan niat sebenar Dr. Syafiq pada Aminah.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- MK K-Clique sebagai Adam
- Erysha Emyra sebagai Aminah / Miya
- Zahiril Adzim sebagai Dr. Omar
- Nabil Aqil sebagai Dr. Syafiq (Ep 8–35)
- Qistina Rania sebagai Ustazah Hawa
- Shaza Bae sebagai Sam / Salmah
- Haneesya Hanee sebagai Sally / Salimah
- Fikhree Bakar sebagai Ustaz Aslam (Along)
- Azhar Sulaiman sebagai Tuan Hamid (Papa Adam)
- Mas Anizan sebagai Puan Habibah (Mama Adam)
- Razak Ahmad sebagai Ustaz Ahmad (Walid)
- Fadilah Mansor sebagai Ustazah Fatimah (Ummi)
- Ahmad Syafiq sebagai Ustaz Azhar (Angah)
- Syad Mutalib sebagai Ustazah Haziqah (Jiqa)
- Zarynn Min sebagai Kak Tipah
- Eva Elnufa sebagai Dahlia
- Rayyan Mikail sebagai Firdaus
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Drama Aku Bukan Ustazah 2 Myinfotaip. Dicapai pada 4 November 2025.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]| TV3: Slot Lestary, Jumaat—Ahad, 9:00 malam | ||
|---|---|---|
| Sebelumnya | Aku Bukan Ustazah 2 | Berikutnya |
| Keluarga Itu | Boleh Saya Bantu? 2 | |