Pergi ke kandungan

Aku Pilih Bahagia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aku Pilih Bahagia
Genre
Berdasarkan daripada
Aku Pilih Bahagia karya Umie Nadzimah
Ditulis olehBaizura Kahar
PengarahBade Hj. Azmi
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Kau Yang Bertakhta" oleh Sarah Suhairi
Lagu penutup"Kau Yang Bertakhta" oleh Sarah Suhairi
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod30
Penerbitan
PenerbitDato Zaiton Mohd Jiwa
Tempoh siaran45 minit
Syarikat penerbitan
Global Station
Penyiaran
Saluran asalTV1 (Slot Widuri)
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal3 April 2022 – 2 Mei 2022
Kronologi
MengikutiNurlaila
Diikuti olehJuliet

Aku Pilih Bahagia merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Bade Hj Azmi di bintangi oleh Emma Maembong, Alvin Chong, Fizz Fairuz dan Bella Dally. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Widuri TV1 bermula 3 April 2022 menggantikan Nurlaila. [1]

Kisah 3 orang wanita iaitu Dhiya, Inas dan Arneesa yang mengalami masalah rumah tangga. Mereka bangun memulakan hidup baru demi kebahagiaan sendiri.

Dhiya isteri yang disayangi, bukan yang dicintai. Empat tahun rumah tangga mereka sangat bahagia sehinggalah muncul Humaira, bekas tunang alias cinta pertama Aidan. Keluarga Aidan pula meletakkan kesalahan di atas bahu Dhiya kerana masih tak mampu lahirkan zuriat untuk suami. Tak mahu terus didera mentalnya, Dhiya mohon untuk undur diri. Namun tidak mudah untuk Dhiya melalui hari-hari tanpa Aidan. Dia hilang arah, kecewa dan terlalu mengharap Aidan kembali.

Berkat sokongan keluarga dan lebih-lebih lagi Dzikri, Dhiya bangkit semula untuk mulakan hidup baru. Berhijrah ke tempat yang jauh, rancang sesuatu untuk terus melupakan kesakitan lalu disamping membantu sepupunya, Inas yang turut mengalami nasib yang sama. Dhiya berkenalan dengan Arneesa yang ditindas suami dan keluarga mentua. Mereka jadi sangat rapat dan saling membantu serta menyokong antara satu sama lain.

Selepas melalui fasa getir, Dhiya semakin bahagia dan bertambah sempurna dengan kehadiran Maream. Dzikri melamar Dhiya untuk dijadikan isteri setelah berbelas-belas tahun menunggu masa yang sesuai. Apakah jawapan Dhiya? Dhiya tahu yang Arneesa terlalu menaruh harapan pada Dzikri. Malahan Arneesa itu seorang wanita yang lebih teruk deritanya berbanding Dhiya. Bermakna Arneesa lebih memerlukan lelaki sebaik Dzikri sebagai pelindung. Aidan dan keluarganya juga muncul semula untuk memujuk Dhiya kembali kepada mereka, sementelah Maream itulah satu-satunya penyambung keturunan yang ditunggu-tunggu.

Siapakah pilihan Dhiya untuk terus mencipta bahagia? Dzikri Hafiy yang telah banyak berkorban untuknya atau menerima semula Aidan, ayah kandung Maream? Dan bagaimanakah pula nasib serta jodoh Arneesa? Dia pun ingin bahagia dengan lelaki yang dicintai.

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]
  • Emma Maembong sebagai Dhiya, Isteri Dzikri Hafiy & Anak Zahra & Dahlan & Bekas Tunang Aidan & Mama Maream
  • Alvin Chong sebagai Dzikri Hafiy, Suami Dhiya & Bapa Angkat Maream
  • Fizz Fairuz sebagai Aidan, Suami Humaira & Anak Rahmah & Roslan & Bekas Tunang Dhiya & Bapa Kandung Maream
  • Nabilah Dally sebagai Humaira, Isteri Aidan & Menantu Roslan & Rahmah

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]
  • Rahhim Omar sebagai Roslan, Ayah Aidan & Bapa Mertua Humaira
  • Raja Azmi sebagai Rahmah, Mak Aidan & Mak Mertua Humaira
  • Nadya Syahera sebagai Arneesa Isteri Farhan & Mama Kepada Riqky & Rayqal & Kakak Ipar Ucu & Kawan Baik Dhiya
  • Yaya Maembong sebagai Inas, Anak Kandung Mak Long & Anak Saudara Zahra
  • Meor Mohd sebagai Farhan, Suami Arneesa & Ayah Kepada Riqky & Rayqal
  • Farra Zainuddin sebagai Najah, Kawan Baik Dhiya
  • Eliza Mustafa sebagai Zahra, Mak Kandung Dhiya & Nenek Maream
  • Jeff Hassan sebagai Dahlan, Ayah Kandung Dhiya & Atuk Maream
  • Maryam Annisa sebagai Maream, Anak Dhiya & Aidan
  • Siti Ruwiyani sebagai Mak Long, Mak Kandung Inaz & Mak Saudara Dhiya
  • Zidri Mikail sebagai Riqky, Anak Kandung Arneesa & Farhan
  • Aidan Razeen sebagai Rayqal, Anak Kandung Arneesa & Farhan
  • Hashim Osman sebagai Majid Jering
  • Draman Muhammad sebagai Ayah Humaira & Bapa Mertua Aidan
  • Ayu Azlina sebagai Mak Humaira, Mak Mertua Aidan
  • Adiba Yunus sebagai Ucu, Adik Kandung Farhan & Adik Ipar Arneesa
  • Imran Ashraff sebagai Abang Dhiya
  1. ^ Drama Aku Pilih Bahagia. MyInfoTaip. Dicapai 2 April 2022