Aku Kaya (telemovie)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aku Kaya
PengarahMurali Abdullah
PenulisMariana Hashim
Dihasilkan olehMariana Hashim Frankie Cheah
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Boommax Sdn Bhd & A&A Pictures Sdn Bhd
Tarikh tayangan
  • 2002 (2002)
Masa tayangan
108 minutes (1jam 48 minit)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Telemovie/telefilem yang diterbitkan terus pada format VCD lakonan kumpulan Aku Kaya ini diterbitkan pada tahun 2002. Menampilkan trio Aku Kaya yang terdiri daripada bekas anggota Senario, Hamdan Ramli, Ilya Buang dan Yassin Yahya.

Aku Kaya mengisahkan tiga adik-beradik yatim piatu; Yassan, Yassun dan Yassin. Sebagai abang yang lebih tua, Yassan dan Yassun berniaga ayam di pasar untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga. Sementara Yassin yang bongsu bertindak sebagai orang yang mengendalikan hal ehwal rumahtangga. Insiden-insiden yang melucukan terjadi apabila permohonan Yassin untuk menyertai rancangan kuiz "Aku Kaya" diterima. Banyak halangan dan dugaan yang terpaksa ditempuhi oleh mereka tiga beradik. Mampukah Yassan, Yassun dan Yassin menghadapi semua rintangan yang ada? Berjayakah Yassin membawa pulang wang tunai bernilai RM1 juta yang ditawarkan kepada pemenang tunggal "Aku Kaya"?[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Yassin anak bongsu dari tiga beradik, mereka anak yatim piatu yang sudah tiada bapa dan ibu. Untuk menyara hidup, Yassan dan Yassun bekerja sebagai penjual ayam di pasar. Mereka bersaing menjual ayam dengan jiran mereka, Pak Yop (Ahmad Busu) dan Pak Din (Zaibo). Mereka saling berebut cinta anak Pak Yop iaitu Leha (Jeslina Hashim), Yassin walaupun tidak mempunyai pelajaran tinggi dia sering mendapat markah tinggi apabila meneka jawapan dalam satu program uji minda di TV, Aku Kaya.

Satu hari Yassin mendapat tawaran untuk menyertai program itu dan dia membawa abang-abangnya sekali untuk bersama-sama dia. Sepanjang perjalanan ke Kuala Lumpur mereka diuji berbagai malang. Mereka meminta pertolongan dari sekumpulan pemuda (kumpulan X Factor) tetapi mereka sebenarnya perompak. Tiga bersaudara itu hilang lori mereka dan mereka akhirnya berjaya ke KL dengan menumpang kereta 2 orang gadis.

Sampai ibukota mereka diuji lagi apabila diberitahu kelab dangdut yg mereka kunjungi itu mempunyai ramai pondan & mak nyah. Mereka akhirnya diberkas polis. Keluar saja dari balai, mereka yang tiada hala tuju itu dirompak pula oleh sepasang adik beradik yang berbapakan Rompak. Mereka dirompak dan habis wang dan pakaian mereka dibawa pergi. Mereka merampas pakaian 3 orang warga asing yang mabuk.

Mereka terjumpa lanun cetak rompak menjual vcd haram, mereka bertanyakan jika ada cerita berkenaan ayam. Tetapi mereka sebenarnya sedang berunding dengan Badan Basmi Cetak Rompak BBCR (Kumpulan Def Gab C) dan akhirnya dibawa ke balai. Disebabkan mereka tiada wang dan lapar, akhirnya mereka membuat 1 helah dengan meletakkan lipas di nasi kandar, tetapi tauke kedai (Imuda) tidak percaya dan menghalau mereka. Merayau-rayau dan akhirnya bertemu dengan bapa ayam (Douglas Lim) sindiket pelacuran, disebabkan tidak biasa dengan ayat-ayat double meaning bapa ayam, mereka akhirnya ditahan dan dibawa ke balai. Kali ketiga mereka ditahan polis dalam masa 1 malam. Ini kali pertama ketua balai Tuan Ramli (Jalalludin Hassan) bertemu kes orang ditahan 3 kali dalam 1 malam sepanjang 35 tahun dia berkhidmat dengan PDRM.

Mereka akhirnya dibebaskan dan dibawa ke hotel untuk menginap setelah dibebaskan hasil jasa baik Tuan Ramli yang menghubungi Cik Rina, wakil perhubungan awam dari pihak produksi Aku Kaya. Esoknya mereka bersiap untuk ke pertandingan itu. Yassin berjaya menang dan 1 juta menjadi milik mereka.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Garis Masa[sunting | sunting sumber]

Disebabkan vcd ini mendapat sambutan hangat dan terjual melebihi 100 000 unit, Aku Kaya The Movie dikeluarkan dan ditayangkan di pawagam pada tahun 2003. Sebelum Aku Kaya Giler, filem ketiga dalam trilogi Aku Kaya dikeluarkan dalam format vcd tahun 2004.lagu leha nyayian dari kumpulan aku kaya

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-30. Dicapai pada 2018-05-08.