Aku Pilih Kamu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aku Pilih Kamu
PengarahEyra Rahman
Dihasilkan olehDavid Teo
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
14 November 2013
Masa tayangan
75 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Aku Pilih Kamu merupakan sebuah filem drama romantik Malaysia 2013 arahan Eyra Rahman terbitan Metrowealth Pictures. Filem lakonan Intan Ladyana, Fezrul Khan dan Zain Hamid ini ditayangkan pada 14 November 2013.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Qesya sudah bercinta dengan Iskandar selama 5 tahun. Qesya mahu Iskandar berfikir tentang masa hadapan mereka. Cinta yang ada sudah cukup kuat dan Qesya mahu hubungan mereka menjadi halal. Namun Iskandar pula bercita-cita tinggi. Dia mahu menyambung pelajaran sehingga ke peringkat tertinggi. Iskandar sayangkan Qesya namun dia juga tidak mahu mengorbankan impiannya. Imran, ayah Qesya tidak lagi sanggup melihat anaknya bersama lelaki yang baginya tidak bertanggungjawab. Membawa anaknya keluar tanpa sebarang hubungan. Qesya pula sememangnya membenci ayahnya marah apabila Imran mengherdik Iskandar. Namun jauh di sudut hati Qesya, dia sedar bahawa ayahnya betul. Kalau betul Iskandar cintakan dia, megapa lelaki itu tidak pernah berfikir tentang perkahwinan? Hidup Qesya berubah apabila Alif muncul. Imran tekad untuk mengahwinkan Qesya dengan Alif kerana dia yakin lelaki itu boleh membimbing anaknya yang banyak berubah. Qesya memberontak kerana dipaksa. Bagaimanakah kesudahannya? Qesya tetap akan berkahwin dengan Alif, pilihan ayahnya atau dia mengikut hatinya lalu bersama Iskandar?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan dan keluaran[sunting | sunting sumber]

Penggambaran filem ini dijalankan di Cameron Highlands, Pahang.

Aku Pilih Kamu ditayangkan pada 14 November 2013. Aqmar Mustaza dari Sinar Harian meluahkan pandangannya tersendiri mengenai filem ini, beliau menyifatkan Aku Pilih Kamu sebagai "sebuah kisah klise atau stereotaip yang sering dipersembahkan dalam sesebuah drama atau filem."[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Aqmar Mustaza (16 November 2013). Aku Pilih Kamu ‘undang’ air mata Sinar Harian. Diperoleh pada 28 April 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]